Select your language

 

Hari Braille Sedunia disambut setiap tahun pada 4 Januari. Hari ini merupakan hari lahir Louis Braille, pencipta braille. Beliau dilahirkan pada tahun 1809 di Perancis. Istilah 'Braille' digelar sempena nama penciptanya. Louis Braille adalah seorang lelaki Perancis yang menjadi buta semasa kecil. Dari umur sepuluh tahun, beliau bekerja di Royal Institute for Blind Youth di Perancis, di mana beliau membangunkan dan menambah baik raised-dot system yang dikenali sebagai Braille. Beliau membangunkan sistem braille yang digunakan pada masa kini, berdasarkan sistem tulisan yang dicipta oleh Charles Barbier. Braille telah dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk menjadikannya lebih mudah dibaca, dan kini ia digunakan di seluruh dunia.

Braille menyelesaikan kerjanya dengan mencipta kod berdasarkan sel dengan enam titik, membolehkan hujung jari mengesan unit sel penuh dengan satu sentuhan dan bergerak dengan pantas dari satu sel ke sel yang seterusnya. Braille akhirnya diiktiraf sebagai satu sistem maklumat bertulis yang utama bagi orang buta di seluruh dunia.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) memuji bantuan Braille, yang memberi akses kepada orang buta dan cacat penglihatan. Pada November 2018, 4 Januari telah ditetapkan sebagai Hari Braille Sedunia. Sejak 2019, Hari Braille Sedunia telah diperingati untuk menggalakkan kesedaran kepentingan braille sebagai medium komunikasi dalam pencapaian penuh hak asasi manusia untuk orang buta dan separa penglihatan.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidak ada teman yang setia seperti bersama sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.