Select your language

Tip-Tip Kewangan Untuk Rakyat Malaysia

Penulis
K.C. Lau

Terbitan
Petaling Jaya, Selangor: True Wealth Sdn . Bhd., 2010. 212 Muka Surat.

Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu

Ilmu kewangan sangat penting untuk kita ketahui dan dipelajari bagi manfaatkan dalam pengurusan kewangan kita secara peribadi mahupun dalam perniagaan. Ini merupakan kemahiran yang patut kita miliki untuk memantapkan kewangan. Keputusan di tangan kita sendiri untuk menentukan hala tuju kewangan kita. Keputusan kita sendirilah yang akan menentukan keadaan kewangan kita stabil dalam apa saja keadaan yang kita lalui.

Penulis buku  'Tip-Tip Kewangan Untuk Rakyat Malaysia' ini mengatakan bahawa, anda tidak perlu menjadi seorang yang bijak pandai untuk menjadi kaya. Walaupun IQ yang tinggi sememangnya membantu, namun kebijaksanaan emosi lebih penting untuk kita menjadi kaya. Ini kerana kita mahu menyimpan untuk tabungan masa depan ataupun mengikut keinginan kita untuk berbelanja. Ini akan sentiasa melibatkan pergelutan emosi untuk menentukan pilihan kita.

Menurut penulis, kewangan peribadi tidak melibatkan matematik yang mencabar. Ia semudah tambah dan tolak. Dua persamaan yang penting dalam kewangan peribadi iaitu, Simpanan = Pendapatan – Belanja dan Nilai Bersih = Aset – Liabiliti. Oleh itu, seseorang itu perlu mempunyai simpanan yang positif setiap masa.       Dalam buku ini juga mengupas rahsia tentang carta golongan kaya yang dikatakan sebagai Jutawan Senyap. Ini kerana dalam aliran tunai mereka, simpanan dari pendapatan atau gaji mereka lebih tinggi berbanding perbelanjaan. Nilai bersih dari asset mereka lebih banyak berbanding liabiliti. Dikatakan juga, golongan ini biasanya bekerja keras menambah pendapatan dan menyimpan lebih banyak daripada membelanjakan. Mereka mungkin banyak hutang tetapi pada masa yang sama hutang tersebut digunakan untuk mendapatkan lebih banyak aset. Aset menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi dan memperbaiki aliran tunai mereka.

Penulis mengatakan bahawa dalam aspek kewangan, mereka merdeka dan pengumpul kekayaan yang hebat. Bagaimana carta aliran tunai dan nilai bersih anda? Terdapat dua peraturan yang perlu diikuti iaitu, miliki simpanan yang positif dengan memiliki lebihan atau simpanan di dalam carta aliran tunai anda dan gunakan simpanan tersebut untuk membeli lebih banyak aset bukannya liabiliti. Terpulang kepada anda untuk memilih kehendak anda sendiri dan menentukan carta aliran tunai anda.

Buku ini di bahagikan kepada 5 bahagian penting yang menghuraikan tip-tip bagaimana anda dapat membuka minda anda untuk mencapai lebih banyak sumber kewangan anda yang terhad. Buku ini menunjukkan kepada anda banyak helah dan tip yang mudah dan praktikal. Tip-tip ini berkesan dengan hanya menuntut sedikit perubahan dalam tabiat harian. Bahagian 1, Tip Kewangan Bijak yang berkaitan konsep-konsep kewangan penting yang dapat menghala pemikiran anda kepada frekuensi yang betul. Bahagian 2, Tip Menjana Wang, tip mudah untuk menjana lebih banyak wang tanpa memerlukan kerja keras. Bahagian 3, Tip menjimat Wang, koleksi tip yang dapat membantu anda menjimatkan wang tanpa perlu mengorbankan keselesaan dalam gaya hidup anda. Bahagian 4, Tip Melindungi Wang, meliputi informasi dan nasihat mengenai pelan insuran. Mengumpul wang memerlukan asas pengurusan risiko yang tinggi. Bahagian 5, Tip Bonus, apakah pelaburan yang terbaik yang perlu anda ketahui? Anda akan dapati semua persoalan anda terjawab melalui buku ini.

Buku ini mudah difahami dengan adanya contoh-contoh yang diberikan, carta, gambarajah dan jadual. Ketahui semuanya dalam buku ini untuk mengukuhkan kewangan peribadi anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." (Joseph Addison).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.