Select your language

KOMPILASI SENI KRAF

Penulis
ZAMNA ZAINUL

Terbitan
SHAH ALAM, SELANGOR: ALAF 21, 2008. 64 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Bettlieynna Wakilin, Perpustakaan Desa Kampung Perancangan, Ranau

Seni kraf merupakan kerja tangan yang memerlukan kreativiti dan kemahiran dalam penghasilannya. Ianya terzahir daripada bentuk, gaya, sifat, garisan, gerak dan warnanya yang menarik. Seni kraf melambangkan kebudayaan atau identiti sesebuah masyarakat serta merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang yang diturunkan dari satu generasi ke generasi.

Penggunaan kraf sangat meluas dan merangkumi pelbagai kegunaan seperti pakaian dan hiasan rumah. Sama ada sedar atau tidak, kita dikelilingi dengan hiasan kraf setiap hari. Sejak dahulu lagi kraf sentiasa ada di dalam kehidupan kita. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, hiasan kraf yang murah tetapi cantik dan bergaya sememangnya diperlukan oleh semua lapisan masyarakat. Terdapat pelbagai cara menghasilkan kraf yang kreatif dengan mudah serta murah.

Buku ini memuatkan 29 jenis seni kraf yang mudah, murah dan comel apabila dihasilkan untuk dijadikan hiasan rumah, cenderahati dan sebagainya. Penulis telah menerangkan secara terperinci langkah demi langkah dengan disertai foto berwarna dalam menghasilkan kraf bagi memudahkan pembaca agar dapat mengikutinya dalam menghasilkan sesuatu kraf. Penulis juga menyediakan panduan untuk pembaca agar lebih memahami teknik dan cara yang betul untuk menghasilkan sesuatu kraf. Penggunaan bahan kitar semula menjadi tunggak utama buku ini untuk menghasilkan kraf bagi mencantikkan dan menceriakan rumah. Hal ini disebabkan, pemilihan kraf yang mudah dan murah dapat memberikan galakkan kepada pembaca untuk membuatnya sendiri.

Buku Kompilasi Seni Kraf ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama bagi mereka yang suka menghasilkan sesuatu yang kreatif. Buku ini juga boleh dijadikan bahan rujukan bagi guru-guru yang mengajar kelas kemahiran hidup serta kelab-kelab kraf. Penulis mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang seni kraf bermula dari hanya dijadikan sebagai hobi bertukar menjadi komersial dan kini mengendalikan kelas kepada yang berminat untuk mempelajari teknik membuat kraf. Yakinlah bahawa yang mudah, murah dan kitar semula bukan sahaja dapat menjimatkan wang dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar tetapi mampu menandingi kraf yang dibeli di kedai malahan akan lebih bernilai sekiranya dapat dikomersialkan.

Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Desa Kampung Perancangan, Ranau. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar Perpustakaan Desa kampung Perancangan, Ranau atau Kota kinabalu. Sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya bisa berpikir sama seperti semua orang." - Haruki Murakami

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.