Select your language

 

Kenali Alis Padasian

Tempat Lahir: Ranau, Sabah.

Tentang Alis Padasian

Pada tahun 1995, beberapa rangkap pantun yang diplagiat dari buku kerja Bahasa Melayu terpilih untuk disiarkan di dalam majalah sekolah. Tahun berikutnya, Alis Padasian beranganangan menghasilkan manuskrip novel “Cinta Kita” selepas menonton filem yang bertajuk sama. Ketika berusia 16 tahun, cita-cita beliau untuk menjadi penulis dilupakan kerana menyangka bakal menjadi jurutera awam. Apabila beliau berada di universiti, impiannya semasa zaman kanak-kanak kembali berbunga selepas mengkaji analisis cerpen Allan Edgar Poe, The Tell – Tale Heart.

Alis Padasian mula menulis journal, cerita pendek dan novella pada waktu malam dan pada penghujung tahun 2010, beliau diterima bekerja sebagai wartawan di New Sabah Times. Beliau juga pernah mengalami writer’s block dan berhenti kerja untuk menikmati hidup tanpa komitmen keterlaluan.

SINARUT 1994 merupakan manuskrip novel ketiga yang terhasil sejak kembali aktif menulis sekitar tahun 2015, di samping himpunan sajak, cerpen dan novella yang telah dan belum diterbitkan.

 


 

Buku oleh Alis Padasian

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.