Select your language

Gamat Perairan Malaysia: Kepelbagaian Spesies dan Kegunaanya

Penulis
Zainuddin Ilias

Terbitan
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.  106 Muka Surat.

 

 Ulasan oleh Abdul Mutalib bin Titi , PD: Kg. Dengan Tungku, Lahad Datu

Apabila kita memandang ke laut, kita akan merasa takjub keindahan dan  ketenangannya. Namun keajaiban dunia lautan sebenarnya melebihi daripada apa yang dapat dibayangkan. Di dasar laut masih banyak khazanah laut yang mengagumkan dan satu daripadanya ialah gamat. Gamat istilah yang mudah dikenali oleh masyarakat Melayu. Haiwan ini  ada berbagai spesies tetapi yang paling terkenal gamat atau nama saintifiknya Holothuria (Metriatyla) scabra Jaeger, 1833. Haiwan ini mampu hidup walaupun badannya telah terputus dua. Keunikan istimewa yang dimiliki oleh gamat atau timun laut ialah berbentuk seperti lintah atau beluncas. Walaupun badan gamat yang terputus dua boleh hidup kembali tetapi ada juga spesies yang amat sensitif kepada sentuhan. Gamat boleh dianggap berfungsi sebagai penyedut hampagas, memakan bahan mati yang mendap didasar lautan, mencernakan bahan tersebut dan membuangkan pasir yang hampir bersih.

Pembiakan gamat dengan cara melepaskan telur dan sperma ke dalam air dan persenyawaan akan berlaku di laut terbuka. Hasilnya, anak-anak gamat wujud sebagai plankton, sebelum mula mendap ke dasar dan meragut alga-alga mikro di dasar laut. Gamat diketahui sejak dahulu lagi mempunyai banyak kelebihan dalam penyembuhan luka dan masalah dalaman badan sehingga dipanggil penyembuh ajaib kerana dapat mengubati pelbagai penyakit. Kajian saintifik menunjukkan bahawa di dalam badan gamat terdapat bahan yang berfungsi sebagai bahan antiseptik dan antifungus atau antikulat. Bahan ini boleh mengelakkan luka menjadi septik atau busuk. Ia juga dapat menyembuhkan luka-luka kecil di kulit dengan penyembuhan yang cepat. Dari segi kosmetik pula, hasil ekstrak gamat telah digunakan dalam pencuci muka, makanan tambahan dan lain-lain lagi.

Melalui buku ini, penulis telah memberikan pembaca berbagai maklumat tentang kepelbagaian spesies gamat yang terdapat di Malaysia, habitat, kegunaan, cara pengekstrakan produk gamat tradisional dan ancaman terhadap spesies ini. Di samping itu, maklumat serta penjelasan juga diberikan kepada istilah gamat. Hasil maklumat yang terkandung di dalam buku ini sedikit sebanyak  dapat menghindarkan pengguna tertipu dengan jualan timun laut yang tidak bermutu yang menggunakan nama gamat asli.

Buku bertajuk Gamat Perairan Malaysia ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana ianya banyak memberi maklumat pengetahuan tentang gamat dan kegunaannya.  Sila hubungi perpustakaan yang terdekat untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." (Joseph Addison).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.