Select your language

Hendak Susah Ataupun Senang

Penulis
Razzi Armansur

Terbitan
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 2008. 194 Muka Surat.

Ulasan oleh Rosimah Binti Pimpin, Perpustakaan Desa Kg. Kuala Sapi Beluran

Semua orang mahu senang dan jika boleh tidak mahu susah. Dalam apa  juga bidang dan urusan, senang yang dicari, susah dihindari. Seperti kata orang tua-tua, “ asam garam hidup”. Perlukah hidup ada asam garam?

 ‘Hendak susah ataupun senang’. Itulah pilihan yang ada di hadapan pemikiran. Tiada paksaan ataupun menghalang apapun pilihan yang anda hendak dilakukan. Namun, secara logiknya tiada seorang manusia pun yang mahu memilih kehidupan yang diselaputi kesusahan. Buku ini memaparkan 53 bab, antara yang menarik ialah, “Sukarnya Menembak Objek Bergerak”, “Jangan Ikut Rentak Lawan”, Cerita Minyak But-But”, “Jangan Membodohkan Orang Lain”, “Memori Itik dan Kura-Kura”, “Maklum Balas Untuk Berjaya”, “Senaraikan Impian Anda”, “Satu Rosak, Semua Tidak Berfungsi”, “Apabila Lembu Terlepas ...”, “Jangan Terbalikkan Proses”, “Api Fitnah”, “Penipuan Semakin Kreatif”, “Bagaimana Mempunyai Lebihan Wang?”, “Orang Masih Melihat Siapa Anda”, “Apabila Enjin Sudah Sejuk”, “Piramid Masih Misteri”, “Anda Dapat Apa Yang Anda Beri” dan “Dunia Pentas Lakonan”.

Sebagai pembaca, anda pasti bersetuju bahawa dalam situasi tertentu, ‘keterbalikan proses’, yang cuba dilakukan sesetengah orang, akan menimbulkan selirat masalah. ‘Keterbalikan proses’ bermaksud, siapa memerlukan siapa? Sama ada cepat ataupun lambat, hari ini mahupun akan datang, jangan sesekali melakukan proses ini! Sentiasa letakkan diri di dalam situasi orang lain, serta berfikirlah jika diri sendiri yang ‘terkena’, bagaimanakah rasa sakit itu? Naskhah setebal 194 halaman ini ditulis dengan bahasa mudah difahami dan disertakan juga fakta-fakta penting yang perlu diketahui pembaca.

 Sebagai manusia normal selalunya mencari yang senang sehingga kadang-kadang terjebak dalam kesusahan.  Kita terlupa, alpa dan terliur mencari yang senang belaka. Dan apabila kita susah sebagai manusia waras yang serba boleh, pandai dan hebat akan berusaha mencari kesenangan kerana kesusahan yang dialami menjadikan kita memdapat banyak pengajaran, pengalaman dan pendidikan serta berusaha untuk kembali senang

Walau apa pun, sentiasa ingat, sentiasa bersedia cara dan jalan. Apabila anda berada dalam kesusahan, cari jalan dan cara itu, gunakan. Apabila anda berada dalam kesenangan, cari jalan dan cara itu supaya anda tidak kembali ke dalam kesusahan. Berganjak daripada susah kepada senang adalah motivasi yang sungguh baik.

Buku yang bertajuk ‘Hendak Susah atau pun Senang’ ini merupakan panduan berguna yang boleh dijadikan bacaan serta rujukan bagaimana untuk mengatasi serta mengharungi cabaran-cabaran dalam kehidupan ini. Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah untuk difahami, telah dikupas dengan mendalam oleh pengarang dengan kaedah terbaik serta bijak yang boleh dilaksanakan oleh semua orang yang inginkan perubahan positif di dalam kehidupan mereka kepada yang lebih baik serta positif.  Disamping itu juga, penulis turut memberikan tips kepada semua pembaca bagaimana cara terbaik untuk apabila menghadapi detik-detik kesusahan dalam hidup tanpa membelakangkan nilai-nilai positif di dalam diri individu. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya,  sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.