Select your language

Hati yang Rawan

Penyunting
Ahmad bin Ibrahim

Terbitan
Pahang: Universiti Malaysia Pahang, 2002. 130 mukasurat.

 Ulasan oleh Alifah Abbas, Bahagian Pembangunan Koleksi, Perpustakaan Negeri Sabah

Buku ini menghimpunkan 11 cerita yang berlainan adaptasi dari kisah benar mengenai pelbagai masalah yang berlaku dalam kehidupan masyarat yang melibatkan emosi dan psikologi. Permasalahan kehidupan  dewasa ini perlu diambil berat dan tidak seharusnya dipandang remeh oleh masyarakat sekeliling. Kecaknaan masyarakat terhadap isu psikologi amat penting. Ambil tahu dan rasa peduli ini secara tidak langsung dapat mencegah individu tersebut terjerumus dari perbuatan yang tidak diingini. Seramai 8 orang kaunselor hebat daripada pelbagai institusi termasuk Universiti Malaysai Pahang menulis pengalaman peribadi mereka dalam membantu klien berhadapan pelbagai masalah jiwa yang rawan dalam buku ini. Mereka ialah Dr.Fatmawati Latada, Pensyarah di Universiti Malaysia Pahang, Fara Hazlini Mohd Som yang kini bertugas sebagai pegawai Psikologi Kanan di Universiti Malaysia Pahang, Coach Mahyana Muktar, Kaunselor Kanan UniKL, MIAT selain pengasas MS INSPIRE Consultancy, Paridah Mohd Ali seorang pegawai Psikologi di UMP. Hanieza Fadzlina Yahya yang menjawat jawatan Pegawai Psikologi di Unit Psikiatri Komuniti & Intervensi Psikososial di Jabatan Psikiatri Horpital Canselor Taunku Muhriz , Pusat Perubatan UKM. Selain itu, Nur Azila Osman seorang penceramah,sukarelawan dan seorang kaunselor di Universiti Malaysia Pahang, Siti Norni Mohd Daud, Pegawai Psikologi di Universiti Malaysia Pahang dan Nur Atiqah Mohd Nor juga Pegawai Psikologi di Unit Perundingan dan Bantuan Staf di Universiti Malaysia Pahang. Buku ini bukan sahaja memaparkan cerita sebagai bahan bacaan , bahkan buku ini menerangkan cara, reflkesi, nota malah panduan yang perlu diambil oleh masyarakat sekeliling dalam menghadapi masalah yang berkaitan.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." (Joseph Addison).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.