Select your language

Kenali Siti Syazurah Binti Mohd Anwar @ Zurah Anwar

Tarikh lahir: 24 februari 1992

Tentang Siti Syazurah Binti Mohd Anwar @ Zurah Anwar

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi belia dan komuniti di Universiti Malaysia Sabah. Mula menulis pada tahun 2017,pernah mencuba nasib dalam pertandingan menulis buku namun nasib tidak menyebelahi. Tetapi pada tahun 2018 beliau cuba menghantar manuskrip ke syarikat penerbitan buku dan manuskrip beliau terpilih dan diterbitkan.  Timbul idea menulis selepas menonton filem parasite. Beliau tertarik dengan konsep jenaka gelap dan nilai kekeluargaan yang terdapat dalam filem tersebut. Dengan itu beliau cuba mengaplikasikan dua elemen ini kedalam cerita dengan cara yang tersendiri. Selain itu beliau juga gemarkan cerita misteri dan thriller. Salah satu novel yang dihasilkan oleh beliau yang bertajuk Ghairah dan sorok yang membawa genre psiko dan thriller. Ghairah pernah diadaptasi dalam telemovie yang bersiaran di Astro Citra. Novel beliau diterbitkan di bawah penerbit Dear Novels dan dipasarkan dikebanyakan kedai-kedai buku di Malaysia termasuklah Kedai buku Popular.

 


Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Banyak orang, di antaranya saya, merasa lebih baik hanya dengan melihat sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.