Select your language

Ayam Broiler

Penulis
Ferry Tamalludin

Terbitan
Kuala Lumpur: SAM Synergy Media Sdn. Bhd. 174 muka surat.

Ulasan oleh Radzata Binti Abd. Razak, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang

Pada masa ini, ayam daging merupakan makanan kegemaran masyarakat kerana hampir semua golongan masyarakat di dunia gemar memakan daging ayam. Lantaran itu, perusahaan ternakan ayam daging memberi peluang yang sangat baik dan merupakan salah satu jenis perusahaan yang sentiasa mengalami perkembangan dalam dunia perniagaan. Memasuki era globalisasi ini membuktikan bahawa sistem perdagangan antara negara semakin meluas, maka semakin kuat desakan kemasukan ayam daging. Hal ini mengakibatkan kebimbangan negara tentang penternak yang semakin berkurangan. Sistem perniagaan tani ayam daging, memerlukan perternak untuk memanfatkan peluang pasaran dalam memasarkan produk ternakan. Jika permintaan pasaran tinggi, perternak dapat meningkatkan hasil pengeluarannya, sebaliknya apabila permintaan rendah, penternak boleh mengurangkan hasil pengeluarannya sehingga harga jualan pengeluaran dapat dikawal.

Menurut penulis buku 'Ayam Broiler' bahawa penyusunan buku ini berdasarkan pengalaman masyarakat di luar dan hasil wawancara penternak ayam daging yang telah berjaya meningkatkan hasil perternakan mereka. Pelbagai masalah dan cabaran dalam menjalankan penternakan ayam daging ini turut dibahaskan di dalam buku ini. Harapan penulis, agar buku ini dapat dijadikan rujukan dan membantu para penternak untuk lebih maju ke hadapan sama ada sebagai panduan bagi penternak pemula bahkan juga bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perternakan ayam daging.

Antara perbincangan yang dibahaskan oleh penulis ialah sektor perniagaan tani, mengenali ayam broiler, kawasan perternakan, pengurusan makanan, memulakan perniagaan, pengurusan pengeluaran, penjagaan ayam secara berkala, proses perolehan hasil ternakan, penyakit dan langkah pencegahan, pengurusan pemasaran, masalah dan penyelesaiannya dan analisis daya maju.

Buku ini merupakan salah satu koleksi di Perpustakaan Cawangan Sipitang, anda boleh berhubung dengan kakitangan bertugas untuk pinjaman atau tempahan pinjaman atau hubungi kami di talian 087-821003. Namun begitu, bagi yang berada di luar Perpustakaan cawangan Sipitang, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut atau untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.