Select your language

Anggun Di Luar, Serlah Persona Dari Dalam

Penulis: Ahmad Naim Jaafar dan Mohd Ikram Mohd Nor Wazir

Penerbit: Kuala Lumpur: PTS Millennia, 2006.  308 Muka Surat.

 

 

Ulasan oleh ROSIMAH BINTI PIMPIN, Perpustakaan Desa, Kg. Kuala Sapi, Beluran.

Semua orang hendak jadi cantik dan tampan, tidak kira bangsa dan latar belakangnya. Kerana inilah norma makhluk yang bernama manusia. Tetapi, adakah kecantikan dinilai hanya berdasarkan kecantikan luaran semata-mata?  Pepatah mengatakan, jangan melihat buku daripada kulitnya, tetapi daripada kandungannya. Tetapi, adakah kita tertarik membuka sebuah buku tanpa melihat pada kulitnya? Tidak dapat dinafikan, perkara pertama yang dilihat pada seseorang ialah pada penampilan peribadinya.

Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal selalunya dianggap menarik, sering mendapat tumpuan dan dianggap baik oleh orang ramai. Secara tidak langsung, dihormati dan diberi penghargaan yang tinggi dalam masyarakat. Sejak dari dulu pandangan seumpama ini masih berpasak kukuh di minda masyarakat. Namun kini, idea mengenai kecantikan dan ketampanan fizikal tidak lagi menjadi sandaran utama bagi menilai cantik atau tampan individu.

Menurut buku yang berjudul 'Anggun di Luar, Serlah Pesona dari Dalam' ini, banyak faktor yang menjadi sandaran bagi melihat sama ada individu itu cantik atau pun tampan. Kemampuan bersosial dengan bijaksana adalah salah satu daripada faktor yang semakin diberi perhatian, bukan saja dapat dikesan oleh mata yang memandang tetapi juga dapat dilihat oleh hati yang merasai dan minda yang berfikir. Secara ringkasnya, kecantikan sosial ditonjolkan melalui kebijaksanaan emosi, kemahiran berbual dan kemahiran bersosial serta kecantikan dalaman lebih mudah didampingi dan diterima masyarakat berbanding mereka yang sekadar cantik dan tampan pada fizikal sahaja.

Bagaimana caranya untuk menjadi individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial? Walau apa pun tahap kecantikan dan ketampanan anda sekarang, buku ini boleh membantu anda menggapai kecantikan dan ketampanan yang lebih holistic. Buku ini sangat menarik dan sensuai dibaca kerana ia dapat membantu anda membongkar rahsia bagi  menggilap kecantikan dan ketampanan sosial yang sedia ada dalam diri anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya,  sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.