Select your language

 

Hari Natal. Masa yang paling indah sepanjang tahun di mana kita dikelilingi oleh keluarga, rakan-rakan, bersatu dengan orang istimewa dan juga makanan-makanan yang enak! Hari Natal dirayakan pada 25 Disember setiap tahun oleh semua orang Kristian di seluruh dunia untuk meraikan kelahiran Yesus.

Apabila seseorang menyebut 'Natal', salji, pokok pine yang dihiasi, hadiah dan tidak lupa juga, Santa Claus, bermain di fikiran. Memang mustahil untuk mempunyai Natal putih di Malaysia tetapi ini tidak bermakna bahawa sambutan itu kurang meriah, kerana Hari Natal dirayakan dengan cara orang Malaysia seperti jualan besar-besaran di pusat membeli-belah, membeli hadiah, menghias dan menyalakan pokok-pokok Krismas, karoling , membakar mercun, mengadakan rumah terbuka, dan melawat keluarga serta rakan-rakan. Sama ada anda menghias rumah dengan lampu Natal, atau hanya menonton filem dengan keluarga, tidak akan ada kekurangan cara-cara untuk meraikannya.

Pengarah dan staf-staf Perpustakaan Negeri Sabah mengucapkan selamat menyambut Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2023. Semoga anda menikmati percutian anda. Sementara itu, kami telah menyediakan beberapa buku kegemaran kami di bawah untuk anda baca dengan orang yang anda sayangi.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.