Select your language

Kenali Norhayati Tasif

Tempat lahir: Kota Kinabalu, Sabah

Tentang Norhayati Tasif

Norhayati Tasif berasal dari Kampung Ulu Seberang, Kota Kinabalu Sabah. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Buit Hill Penampang, Sabah dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan, Kota Kinabalu. Beliau mengambil aliran Sastera dan mula menulis ketika di Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Setelah tamat sekolah, beliau menyertai program yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kembara, Kota Kinabalu di Pulau Rang Bulan, Kota Belud pada tahun 1998 yang dipengerusikan oleh Puan Sitti Rahmah G. Ibrahim.

Norhayati Tasif semakin berminat dalam bidang sastera dan terus menulis sehingga kini. Beliau telah menghasilkan buku kumpulan cerpen yang pertama iaitu Kembang Sakura Di Gunma. Beliau kemudian terus menulis dalam pelbagai genre penulisan kreatif seperti cerpen, puisi dan novel. Karya beliau juga banyak tersiar dalam akhbar tempatan seperti New Sabah Times, Daily Express, Utusan Borneo dan Harian Mercu. Beliau menyertai Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) pada tahun 2007 sehingga kini.

 


 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.