Select your language

KERESAHAN: PENYAKIT & RAWATAN

Penulis
HATTA SAIDI

Terbitan
BANGI, SELANGOR: PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 2012. 175 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Pailis Atin, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Ranau

Keresahan  atau  perasaan  bimbang adalah  reaksi  emosi yang  lumrah  dan  normal  bagi  seseorang  yang  berada  dalam  keadaan  tertekan.  Perasaan  bimbang dan gelisah ini adalah  suatu  fenomena yang dirasai  ketika mengurus sesuatu perkara  yang tidak  diketahui  akan  berlaku  ke  atas  dirinya.  Perasaan  ini  dapat membantu  seseorang  itu  melakukan  beberapa  tindakan  yang   perlu     sebagai persediaan  untuk  mempertahankan  diri  daripada  ancaman, serangan atau malapeteka. Keresahan merupakan mekansime asas individu menangani tekanan sama ada dengan pilihan  melawan atau melarikan diri.

Kehidupan hari ini  adalah  kehidupan yang kompleks. Dari segi psikologi  apabila sesorang itu berasa tertekan, maka peristiwa yang berlaku itu akan ditakrifkan sebagai satu ancaman yang menjurus kepada keresahan. Adakalanya, ia berpontensi menjadi penyakit dan justeru itu kefahaman mengenai penyakit  dan rawatan keresahan amat penting untuk dihayati bersama agar kita boleh mengubati sebelum terlambat.

Buku bertajuk KERESAHAN: Penyakit & Rawatan diharapkan dapat  membantu pembaca memahami  kebimbangan dan keresahan. Di dalam buku ini, penyakit keresahan yang juga dikenali kecelaruan keresahan akan  dibincangkan  secara separa ilmiah supaya ia tidak terlalu rumit dan mudah difahami. Buku ini dipadatkan dengan teori asas, punca dan jenis penyakit serta perawatan kecelaruan keresahan. Semoga dengan menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan, kita akan beroleh manfaat dan kefahaman tentang pelbagai jenis penyakit keresahan serta dapat membantu kita mencegah dan merawatnya dengan sempurna. Selain itu, beberapa teknik rawatan seperti psikoterapi dan terapi ubat-ubatan juga turut dibincangkan.

Buku ini adalah koleksi buku yang terdapat di Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Ranau. Jika berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai buku ini sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, atau 256192 ( Ibu Pejabat, Perpustakaan Negeri Sabah ) untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah gerbang dunia dan membaca adalah kuncinya."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.