Select your language

KENALI PENYAKIT KUSTA, TUBERKULOSIS DAN CAMPAK

Penulis
MOHD SHARAJI ZULKEPLY   

Terbitan
PUSTAKA HAKIMIN, KUALA LUMPUR, 2024. 56 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Asimah Abdul Hag, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kunak.

Buku Kenali Penyakit Kusta, Tuberkulosis dan Campak hasil tulisan Mohd Sharaji Zulkeply merupakan salah satu karya dalam Siri Maklumat Pendidikan Kesihatan yang memberi tumpuan kepada tiga penyakit berjangkit yang masih relevan hingga kini. Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami, menjadikannya sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk pelajar, pendidik serta orang awam yang ingin memahami asas penyakit-penyakit ini.

Setiap penyakit dihuraikan dengan penerangan tentang definisi, punca jangkitan, simptom yang lazim dialami pesakit, kaedah rawatan yang tersedia serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan penularan. Gaya persembahan buku ini menarik kerana disertakan gambar klinikal sebenar yang membantu pembaca mengenali ciri-ciri fizikal penyakit seperti ruam, luka kulit dan perubahan anatomi tubuh akibat jangkitan. Ini menjadikannya bahan yang amat berguna untuk tujuan pengenalan awal dan kesedaran kesihatan awam.

Selain itu, buku ini turut berfungsi sebagai bahan sokongan kepada program kesihatan komuniti dan pendidikan kesihatan di sekolah, memudahkan guru serta pendidik kesihatan menggunakan kandungannya dalam sesi ceramah atau bengkel. Walaupun kupasannya agak terhad dan tidak terlalu mendalam untuk pembaca yang mencari data saintifik lanjutan, buku ini tetap berjaya mencapai objektifnya dalam menyampaikan maklumat asas dengan jelas.

Secara keseluruhannya, Kenali Penyakit Kusta, Tuberkulosis dan Campak merupakan bahan bacaan asas yang bermanfaat, mudah difahami dan sesuai dimiliki oleh institusi pendidikan serta perpustakaan komuniti. Buku ini boleh didapati di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kunak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 089-851248 / 089-852995 (Ketua Perpustakaan). Selain itu, anda juga boleh lawati laman sesawang kami di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 bagi mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya bisa berpikir sama seperti semua orang." - Haruki Murakami

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.