A- A A+

 

Sambutan Tahun Baru Cina mempunyi sebuah lagenda mitos yang bermula dengan pertempuran menentang binatang mitos yang dikenali sebagai 'Nian'. 'Nian' menyerupai seekor kerbau yang berkepalakan singa dan dipercayai mendiami di lautan. Pada malam Tahun Baru, 'Nian' akan muncul dan mencederakan haiwan dan penduduk serta merosakkan harta benda mereka. Lama-kelamaan, penduduk menyedari bahawa 'Nian' takut akan warna merah, api dan bunyi yang kuat. Justeru, sebagai pelindungan, penduduk mula mempamerkan 'Dui Lian', sejenis puisi yang dituliskan atas kertas merah, pada halaman rumah, bermain mercun, dan menggantungkan tanglung pada hujung tahun. Kini, masyarakat masih berbuat demikian bagi mengekalkan tradisi dan meraihkan tahun yang baru.

Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Tahun Baru Lunar atau pun Festival Musim Bunga bagi sesetengah negara seperti China dan Jepun. Pada tahun ini, sahabat Cina kita akan menyambut Tahun Baru pada 5 dan 6 Februari. Ramai mereka telah pun bermula mengemas dan menghiasi rumah mereka dengan tanglung merah, nanas, cahaya lampu dan 'Angpow' sehingga kita turut merasai kemeriahannya. Sanak saudara akan berkumpul untuk makan malam bersama keluarga dan menikmati manisan Tahun Baru. Ini merupakan sebuah perayaan yang dapat memupuk adab ziarah-menziarahi keluarga dan rakan serta mengeratkan lagi silaturahim. 

Koleksi Buku Kami

Koleksi eBook Kami

Arkib

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.