Select your language

Variasi Solekan Pengantin Berhijab

Penulis
Zulfazli Suhadi

Terbitan
Shah Alam, Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., 2014.  160 Muka Surat.

Ulasan oleh Siti Alimah Binti Awang Saleh, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sandakan

Hijab dalam bahasa Arab bermaksud penghalang. Bagi beberapa negara berbahasa Arab serta negara-negara barat, perkataan hijab lebih sering merujuk kepada kerudung yang digunakan oleh wanita muslim. Namun dalam ilmu Islam, hijab lebih tepat merujuk kepada tatacara berpakaian yang pantas sesuai dengan tuntutan agama. Hijab juga bererti kewajipan dan bukan sekadar wadah fesyen semata-mata.

Dunia kecantikan dan solekan sangat sinonim dengan wanita dan memang tidak dapat dipisahkan. Begitulah hebatnya jika wanita berhijab tambahan pula dengan seri solekan yang tepat dengan bentuk wajah dan keperluan keadaan. Pelbagai gaya moden, klasik dan anggun boleh disatukan agar penampilan mereka yang bertudung menjadi lebih berkeyakinan. Jeritan kegembiraan dan kata-kata pujian sering kedengaran jika bertemu dengan teman lama tatkala menghadiri majlis perkahwinan teman atau sanak-saudara yang tiba-tiba berubah imej dengan berhijab.

Naskhah Variasi Solekan Pengantin Berhijab merupakan buku yang berbeza daripada naskhah sebelum ini. Penulis berkongsi idea mengenai solekan pengantin yang bertudung. Dengan pemakaian hijab yang semakin popular dikalangan selebriti umumnya masyarakat masa ini, penulis mengambil inisiatif dengan memberi sumber inspirasi baru pada bukunya, juga kepada pencinta dunia solekan. Penulis merupakan seorang jurumekap artis yang berpengalaman dan berbakat.

Buku ini begitu menarik bagi saya kerana fokus utama buku ini adalah tentang konsep solekan pengantin berhijab yang moden, cantik dan glamor. Dengan teknik dan gaya tudung yang menarik mampu memberi garapan yang segar dan eksklusif pada solekan. Melalui buku ini, ditampilkan teknik asas solekan diselangi langkah demi langkah yang sesuai dan bahasa yang mudah difahami untuk memudahkan pembaca yang ingin mencuba idea solekan baru.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya,  sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Dengan membaca kamu mengenal dunia. Dengan menulis kamu dikenal dunia."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.