|
Alamat : Perpustakaan Wilayah Sandakan Sabah,Malaysia. Telephone:089-210916, 210961 Ketua : Cecilia Chai |
Pengenalan
Bangunan Perpustakaan Wilayah Sandakan telah dibuka kepada orang awam pada 26 April 1993 dan dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Pairin Kitingan, mantan Ketua Menteri Sabah pada 21 Disember 1993.
Mural yang beraneka warna yang terpapar di dinding perpustakaan menyambut kedatangan para pelawat. Hiasan dinding ini melambangkan corak hidupan liar hutan tropika termasuklah Badak Sumbu Sumatera dan Orang Utan yang jarang-jarang ditemui. Hidupan liar ini boleh didapati di Taman Sepilok yang jauhnya 24 Kilometer dari Sandakan.
Sementara dinding bangunan di bahagian kanak-kanak dihiasi dengan lukisan dan corak kartun yang menjadi daya tarikan dan suasana yang menyeronokan kepada kanak-kanak. Bangunan ini juga menyediakan pintu keluar masuk yang amat mudah, lengkap dengan jalan tanjakan serta lif khas bagi golongan istimewa.
Perpustakaan ini juga dilengkapi dengan Bilik Serbaguna, kantin, bilik perbincangan dan bilik sesi berceria. Pada bulan September 1997, Perkhidmatan bagi Golongan Cacat Penglihatan dengan rasmninya dimulakan. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Seksyen Pandang Dengar dimana mereka menyedia dan menghantar ‘talking books’ kepada penghuni Taman Cahaya.
Perpustakaan Bergerak pula memberi perkhidmatan kepada 48 buah sekolah dan pelbagai jabatan kerajaan.
Perkhidmatan
1) Khidmat Pembaca
2) Khidmat Rujukan
3) Sumber Media
4) Perpustakaan Desa
5) DesaNet
HARI | MASA PEMBUKAAN |
---|---|
Isnin | 10.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG |
Selasa Hingga Khamis | 9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG |
Jumaat | 9.00 PAGI HINGGA 6.00 MALAM |
Sabtu & Ahad | 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG |
Cuti Umum | TUTUP |