Select your language

Pengurusan Stres

Penulis
Mazlan Aris

Terbitan
Pengurusan Stres.  Mazlan Aris (Dr.).  Petaling Jaya, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd., 2016. 115 Muka Surat.

 

 Ulasan oleh Affandy Chong, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tambunan

Buku ini merupakan pengenalan kepada bidang pengurusan stres,  terutamanya dalam konteks negara Malaysia.  Kandungan buku ini membincangkan stres  dari perspektif teori kaunseling dan Psikoterapi. Pelbagai teori dinyatakan untuk melihat stres dari sudut pandangan yang berbeza. Terdapat juga pandangan daripada ahli kognitif, kemanusiaan, tingkah laku dan spiritual. Buku ini sangat berguna kepada penyelidik dalam bidang kaunseling, psikologi, kesihatan mahupun pendidikan.

Bagi menambah pemahaman kepada pembaca, penulis telah mengupas punca-punca stres dengan lebih terperinci termasuklah punca stres  dari aspek peristiwa kehidupan, kelahiran, kematian, perkahwinan, pekerjaan, pengangguran, kebosanan, personiliti dan spiritual. Namun begitu, aspek yang terpenting ialah penjelasan secara praktikal tentang teknik pengurusan stres  dari aspek prinsip, konsep dan praktikal secara sistematik.

Penulis buku ini berharap agar penghasilan buku ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan tentang maksud stres yang sebenar. Pemantapan kesihatan diri amat perlu agar bukan stres  yang mengawal individu tetapi individu yang mengawal stres.  Menurut penulis, jika manusia dapat memahami makna stres sebenar, maka mereka dapat menggunakan stres sebagai rangsangan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selesa dan berjaya.  Oleh itu, mantapkan minda, emosi, tingkah laku dan spiritual supaya stres  menjadi rakan sejati yang dapat memacu kehidupan ini dengan aman, selesa  dan sejahtera.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah diwww.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.