Select your language

PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETES

Penulis
RUZITA ABD. TALIB 

Terbitan
KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 2000. 53 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Elvena Lee, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang

Penyakit kencing manis adalah penyakit yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini. Ramai yang sudah mengenalinya iaitu penyakit diabetes melitus. Penyakit ini semakin meningkat di Malaysia ekoran corak pengambilan makanan harian yang tidak terkawal. Diabetes melitus terjadi apabila glukosa dalam darah melebihi aras yang normal. Namun, diabetes dapat dikawal sekiranya memahami keadaan kesihatan dan persekitaran sendiri. Oleh itu, buku ini memberi panduan tentang cara yang paling berkesan untuk mengawal penyakit diabetes ini.

Pesakit yang mengalami penyakit diabetes ini wajib untuk mengambil pemakanan yang seimbang dengan tepat untuk mengelak pertambahan berat badan. Diet merupakan salah satu cara untuk mengawal diabetes. Diet yang seimbang dapat mengawal pemakanan seharian yang memenuhi zat makanan iaitu nutrien yang diperlukan. Contohnya, pemilihan makanan yang mempunyai protein yang mengandungi lemak rendah dan elakkan makanan berlemak tepu. Selain itu, untuk pesakit diabetes juga disarankan melakukan aktiviti fizikal atau senaman selama 30 minit sebanyak 3 kali sehingga 4 kali dalam seminggu. Senaman yang dimaksudkan adalah seperti berjalan kaki, mengayuh basikal dan berenang. Senaman ini dapat mengurangkan kandungan lemak dan kolesterol di dalam darah.

Jika penyakit ini tidak dapat dikawal, pesakit digalakkan untuk membuat rawatan dan mengambil ubat yang disarankan oleh doktor. Terdapat dua jenis ubat yang digunakan di Malaysia iaitu Sulfonylurea yang membantu merangsangkan pankreas untuk meningkatkan keberkesanan tindakan insulin. Manakala ubat kedua adalah Metformin yang membantu meningkatkan keberkesanan insulin serta menurunkan berat badan. Untuk mengelak daripada menghidap penyakit ini, seseorang individu haruslah mengurangkan kekerapan atau saiz hidangan makanan yang cepat menaikkan aras glukosa darah seperti susu pekat manis, gula, roti canai dan lain-lain makanan yang berlemak.

Kesimpulannya, pengarang buku ini menggunakan gaya penulisan yang bersahaja, mudah untuk difahami dan sesuai untuk bacaan umum.  Melalui buku ini, kita dapat pelajari bahawa menjalani kehidupan yang sihat bukan sahaja daripada mengamalkan pemakanan yang sihat tetapi kita juga harus melakukan aktiviti dan senaman yang betul. Bak kata pepatah, badan sihat otak cergas. Semoga pembaca akan mendapat banyak manfaat daripada buku ini.

Buku ini merupakan salah satu koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang. Untuk tempahan dan pinjaman, hubungi kami di talian 087-821003 atau hubungi perpustakaan yang terdekat. Selain itu, sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian ini 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.