Select your language

Kuasai Perniagaan Internet

Penulis
Wan Nong Muzafar

Terbitan
Shah Alam, Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., 2016. 207 Muka Surat.


 

Ulasan oleh Abdullah Ahmad, Perpustakaan Cawangan Papar.

Dunia digital sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita pada masa kini.  Pengunaan media sosial sudah menjadi alat komunikasi utama untuk berkongsi informasi kehidupan dengan rakan-rakan dan saudara-mara. Selain itu, dunia digital seperti facebook, instagram, WhatsApp dan sebagainya juga beransur-ansur beralih sebagai alat komunikasi untuk membuka peluang bagi menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan mereka dengan modal yang rendah berbanding dengan perniagaan kaedah tradisional.

Buku bertajuk 'Kuasai Perniagaan Internet'  ini mengandungi tujuh tajuk utama yang mempunyai beberapa tajuk kecil bagi memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan buku ini.  Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami dengan penulisan yang santai sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Antara tajuk yang dihurai dalam buku ini ialah pengenalan dunia digital, kaedah kepada meningkatkan jualan dengan Facebook, Instagram, WhatApps, e-mel Pemasaran Efektif melalui laman web.

Salah satu yang menarik dalam buku ini ialah bagaimana membina laman web yang menarik dan sesuai untuk keperluan perniagaan seperti e-dagang.  Turut diterangkan dalam buku ini ialah bagaimana buat duit dengan menggunakan laman web yang anda bina serta membina laman web yang mesra pengguna, mesra mobile, mempunyai reka bentuk yang menarik dan Perfected Elevator Pitch agar pengunjung laman web akan menghabiskan lebih banyak masa melihat produk yang ditawarkan.

Oleh yang demikian, bagi para pembaca yang berminat menceburkan  diri dalam perniagaan internet haruslah melengkapi diri terlebih dahulu dengan    cc asas-asas tertentu dan ditambah lagi dengan teknik jualan yang berkesan agar dapat menarik orang ramai sekaligus dapat meningkatkan jumlah jualan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.