Select your language

Urut Tradisional Melayu: Warisan Opah Umi

Penulis
Sharifah Umi Kelesom Syed Mohamed Zin

Terbitan
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2009.  77  Muka Surat.

Ulasan oleh Rosimah Binti Pimpin, Perpustakaan Desa Kg. Kuala Sapi, Beluran

Rawatan urutan secara tradisional sememangnya telah menjadi satu amalan turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi khusunya bagi wanita selepas bersalin kerana urutan tradisional baik untuk kesihatan, terutama sekali bagi mereka yang sudah mencecah usia 30-an. Rawatan Urutan tradisional ini kebiasaannya diwarisi daripada ibu atau nenek, yang diperturunkan kepada generasi baru agar cara  urutan tradisi ini tidak hilang ditelan zaman.

Menurut penulis, terdapat banyak manfaat dengan melakukan urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dalam badan sekali gus melancarkan perjalanan darah, menghilangkan kebas dan lesu. Urutan juga mampu mempercepatkan proses pemulihan tenaga, mengurangkan keletihan, memecahkan lemak dalam badan serta boleh menaikkan seri muka. Bagi wanita, urutan tradisi boleh memulihkan kitaran haid serta melancarkan peredaran darah. Urutan dilakukan bukan sahaja untuk memperolehi tubuh yang lebih sihat, malahan juga membantu seseorang wanita untuk mengekalkan tubuh badan yang langsing.

Oleh yang demikian, rawatan urutan tradisional ini bukan sahaja penting untuk wanita selepas bersalin tetapi juga diamalkan oleh wanita muda yang mengetahui kebaikannya. Ini kerana antara kebaikan urutan ialah ia mampu mengesan penyakit yang berpunca daripada urat saraf, selain daripada melegakan badan selepas penat seharian bekerja yang lazimnya mampu mengurangkan ketegangan.

Buku bertajuk Urut Tradisional Melayu: Warisan Opah Umi ini sangat sesuai dibaca dan boleh dijadikan panduan dalam penjagaan kesihatan tubuh badan terutamanya dikalangan wanita. Buku ini juga diselitkan dengan panduan pemakanan semasa berpantang dan beberapa resepi khususnya bagi wanita yang baru bersalin. Cara penulisan yang jelas dan penggunaan bahasa yang mudah difahami. Buku ini boleh dipinjam di Perpustakaan Negeri Sabah. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila layari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Ilmu itu ada di mana-mana, pengetahuan di mana-mana tersebar, kalau kita bersedia membaca, dan bersedia mendengar." - Felix Siauw

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.