Select your language

FIQAH PERKAHWINAN: BINALAH SYURGA DI DUNIA DEMI SYURGA ABADI

Penulis
MUHAMMAD FATHI YUSOF

Terbitan
Kuala Lumpur: TELAGA BIRU SDN. BHD., 2016. 336 Muka Surat.

Ulasan oleh Ejawati Bintt John, Latihan Industri, UNISEL, Selangor.

Kandungan buku ini memaparkan mengenai hukum hakam dan hak-hak yang perlu diketahui oleh pasangan yang ingin atau telah berumah tangga. Buku ini juga menggambarkan kebaikan dan manfaat sebuah perkahwinan yang berlandaskan pada agama islam di mana setiap pasangan perlu mendalami ilmu agama agar sesebuah perkahwinan itu mendapat restu dan berkat dari Allah S.W.T.

Buku ini mengandungi 5 bahagian di mana Bahagian 1 mengulas mengenai permasalahan yang dihadapi sebelum perkahwinan antaranya mengenai keputusan untuk mendapatkan jodoh, aurat dan dari isu majlis perkahwinan sehinggalah kepada hukum-hukum nikah.

Bahagian 2 pula adalah mengenai permasalahan perkahwinan yang berkaitan dengan suami. Isu yang diketengahkan adalah mengenai isu poligami, keadilan dalam berpoligami, lafaz talak dan hukum-hukumnya, batas-batas pergaulan dengan perempuan selain dari isteri dan disertai dengan hadith-hadith sahih untuk rujukan.

Bahagian 3 pula adalah berkaitan dengan permasalahan perkahwinan dari persepsi seorang isteri pula. Persoalan seperti syak wasangka terhadap suami, hukuman terhadap isteri yang derhaka atau nusyuz, kematian suami, dan keraguan mengenai status perkahwinan dan juga pengetahuan mengenai nafkah-nafkah yang berhak dituntun oleh seorang isteri  setelah bercerai dengan suami.

Bahagian 4 adalah bahagian yang penting iaitu permasalahan yang berkaitan dengan zuriat atau anak-anak. Isu hak penjagaan anak menjadi persoalan utama di dalam bahagian ini di mana hak-hak seorang bapa perlu diketahui setelah bercerai. Persoalan mengenai isu Anak Tidak Sah Taraf juga ada diselitkan pada bahagian ini iaitu mengenai konsep nasab di mana pentingnya penjagaan garis keturunan atau nasab yang melibatkan maruah serta hak seorang manusia. Permasalahan mengenai isteri yang menyusukan anak serta isu mengnai anak angkat juga ada diketengahkan di dalam buku ini.

Bahagian 5 iaitu yang terakhir pula mengenai masalah-masalah tambahan di dalam perkahwinan seperti status  perkahwinan bagi muallaf, kesahihan dalam gurauan atau lakonan dalam urusan nikah, hukum-hukum perceraian, rujuk,harta sepencarian beserta dalil, nafkah anak untuk ibu bapa, petua mendapatkan zuriat dan juga perbahasan mengenai Nikah Mutaah serta aNasakh dan Mansukh.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Dengan membaca kamu mengenal dunia. Dengan menulis kamu dikenal dunia."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.