A- A A+


Perayaan tahun baharu Cina juga dipanggil Tahun Baru Lunar dan dirayakan juga sebagai Festival Musim Bunga. Ia diraikan pada bulan Januari atau Februari di kebanyakan negara di seluruh dunia. Tahun ini, kita akan menyambut tahun Tikus logam.

Tahun Baru Cina pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 25 Januari, menurut kalendar China tradisional, dan hari terakhir yang dikenali sebagai perayaan tanglung akan berakhir 15 hari kemudian. Tahun baru sering disambut dengan tarian naga, tarian singa, pertukaran hadiah dan pertunjukan bunga api.

Tarikh penting pada kalendar Cina ini telah diraikan sejak berabad-abad. Semasa perayaan, nenek moyang akan diberi penghormatan dan upacara tradisi diadakan di mana orang berkumpul dan mengalu-alukan tahun baru dengan upacara tradisi yang akan membawa nasib baik, kekayaan, kemakmuran dan kebahagiaan.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, pihak pengurusan dan kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua. Semoga kita menikmati tahun yang makmur dan damai pada tahun ini.

Pihak kami telah menyenaraikan beberapa tajuk mengenai tahun baharu Cina untuk bacaan anda.

 

Koleksi Buku Kami

Koleksi eBook Kami

Arkib

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.