Select your language

Pelanggan Setia

Penulis
Md. Ali Berahim

Terbitan
Batu Caves, Selangor: PTS Professional, 2010.  192 Muka Surat.

Ulasan oleh Neldra Vijay S Panikar, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tuaran

Buku bertajuk ‘Pelanggan Setia’ ini bertemakan pelanggan dimana penulis menekankan aspek promosi untuk berjaya didalam perniagaan. Buku ini juga merungkai permasalahan usahawan dalam mengubah pelanggan biasa menjadi pelanggan setia melalui beberapa penjelasan seperti mengenal pelanggan kita, menilai tahap kepuasan pelanggan, membudayakan nilai terbaik dalam khidmat pelanggan, menjaga hubungan dengan pelanggan dan mengenal pasti punca kenapa pelanggan lari.  Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang bermula sebagai tenaga pengajar di Maktab Adabi hinggalah sebagai pegawai bank.

Penulis memulakan dengan memperkenalkan kategori-kategori pelanggan dan kesan perkhidmatan terbaik yang diberikan kepada pelanggan. Selanjutnya, penulis menekan aspek budaya dan ketetapan fikiran mengenai perniagaan dan khidmat yang diberikan kepada pelanggan. Perkara ini termasuklah pengurusan kakitangan yang bermasalah atau dikenali sebagai pekerja toksik. Penulis juga memperkenalkan jenis-jenis interaksi antara pelanggan dengan perniagaan iaitu pelanggan yang dilayan dengan baik akan menjadi pelanggan setia. Konsep pemusatan pelanggan pula menerangkan bahawa kita mesti mempunyai pangkalan data yang cukup, sempurna dan terkini.

Penulis turut membicarakan beberapa perkara utama yang telah dinilai oleh pelanggan serta melalui rujukan daripada buku dan internet. Antara yang disentuh adalah cara menangani karenah pelanggan bermasalah.

Pada bab terakhir, penulis membawa pembaca cara mendekatkan diri dengan pelanggan yang mana menjadi saingan utama antara perniagaan-perniagaan di Malaysia dan negara luar.  Penulis telah menulis buku ini secara analisis kerana terdapat banyak contoh-contoh, graf dan gambarajah yang digunakan untuk menguatkan lagi fakta-fakta yang diberikan.

Buku ini adalah amat sesuai dibaca oleh semua masyarakat tanpa mengira status samaada ahli perniagaan atau pekerja makan gaji kerana kebanyakkan kita adalah terlibat dalam bidang perkhidmatan yang mempunyai pelanggan secara langsung atau tidak langsung. Bahasa yang digunakan ringkas tetapi jelas dan mudah difahami.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya,  sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.