A- A A+

Terbitan:  Reader’s Digest (Australia) Pty Ltd, 2013. 343 muka surat

 

Ulasan:

Setiap masalah, persoalan atau situasi yang membimbangkan dan mencemaskan kita, pasti ada cara dan jalan penyelesaiannya. Buku yang bertajuk Forbidden Advice: smart consumer’s guide: 1500 secrets to save time, money and trouble mungkin boleh membantu anda dalam mencari penyelesaian terhadap kebimbangan anda. Ia mendedahkan pelbagai rahsia, cara, tips, teknik serta idea yang boleh membantu ada dalam membuat keputusan, penjimatan masa serta wang. Dalam buku ini, ia terbahagi kepada 4 bahagian iaitu kesihatan / keselesaan kita, rumah, rutin / aktiviti harian dan berkaitan keluarga & keseronokan.

Bahagian 1
Dalam bahagian pertama, ia menyentuh hal berkaitan kesihatan kita seperti penjagaan kesihatan, cara mendapatkan tubuh badan yang cergas dan permakanan kita. Ia mengajar dan memberi kita idea dalam bagaimana kita dapat mengekalkan kesihatan, teknik dalam senaman serta cara dan jenis permakanan yang seimbang supaya kita kekal sihat. Sebagai bonus, kita mungkin boleh mendapatkan maklumat baru yang kita tidak pernah tahu selama ini.

Bahagian 2
Dalam bahagian kedua pula, ia mendedahkan rahsia mengenai penjagaan rumah, kebun, pemakaian, serta peralatan yang kita gunakan dalam kehidupan harian kita. Melalui buku ini, kita boleh mendapatkan dan menggunakan tips, teknik-teknik dan cara-cara yang dikongsikan dalam memastikan keadaan rumah, kebun, pakaian dan peralatan berada dalam keadaan teratur dan memuaskan.

Bahagian 3
Dalam kehidupan harian kita, sudah tentu kita memerlukan sesuatu yang dapat membantu kita dalam menyelesaikan tugasan atau keperluan kita. Bahagian ketiga ini menyentuh mengenai penjagaan kereta, kewangan, pekerjaan, keselamatan, peraturan / undang-undang, dan juga pembelian barang keperluan. Rahsia, nasihat atau tips yang dikongsikan mungkin dapat membantu anda sekiranya mempunyai isu atau masalah yang berkaitan dengan subtopik ini.

Bahagian 4
Topik keluarga dan keseronokan boleh ditemui dalam bahagian ke-empat, yang mana ia memberikan kita tips, strategi, dan cara-cara mengatasi sebarang masalah berkaitan dengan perkahwinan, kehidupan sosial kita, masa lapang, perancangan melancong serta pendidikan. Buku ini amat disarankan kerana setiap rahsia, tips, strategi dan teknik yang dikongsikan sangat berhubung-kait dengan aktiviti atau rutin seharian kita. Oleh itu, buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan atau panduan kita.

 

Diulas oleh:

Flora
Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah

 

 

 

 

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.