Select your language

Kemahiran Memimpin

Penulis
Zainuddun Zakaria dan Ziadatul Hidayah Zakaria

Terbitan
Kuala Lumpur: PTS Professional Publications, 2006. 136 Muka Surat.

Ulasan oleh Nizar Bin Arik, Perpustakaan Cawangan Kunak

Salah satu aspek yang penting dalam pengurusan sesebuah organisasi adalah kepimpinan. Kemahiran memimpin selain membuat perancangan, menyusun atur dan mengawal merupakan fungsi yang melengkapkan lagi proses pengurusan. Buku ini menjelaskan dua tugas utama dalam kepimpinan iaitu yang pertama, ketua perlu menentukan tugas dan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan, dapat dilaksanakan oleh kakitangan. Kedua, mewujudkan semangat berpasukan yang tinggi yang penuh dengan keharmonian, keakraban dan perasaan hormat-menghormati.

Intipati buku ini menerangkan dan merungkaikan beberapa panduan, pandangan, dan teknik-teknik yang dapat digunakan oleh ketua atau pengurus bagi meningkatkan kebolehan mempengaruhi kakitangan dibawah seliaan.

Buku bertajuk 'Kemahiran Memimpin' telah mencadangkan beberapa prinsip-prinsip dan panduan yang membantu ketua pengurusan dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi. Menurut buku ini, memimpin sesebuah organisasi perlu dilakukan dengan cara yang paling efektif dan sistematik. Pemimpin sesebuah organisasi bertanggungjawab mengubah para pekerja menjadi individu yang lebih proaktif.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." (Joseph Addison).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.