Select your language

99 Stress Free Mummy

Penulis
Zatika Izati Puade

Terbitan
Batu Caves, Selangor: Mustread Sdn. Bhd., 2016.   141 Muka Surat.

Ulasan oleh Saharia Latif, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Lahad Datu

Stresskah menjadi seorang ibu? Apatah lagi kalau ibu juga seorang wanita yang bekerjaya.  Dua pasang tangan yang ada ini pun sudah nampak seperti 8 pasang. Kalau boleh tambah, akan ditambah lagi biar sampai 20 pasang.  Memang tidak boleh dinafikan wanita ini Allah ciptakan dengan begitu unik dan hebat.

Buku yang bertajuk “99 Stress Free Mummy” yang mengungkap 99 kisah ibu dan anak adalah kisah nyata yang ditulis secara santai oleh penulis yang menghadapi situasi ini sendiri. Perbualan, teguran, pertanyaan, aduan dan pelbagai lagi karenah anak-anak beliau didedikasikan ke dalam buku ini bagi memberi peluang pembaca mengingati saat-saat pembaca sendiri menghadapi situasi tersebut.

Menurut penulis, karenah anak-anak bukan mudah untuk ditangani. Ibu bekerjaya lebih tinggi potensi menghadapi stress bila berhadapan situasi anak-anak yang aktif dan ‘banyak tanya’. Manakala, ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa pula lain juga stress yang dihadapi bersama anak-anak mereka. Kehadiran buku ini yang menyajikan bahasa santai, ayat yang ringkas dan mudah difahami dalam setiap situasi yang diceritakan membolehkan pembaca tersenyum simpul seorang diri.  Adakalanya dengan membaca buku ini, pembaca seolah-olah dapat merasakan sendiri situasi yang dihadapi oleh penulis dalam kehidupan beliau. “iyaa…seperti itulah aku”….mungkin inilah ayat yang akan terlahir dalam sanubari pembaca setelah membaca dan menghayati buku ini.

Di akhir buku ini, penulis mengungkapkan kata-kata yang ibu-ibu seringkali lafazkan dan tanpa sedari, kata-kata itu adalah satu harapan kepada anak-anak kita.

“Anak-anak ingat akan setiap janji yang kita berikan. Berhati-hati sebelum berkata YA, kerana mereka akan menuntutnya sampai dapat.”

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya,  sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku dan pintu adalah hal yang sama. Kamu membukanya dan kamu pergi ke dunia lain."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.