Select your language

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kemurungan



Penulis
Dr. Robert Buckman dan Anne Charlish

Terbitan
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2006.  60  Muka Surat.

Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu

Kemurungan merupakan gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat melakukan aktiviti harian.  Kemurungan boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina atau bangsa.  Kemurungan boleh berlanjutan sehingga 2 minggu, berbulan–bulan atau bertahun– tahun lamanya.  Kemurungan juga kerap berlaku dalam kehidupan kita. Kerap kali orang yang mengalami kemurungan tidak menyedari dan menganggap gejala fizikal seperti sakit kepala sekadar sakit fizikal dan kemudian menganggap bahawa keadaan emosi mereka adalah disebabkan oleh sakit fizikal tersebut. Mereka juga percaya kemurungan bukanlah kesakitan sebenar atau tidak perlu diberi perhatian.

Buku bertajuk 'Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kemurungan' membahaskan tentang penyakit kemurungan yang selalu kita alami. Menurut penulis, penyakit kemurungan kerap berlaku dalam kehidupan kita dan biasanya bilangan wanita yang kerap mengalami kemurungan adalah lima kali lebih daripada lelaki bagi kes kemurungan sederhana tetapi dalam kes kemurungan yang lebih teruk, bilangan penghidap lelaki melebihi bilangan penghidap wanita.  Antara gejala yang biasa berlaku adalah muram, resah, rasa rendah diri, apati, keliru, hilang tenaga, perubahan selera, perubahan tidur dan rasa ingin bunuh diri.

Kemurungan merupakan sakit yang melibatkan perubahan kimia dalam otak. Terdapat empat teori yang menyebabkan kemurungan iaitu Teori Sosial yang tersebar sekitar tahun 1960an dan 1970an tetapi tidak digunapakai pada masa kini. Teori Psikologi yang dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu psikoanalitik, tingkahlaku dan kognitif. Teori Biologi yang mencadangkan kemurungan tidak berbeza daripada diabetes kerana ia terhasil daripada ketidakseragaman dalam tubuh dan penyebab langsung, Gangguan Afektif Bermusim dan disebabkan oleh pengambilan ubat.

Kemurungan boleh berulang sekiranya tidak dibendung. Oleh itu, kenali risiko semasa banyak tekanan. Menurut buku ini, jangan mengumpul tekanan demi tekanan tetapi mula mengatur perubahan supaya kemurungan itu tidak akan berpanjangan. Kita perlukan masa untuk diri sendiri. Walau bagaimana sibuk pun, berikan ruang yang secukupnya untuk diri sendiri. Tanpa rawatan, gejala kemurungan akan menjadi lebih ketara walaupun kebanyakan orang akan pulih secara semulajadi. Kita perlu mempelajari cara mengenal pasti perasaan semasa kemurungan. Walau seteruk manapun kemurungan itu, kemurungan itu akan sembuh kerana kemurungan boleh diubati.

Buku ini dapat membantu kita untuk belajar dan memahami kemurungan. Pemahaman penyakit kemurungan membolehkan kita mengenalpasti bila kita perlu bertindak untuk keluar dari tekanan supaya diri tidak terjebak dalam penyakit kemurungan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang berdekatan dengan anda atau lawati lama sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." (Joseph Addison).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.