Select your language

TANAMAN KUCAI, PANDAN & TOMATO

Penulis
WENDY WEE

Terbitan
PETALING JAYA, SELANGOR: PENERBIT CITRAWARNA SDN. BHD., 2015. 44 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Zakky Afandi Bin Rasimin, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Ranau

Buku ini adalah tentang tanaman sayur kucai, pandan dan tomato. Penulis telah menerangkan beberapa kandungan yang terdapat di dalam buku ini seperti tempat penanaman, kaedah, dan faedah mengikut jenis-jenis sayur. Antaranya ialah sayur kucai, pokok pandan, tomato, serai, timun, sayur bayam, pegaga dan lobak putih.

Sayur kucai merupakan sayur daripada gugusan bawang yang ditanam untuk dimakan dari pucuk sampai ke bahagian bawangnya. Kucai cina merupakan varieti yang dipilih oleh petani untuk ditanam dalam perusahaan tanaman kucai.  Ia dipilih kerana dikatakan mempunyai bau seperti bawang putih dan akan mengeluarkan bunga yang berwarna putih. Penanaman kucai tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana kucai boleh tumbuh di atas pelbagai jenis tanah atau tanah humus iaitu tanah yang kaya bahan kompas dan bahan organik.

Pokok pandan atau nama saintifiknya Pandanus adorus adalah jenis tanaman yang boleh didapati hampir setiap rumah kerana pokok pandan adalah sejenis tanaman yang mudah tumbuh. Pokok pandan tumbuh menegak, mempunyai daun yang tebal, tidak lebar dan panjang meruncing dengan hujung daun berbentuk tajam, berwarna hijau tua dan berbau wangi. Ia adalah sejenis tanaman yang membiak melalui akar dan boleh menjalar setempat berhampiran dengan induknya. Daun pandan mempunyai banyak kegunaan daripada perubatan sehingga menjadi perasa kepada masakan. Selain itu, ia dapat digunakan untuk menyejukkan kepala dan melebatkan rambut. Rasa daun pandan juga sedap dan sering kali ia digunakan untuk menambah perasa dalam masakan yang berwarna hijau semulajadi dan menambahkan lagi aroma bau yang sedap di dalam masakan.

Tomato  atau nama saintifiknya Lycopersicon cycopersicum, merupakan jenis sayuran yang popular di seluruh dunia sama ada dimakan mentah atau dimasak dalam pelbagai jenis hidangan. Tomato boleh di komersial dan diproses menjadi pelbagai produk sampingan seperti sos tomato, jus yang disimpan dalam tin supaya bertahan lebih lama daripada rosak. Antara kelebihan tomato ialah dapat membantu mengekalkan kesihatan manusia kerana tomato mempunyai zat nutrien seperti kalsium, karbohidrat, protein, zat besi, lemak, vitamin dan sebagainya. Terdapat dua varieti tanaman tomato yang sering ditanam, ia secara menegak ataupun menjalar. Tomato amat sesuai di tanam di suhu 18 hingga 32 darjah celsius namun ia sebenarnya mudah tumbuh dimana-mana sahaja terutama di kawasan tanah berpasir gambut dengan sistem pengairan dan pengudaraan yang baik. Selain itu, penulis juga ada menerangkan cara-cara penjagaan dan pembesaran buah tomato dengan kaedah yang betul.

Serai pula merupakan sejenis tanaman yang popular di Malaysia. Hampir setiap rumah mempunyai pokok serai kerana ia mempunyai banyak kegunaan terutamanya dalam masakan dan kegunaan setiap hari di setiap rumah. Ini disebabkan, mengikut kepercayaan bahawa tanaman serai dapat menghalau serangga dan haiwan liar seperti ular daripada memasuki kawasan rumah. Adakalanya serai ditanam sebagai hiasan dan serai yang cukup matang boleh dituai dan dijual bagi menghasilkan pendapatan kepada pengusaha. Mengikut peredaran masa, serai semakin kurang diminati dan hanya dapat dilihat di kawasan luar bandar sahaja. Terdapat dua jenis serai yang sering ditanam iaitu serai makan dan serai wangi. Kedua-dua jenis ini memiliki kelebihan dan fungsi yang tersendiri. Selain itu, penulis juga menerangkan cara penanaman serai dan cara penjagaan serai untuk meghasilkan serai yang memuaskan.

Timun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, sejenis sayur yang dapat dihidang dengan pelbagai cara dan menjadi popular pelbagai lapisan masyarakat. Pokok timun tidak memerlukan kawasan yang luas untuk membesar dan ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar dan memerlukan substrak untuk menjalar dan membesar. Kelebihan tanaman timun ialah tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Kajian menunjukkan timun mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran yang lain. Untuk memulakan penanaman timun, pengusaha perlu menyediakan tanah yang sesuai bagi memastikan pengeluaran timun yang terjamin. Tanah yang sesuai ialah tanah gembur yang mengandungi bahan organik yang tinggi, mempunyai sistem saliran yang baik dan tanah yang berupaya untuk mengekalkan kelembapan. Pokok timun akan menjadi kerdil sekiranya kawasan timun ditanam terlalu panas dan kekurangan sumber air. Penggunaan baja kimia atau baja organik juga digalakkan bagi mengekalkan kesuburan tanah dan menghasilkan buah timun yang terbaik.

Di Malaysia, terdapat dua jenis sayur bayam iaitu bayam yang berwarna hijau dan berwarna hijau keunguan dan kemerahan. Bagi bayam yang berwarna hijau, ia mempunyai daun yang lebar dan kadang-kadang boleh didapati daun berbentuk bujur. Ia sesuai di tanam di kawasan yang mempunyai tanah liat ringan atau tanah liat berpasir. Sayur bayam boleh ditanam melalui biji benih. Sebelum proses semaian, biji benih direndam dengan racun anti kulat untuk memastikan tiada kulat yang boleh menjangkiti biji benih bayam. Selepas itu, biji benih digaul dengan pasir dan tanah peroi terlebih dahulu sebelum disemai pada tanah yang telah disediakan.

Pegaga merupakan herba yang dipercayai mengandungi nilai perubatan yang tinggi dan setakat ini pegaga tidak ditanam secara komersial. Kebiasaannya, pegaga dikutip di habitat semulajadinya untuk dijadikan ulam, bahan mentah untuk masakan dan digunakan untuk perubatan. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang biasanya dijumpai dikawasan tropika. Pegaga boleh didapati dengan banyak di kawasan yang redup dan berair. Pegaga di Malaysia terdapat tiga jenis yang sering dijumpai yang dikenali sebagai pegaga salad, pegaga ubi, dan pegaga nyonya yang berbentuk keriting.

Lobak putih dengan nama saintifiknya Raphanus sativus sejenis tanaman umbisi yang popular di Asia dan di Eropah. Sayur ini kaya dengan pelbagai jenis khasiat dan dijadikan bahan mentah bagi pelbagai jenis masakan. Lobak putih senang ditanam dan boleh tumbuh dikawasan bertanah tinggi dan rendah. Bentuk lobak putih hampir sama dengan sayur sawi bunga akan tetapi lobak putih mempunyai batang  yang pendek dan tepi daunnya berombak-ombak. Selain itu, penulis juga menerangkan jenis lobak, tanah yang sesuai untuk penanaman lobak putih, suhu yang sesuai untuk memastikan tanaman lobak cepat membesar dan dapat dituai oleh pengusaha tanaman lobak putih.

Buku ini memberi banyak manfaat dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali yang berminat untuk mengusahakan kebun atau ladang. Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Cawangan Ranau dan sila hubungi kakitangan yang bertugas untuk tempahan pinjaman. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar kawasan Perpustakaan Cawangan Ranau atau Kota kinabalu. Sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.