![]() |
Meet Datuk Dr. Dayu Bin SansaluAge : 68 years old |
About the Author
Graduated with a Sijil Penguruan from Kent Tuaran College 1972, Bachelor of Arts with Honors from UKM 1981, Master of Education from Birmingham University, United Kingdom 1985, and Doctor of Philosophy from UMS 2003. He served at the Ministry of Education Malaysia (Sabah) for 39 years (1967 -2006). Currently, he works at Universiti Malaysia Sabah as a Senior Lecturer.
Books by Datuk Dr. Dayu Bin Sansalu
Dayu Sansalu
Sejarah Perkembangan Pendidikan di Sabah 1881-1981
|
Title Author Published Material
|
Summary
Malaysia merupakan sebuah negara maju yang membentuk keperibadian nasional mengikut acuannya sendiri. Elemen utama untuk mencapai keperibadian nasional ialah perpaduan rakyat. Bagi negeri Sabah, bagaimana perpaduan rakyat dicapai melalui proses perkembangan dan transformasi pendidikannya? Bagi mendapatkan jawapannya, penulis terdorong untuk menulis tentang sejarah perkembangan sistem pendidikan di negeri Sabah. Fokus perbincangan tertumpu kepada sejarah perkembangan dan faktor pendorong berlakunya transformasi pendidikan dalam kalangan penduduk Sabah sebelum dan selepas kedatangan pengaruh barat dan seterusnya, selepas penubuhan Malaysia. Aspek utama yang dibincangkan berkaitan dengan perubahan dalam pendidikan, khususnya dari aspek pertambahan bilangan sekolah, guru dan murid serta perubahan dari segi kurikulum dan dasar kerajaan. Turut dijelaskan ialah soal kepelbagaian jenis sekolah, aliran sekolah dan bahasa pengantar yang digunakan.
Dayu Sansalu
KadazanDusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967
|
Title Author Published Material
|
Summary
Buku ini memaparkan perkembangan pendidikan sebelum dan selepas kedatangan pengaruh Barat dan kesannya terhadap pemodenan masyarakat Kadazandusun di Sabah antara tahun 1881-1967. Buku ini juga membincangkan perkembangan pendidikan yang mengakibatkan perubahan cara hidup masyarakat Kadazandusun dari segi taraf, ekonomi dan politik. Pembaca buku ini pastinya mendapat gambaran keadaan masyarakat Kadazandusun pada zaman tradisional, zaman pemerintahan Kesultanan Brunei dari Sulu, zaman Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) dan zaman penjajah serta selepas merdeka menerusi Malaysia hingga tahun 1967. Buku ini diharapkan dapat menjadi rujukan para penyelidik, pendidik, pelajar Insitut Pengajian Tinggi dan pembaca umum yang ingin mendapatkan pengetahuan mengenai Kadazandusun di Sabah.
KadazanDusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967
Dayu Sansalu
Warisan Sejarah: KadazanDusun
|
Title Author Published Material
|
Summary
Dengan membaca buku ini, anda akan mengetahui mengenai Warisan Sejarah Kadazandusun yang menyentuh tentang lagenda Nunuk Ragang, unsur sejarah dalam cerita Nunuk Ragang, penghijrahan dari Nunuk Ragang ke seluruh negeri Sabah dan pelbagai pendapat tentang asal-usul bangsa dan bahasa Kadazandusun. Anda juga akan mengetahui tentang isu identiti Kadazandusun dan dilemma Sino-Dusun dan Sino-Kadazan serta mengetahui usaha memperkasa etnik Kadazandusun dan kegiatan mereka semasa zaman tradisional dan pada masa pemerintahan kesultanan Brunei. Buku ini merupakan bahan bacaan ringgan, bahasanya mudah difahami. Buku ini merupakan rujukan para pelajar yang mempelajari bahasa Kadazandusun di sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti di samping sebagai rujukan umum bagi yang berminat inigin mengetahui warisan sejarah masyarakat Kadazandusun. Buku ini sesuai dibaca oleh para penutur keluarga bahasa Dusunik, Murutik dan Paitanik serta semua lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di Sabah khasnya dan Malaysia amnya.
Dayu Sansalu
DSP Ontoros@Antenom: Pahlawan Terbilang Bangsa Murut
|
Title Author Published Material
|
Summary
Dengan membaca buku ini, anda akan mengetahui kisah kepahlawanan Datuk Seri Panglima Ontoros @ Antenom Pahlawan Terbilang Bangsa Murut yang menyentuh tentang latar belakang beliau sehigga diangkat sebagai ikon bangsa Murut. Buku ini juga melihat latar belakang masyarakat bangsa Murut serta laluan pendidikan tradisional. Paling penting melihat bagaimana British campur tangan dalam system pentadbiran di Rundum sehingga menyebabkan wujud gerakan penentangan terhadap British. Lebih menarik anda akan mengetahui sejarah asal-usul keturunan Ontoros @ Antenom dan penubuhan PUSAKA. Buku ini merupakan bahan bacaan dan rujukan pelajar di sekolah rendah, menengah, kolej dan university di samping sebagai rujukan umum semua lapisan masyarakat di Sabah khasnya dan Malaysia amnya, terutama yang berminat mengetahui cerita DSP Ontoros @ Antenom.