|
Alamat: Perpustakaan@PPNS, |
Introduction
Perpustakaan@PPNS telah dibuka kepada orang awam pada 22 April 2021. Berbeza dari cawangan perpustakaan yang lain, perpustakaan yang bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah ini menyediakan lebih kurang 1,052 naskah tesis yang dihasilkan oleh graduan-graduan dari universiti tempatan. Selain itu, terdapat juga koleksi bahan rujukan lain dan juga koleksi fiksyen yang boleh dipinjam oleh pengunjung. Reka bentuk yang ekslusif menarik pengguna untuk bertandang ke perpustakaan ini. Fasiliti yang disediakan oleh perpustakaan ini termasuk 2 buah bilik perbincangan yang dilengkapi dengan “Smart TV” yang membolehkan pengguna mengakses kepada bahan atas talian yang juga boleh digunakan untuk tujuan menghadiri mesyuarat atas talian.
DAY | OPENING HOURS |
---|---|
Isnin - Jumaat | 9.00 AM To 5.00 PM |
Sabtu & Ahad | Tutup |
Cuti Umum | Tutup |