A- A A+

Urus Bisnes dengan Google

Penulis
Zamri Mohamad

Terbitan
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, 2010. 298 Muka Surat.

Ulasan oleh Elizabeth Zaitol, Latihan Industri, UiTM Kampus Rembau, Cawangan Negeri Sembilan

Google merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat. Syarikat ini mendapat keuntungan melalui rangkaian sosial atau iklan yang berkaitan melalui teknologi Internet.  Misi Google ialah ‘untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal’.

Manakala, bisnes atau perniagaan boleh didefinisikan sebagai perusahaan yang sah dan diiktiraf dalam menyediakan perkhidmatan dan perniagaan kepada pelanggan. Suatu perniagaan lazimnya dijalankan untuk mendatangkan keuntungan atau dijadikan sebagai sumber ekonomi. Bisnes atau perniagaan boleh dilakukan sebagai perusahaan perseorangan, persekutuan ataupun secara koperasi.

Buku ‘Urus Bisnes dengan Google’ ini boleh membimbing masyarakat untuk mengurus perusahaan atau perniagaan dengan menggunakan aplikasi Google. Menurut penulis, aplikasi Google dapat meningkatkan prestasi perusahaan para peniaga. Penulis merupakan seorang penyelidik bebas bagi sebuh konsultant dan jururunding bisnes kecil di Kuala Lumpur sejak awal tahun 2001 sehingga tahun 2005. Tambahan pula, beliau merupakan jurulatih bagi individu, jabatan kerajaan Astro, Sinar Harian, Astro, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, Malay Mail dan Berita Harian serta beberapa majalah nasional lain. Walaupun tidak mempunyai pendidikan khusus dalam membina laman sesawang, beliau berjaya membuktikan pencapaiannya dengan laman sesawang yang diasaskan oleh beliau iaitu kursusperniagaan.com.  Laman sesawang ini menganjurkan bengkel dan seminar pemasaran, pembinaan laman sesawang, pengurusan risiko dan penjenamaan perniagaan kecil yang berteraskan falsafah Brandentiti.

Buku ini telah dibahagikan kepada sepuluh bahagian yang mempunyai topik dan sub-topik yang berbeza. Dalam bahagian satu, penulis telah memperkenalkan satu aplikasi Google iaitu Gmail. Langkah-langkah menggunakan Gmail dikupas oleh penulis dengan teliti. Huraian-huraian yang diberikan sangat mudah difahami kerana ilustrasi diberikan dalam bentuk gambar aplikasi Gmail. Fungsi Gmail dalam bisnes dan cara untuk berbincang dengan pelanggan turut diterangkan dalam bahagian ini.

Manakala, dalam bahagian dua membincangkan tentang pengurusan bisnes menggunakan aplikasi Google Talk iaitu interaksi yang dijalankan secara siaran langsung atau ‘live’. Bahagian tiga pula ditulis untuk mengajar dan memberi pendedahan kepada para peniaga untuk memperkenalkan diri dan bisnes secara besar-besaran melalui Google Profile. Bahagian empat pula mempunyai maklumat yang sangat penting dalam dunia perniagaan iaitu Google Docs. Terdapat banyak fungsi Google Docs dalam perniagaan yang dikongsikan oleh penulis.

Dalam bahagian seterusnya, format pengisian buku ini tidak jauh bezanya dengan bahagian sebelumnya. Setiap bab membincangkan satu aplikasi Google yang sangat membantu dalam perkembangan bisnes. Sebagai contoh, bahagian lima membincangkan mengenai Google Calendar, bahagian enam tentang aplikasi Google Groups, manakala bahagian tujuh ialah berdasarkan Google Maps, bahagian lapan tentang Google Alerts dan bahagian sembilan ialah Google Search. Kesemua bahagian dalam buku ini mempunyai topik yang menarik kerana aplikasi-aplikasi yang dibincangkan sangat sesuai untuk digunakan khususnya dalam pengurusan perniagaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, pembaca boleh lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-213623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini dan isi kandungannya.

Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

 

Ulasan Buku

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.