Select your language

Rahsia Tentera Imun

Penulis
Tauhid Nur Azhar

Terbitan
PTS Millennia Sdn. Bhd. 2014. 174 Muka Surat.

 

Ulasan oleh Fatmawati Lapida, Perpustakaan Desa Kg.Pasir Putih, Tawau.

Manusia dilengkapi dengan sistem pertahanan semula jadi, yang dikenali sebagai sistem imun. Sistem imun bekerja secara automatik, sistematik dan professional sepanjang masa bagi melindungi tubuh manusia daripada ancaman berbahaya. Satu cara bagi menjaga Sistem Imun supaya tetap bekerja secara optimum adalah dengan membekalkan bahan yang dapat menguatkan dan menstabilkan proses pergerakan sistem ini. Bekalan itu adalah makanan  halal dan berkhasiat. Melalui fikiran dan tingkah laku yang baik, otak terus-menerus merangsang sistem Imun supaya bekerja secara optimum serta bersesuaian dengan tugasnya supaya tubuh kekal sihat.

Adakah pernah kita terfikir bahawa setiap kilogram berat badan terdiri daripada satu trillion unit kecil bernama sel? Setiap sel diberi kuasa mengatur aktiviti biologi dalam dirinya. Bagaimana sel yang bersaiz mikro mampu membangunkan satu kepintaran mekanik yang melibatkan semua proses di alam semesta. Malah, terdapat pembentukan tenaga, pembangunan pembinaan, perlindugan dan pembaikan organ yang rosak, serta secara produktifnya mampu meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada rantaian yang diduduki oleh sel itu.

Buku bertajuk 'Rahsia Tentera Imun' ini berkisar tentang kecerdasan dan keajaiban sebuah sistem yang berada dan bekerja dalam tubuh manusia. Sistem ajaib ini dikenali sebagai imuniti, iaitu sistem yang melindungi tubuh dalam proses manusia berinteraksi dengan komponen-komponen lain dalam kehidupan.

Menurut penulis, setiap sel dan setiap utas DNA bekerja mengikut peraturan terancang, mesej dan pesanan daripada rantaian diterima melalui cecair kimia, gelombang konduksi elektrik tubuh atau pun sentuhan, dan komunikasi dengan sel terdekat. Sel juga mampu membina komunikasi berbentuk pesanan fisiologi. Sel-sel darah putih leukosit, limfosit dan makrofaj yang gagah akan gembira bekerja dengan tekun menjaga seluruh tubuh apabila kita menjaga dan menghidupkan dengannafas cinta, keyakinan, dan kepercayaan.

Dalam buku ini, penulis turut menerangkan perihal manfaat ibadah harian kepada sistem imun. Keadaan ini seterusnya menyumbangkan kepada kesejahteraan dan kedamaian hidup bermasyarakat.  Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.