Select your language

Kanser  Payudara:  Teman  ke  akhir  hayat

Penulis
Hasanah  Che  Ismail

Terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2016. 320 muka surat.

Ulasan oleh Sazlin Nur Atika binti Aripin, Pelatih Industri, UiTM Rembau, Cawangan Negeri Sembilan

“KANSER” satu perkataan yang cukup mengerikan untuk didengar apa lagi jika diri sendiri yang mengalaminya.   Kanser   payudara   dilabel   sebagai   kanser pembunuh utama di kalangan wanita di Malaysia dan satu daripada sembilan belas wanita adalah berisiko. Kerakusan kanser ini mampu membunuh wanita dalam jangka masa yang singkat, terutamanya kepada pesakit yang memang kronik.

Buku berjudul ‘Kanser  Payudara  Teman  ke  Akhir  Hayat’  ini  ditulis  oleh  seorang doktor pakar dalam bidang psikiatri (bidang psikologi) yang giat dalam bidang psiko onkologi. Buku ini istimewa untuk semua pemandiri atau survivor kanser payudara.  Uniknya buku ini kerana penulis buku ini sendiri juga merupakan pemandiri kanser payudara dan suami beliau juga seorang pemandiri kanser kolon.

Rakaman kisah hidup beliau berjuang untuk melawan kanser digarap bersama-sama adunan rakaman pengalaman pesakitnya memberikan satu kelainan dan mewarnai sepanjang perjalanan buku ini. Segala kesakitan terpaksa diharungi untuk terus hidup dan bernafas, dan pastinya ada yang tewas ketika perjuangan belum selesai.

Selain itu, buku ini bukan sekadar fakta-fakta klinikal tentang kanser payudara,  malah  buku  ini  mengandungi  pengalaman  dan  ilmu  yang  penulis peroleh dan telah dipraktikal dahulu oleh beliau sendiri bagi memastikan sama ada amalan  tersebut  dalam kemampuan  seorang  pemandiri serta hasilnya baik  dan tidak memudaratkan diri.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian 1 dan bahagian 2. Di bahagian 1 dipecahkan lagi kepada tujuh bab dan di bahagian 2 pula terdapat lapan bab. Pendekatan penulisan yang diambil dalam bahagian 1 adalah mendahulukan fakta  klinikal  tentang  kanser  payudara  dengan  menyelitkan  cerita  bagaimana pesakit melalui pengalaman berbeza-beza. Seterusnya, penulis membincangkan tentang faktor penyebab yang boleh diubah oleh pemandiri kanser dalam bahagian kedua.

Melalui maklumat yang terdapat didalam buku ini, pembaca boleh memahami bahawa kanser payudara merupakan satu bentuk ancaman yang berbeza dari segi bahayanya dan juga setiap penghidap mempunyai daya tahan yang berlainan.

Walaupun buku ini berkenaan kanser payudara, sebahagian besar daripada kandungan buku ini adalah panduan untuk meningkatkan kesihatan fizikal, psikologikal dan spiritual.  Oleh itu, buku ini amatlah sesuai dibaca oleh semua orang tidak kira apa jenis kanser atau penyakit yang dihadapi.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, 218726 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.