Rosliah Kiting, Ewon Benedick, Minah Sintian, Norjietta Julita Taisin
|
Title Publisher Published Editor
|
Synopsis
Himpunan cerita rakyat ini merupakan hasil penyelidikan dengan kerja lapangan. Temu bual dilakukan bersama dengan penutur asli bahasa etnik dalam rumpun Kadazandusun. Hasil penyelidikan ini telah berjaya mendokumentasikan 57 cerita rakyat daripada 12 etnik iaitu Talantang, Liwan, Kimaragang, Bundu, Garo, Tindal, Kadazan, Tobilung, Tagahas, Minokok, Labuk om Sungei. Cerita rakyat ini didokumentasi menggunakan etnik asal untuk mengekalkan keaslian selain sebagai pelestarian bahasa-bahasa etnik di Sabah.
Secara umum, cerita rakyat ini mengisahkan suasana kehidupan seharian yang meliputi pekerjaan, aktiviti sosial dan hubungan sesama manusia, alam juga dengan pencipta. Penceritaan diselitkan dengan nilai-nilai pendidikan yang menjadikan buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran. Umpamanya cerita yang pada awalnya, watak melalui pelbagai rintangan tetapi akan berakhir dengan kejayaan setelah melalui rintangantersebut dengan usaha yang gigih dan sabar menempuhi kesengsaraan serta sentiasa berkelakuan baik terhadap sesama manusia dan alam. Sebaliknya, bagi yang selalu mengambil jalan singkat maka balasan yang setimpal akan diterima. Penceritaan seperti ini pasti sesuai untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kepada pembaca agar mencontohi teladan yang baik. Keadaan ini menjadikan cerita rakyat terus relevan sebagai salah satu cara penerapan nilai-nilai murni.