Select your language

Kuasai Perniagaan Internet

Penulis
Anfaal Saari

Terbitan
Kuala Lumpur: Deen Prints, 2016.  351 Muka Surat.

Ulasan oleh Dr. Harifah Mohd Noor, Badariah Ab. Rahman, Universiti Malaysia Sabah

‘Bahagia Bukan Gembira’ adalah pernyataan mendalam dan tersirat maksudnya yang digambarkan oleh penulis menerusi buku setebal 351 muka surat.  Penulis menceritakan susur galur kehidupan beliau yang bermula seawal kelahirannya hingga sekarang. Penulis telah berjaya menterjemahkan liku pahit manis dan suka duka kehidupannya yang memberi inpirasi kepada semua golongan usia.

Penulis sebagai anak sulung telah dilatih dan dididik bermula usia kanak-kanak dengan sifat berdikari dan bertanggungjawab. Beliau diberi pendedahan berdikari dengan menjual kuih pada zaman persekolahan, membantu perniagaan pada bulan ramadhan serta berkelana sendirian untuk menjadi fasilitator kepada aktiviti-aktiviti komuniti.  Sementara zaman remaja beliau padat dipenuhi dengan acara yang diminatinya iaitu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bersifat keagamaan dan kemasyarakatan.  Beliau menerokai ilmu-ilmu kehidupan yang tiada dalam silibus persekolahan, atau di pengajian tinggi.

Kecekalan beliau menghadapi perjuangan kehidupan berterusan selepas mendirikan rumahtangga. Perjuangan beliau bukan lagi terhad kepada aktiviti yang dicintainya, namun meliputi kepada bidang perniagaan untuk kelangsungan kehidupan berkeluarga.  Jatuh bangun dalam dunia perniagaan menjadikan beliau sebagai seorang individu, isteri dan ibu yang lebih berpengetahuan, berpengalaman dan berjiwa kental. Minat menulis yang diwarisi menerusi ayahnya telah berjaya mengungkapkan pengalaman berharganya untuk dikongsi oleh pembaca.

Buku ini ditulis dengan bahasa yang menarik, santai namun padat. Membaca perjalanan kehidupan seorang insan yang bernama Anfaal Saari ini telah membuka mata pembaca bahawa erti kebahagiaan bukanlah semata-mata memiliki apa yang dihajati, tetapi menikmati perjuangan untuk mendapat ganjaran kehidupan yang hakiki.  Kejituan semangat, kecekalan jiwa dan amalan memberi tanpa batas telah menghasilkan jiwa yang tenang dan  kepuasan dalam kehidupan walau pelbagai rintangan kehidupan yang dilalui.  Gembira sahaja tidak mencukupi.  Hati yang tenang akan menjadikan jiwa yang aman dan sentiasa berlapang dada dengan semua ujian kehidupan.  Oleh itu tepat apa yang cuba disampaikan oleh insan hebat ini iaitu ‘Bahagia Bukan Gembira’. 

Oleh yang demikian,  untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya,  sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623/214828/256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan Perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.