Select your language

Perusahaan Tanaman Buah Komersial Di Malaysia

Penulis
Redaksi AgroMedia

Penyunting
Ravinder Kaur

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media.  295 Muka Surat.

 


 

Ulasan oleh Fatmawati Lapida, Perpustakaan Desa  Kg.Pasir Putih Tawau.

Kesedaran kepentingan mendapat zat seimbang mendorong kepada peningkatan kpermintaan buah-buahan dari masa ke semasa menyebabkan permintaan buah-buahan komersial juga semakin meningkat dipasaran.  Kesannya secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah impot buah-buahan dari luar. Permintaan pengguna yang semakin meningkat merupakan peluang kepada pasaran buah-buahan tempatan untuk berkembang.  Dalam hal ini, pengeluaran buah-buahan tempatan secara kormesial tidak mencukupi untuk menampung keperluan permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Dalam buku yang bertajuk Perusahaan Tanaman Buah Komersial di Malaysia ini, penulis menyatakan fenomena kekurangan penghasilan buah-buahan juga disebabkan kekurangan infrastuktur seperti dari segi tanah, pengetahuan aspek penanaman dan pemasaran buah-buahan. Namun begitu, peluang pasaran buah-buahan tempatan masih luas sekiranya dimanfaatkan dengan baik.  Menurut penulis, buah-buahan komersial tidak semestinya buah-buahan tempatan sahaja, ada yang dari negara lain juga diketegorikan sebagai buah-buahan komersial seperti limau bali, manggis, mangga dan sebagainya.

Permintaan buah-bauahan jenis tropika dari pasaran tradisional yang meliputi pasaran seperti pasar, restoran dan hotel, berpotensi untuk dimajukan. Selain itu, buah-buahan juga mendapat permintaan dari sektor industri berasaskan makanan yang menggunakan buah-buahan sebagai bahan utama dan secara tidak langsung permintaan pasaran meningkat.

Buku ini menyediakan pelbagai maklumat mengenai buah-buahan yang sesuai untuk dipasarkan ke pasaran tempatan dan luar negara. Selain itu, buku ini turut menyajikan maklumat mengenai teknik pengeluran 14 jenis buah secara komersial.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini sila berkunjung ke Perpustakaan terdekat atau layari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my .

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidak ada teman yang setia seperti bersama sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.