Select your language

 

Kenali Jekius Karim,
Tempat Lahir : Pitas, Sabah


Tentang Jekius Karim

Jekius Karim merupakan anak jati kelahiran Pitas Sabah. Dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Pandan Mandamai Pitas, kemudian melanjutkan pendidikan peringkat Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas. Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Sabah dan di Bank Simpanan Nasional. Beliau kemudiannya menyambung pengajian peringkat Ijazah Pendidikan Sains Sukan Jasmani dan Kesihatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dalam bidang Sarjana Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Kini, beliau bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau juga mempunyai kelayakan Kejurulatihan Sains Sukan Tahap II dan Tahap III daripada Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai Sijil Jurulatih Badminton Tahap I daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Beliau sangat aktif dan banyak terlibat menyumbang dalam bidang kejurulatihan seperti olahraga, badminton dan bola tampar. Selain itu, beliau juga aktif dalam aktiviti luar dan mempunyai kemahiran Kayak Anugerah Bintang Satu dan Bintang Dua daripada Lembaga Pendidikan Kanu Malaysia.

 


 

Buku oleh Jekius Karim

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.