Select your language

Nikahi Calon Isteri Super!

Penulis
Intan Farhana

Terbitan
Petaling Jaya, Selangor: Hijjaz Records Publishing, 2014. 162 Muka Surat.

Ulasan oleh Salina Binti Titi, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sandakan

“Bagaikan permata di celahan kaca, kerdipnya sukar dibezakan…” 

Tentunya mencari pasangan tidak semudah menuturkan hasrat. “Sudikah kau menjadi pasangan  hidupku?” atau… “Will you marry me?” 

Mahu melafazkan ayat lamaran itu pun, kaki sudah terketar-ketar dan dada sudah berdebar-debar. Apabila diterima, seluruh dunia bergegar oleh kegembiraan kita. Namun apabila ditolak, semua  keceriaan terasa hambar. Lebih malang lagi apabila harapan tinggi bagi membina syurga dunia dalam  keluarga itu musnah berkecai. Mengapa? Kerana kita tidak berhati-hati ketika dalam proses pemilihan pasangan. Salah siapa? Adakah salah pasangan kita sepenuhnya? Adakah kita sendiri tidak bersalah, sedangkan kita yang memilih pasangan kita itu? 

Dalam buku ini, penulis ada menyentuh tentang tarbiyah dengan penuh perhatian dan kasih sayang bagi seluruh umat manusia dimuka bumi ini, tanpa mengira agama dan kepercayaan. Maknanya buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja walaupun  fakta-fakta dalam ceritanya kebanyakan diambil daripada hadis Riwayat Muslim. Tujuannya adalah  satu iaitu semoga para pembaca mendapat kebaikan daripada pembacaan ini walaupun hanya secebis  zarah. Melihat kondisi umat pada masa kini telah menarik hati penulis untuk mencari punca masalah tentang gejala kemerosotan aqidah, akhlak, juga keruntuhan moral yang berlaku dikalangan  anak-anak.  Penelitian daripada bahan sirah dan sejarah, juga daripada ilmu yang didapati daripada akhbar, cerita dan pengalaman orang sekeliling mendapati kemerosotan dari segenap aspek dalam diri generasi berpunca daripada ibu yang tidak mukminah, juga ayah yang  tidak soleh! 

Buku ini mengandungi 3 bahagian yang dihuraikan dalam beberapa bab cerita  seperti Tips Mencari Calon Isteri Super, Calon Isteri Super VS Calon Ibu Super dan Calon Isteri Super Perlukan Calon Suami Super. 

Bahagian pertama membincangkan peranan seorang wanita dalam masyarakat sangat besar, kerana dialah seorang anak, isteri dan ibu. Wanita yang juga pencetus kejayaan ahli keluarga dan masyarakat dibawah lingkungannya, dan pada masa  yang sama wanita jugalah pencetus kepada banyak jenayah keruntuhan moral yang berlaku masa kini. Semoga kenyataan ini dapat menyentuh setiap hati para wanita diluar sana untuk berubah saat ini  juga untuk menjadi wanita yang lebih baik. 

Bahagian 2 buku ini menbahaskan perkara “Ibu Sewajarnya Bekerja Atau Tidak?”. Turut dibahas dalam bab ini ialah cara dan pendekatan keluarga  merancang untuk mendidik anak-anak supaya mereka dapat membesar dalam persekitaran yang  sihat, ilmiah dan penuh dengan nilai keagamaan supaya terjaga tumbesaran dan akhlaknya. Sekiranya, perlu menghantar anak-anak kepada pengasuh, carilah pengasuh anak-anak yang beriman dan berakhlak mulia. 

Bahagian ketiga pula membincangkan mengenai “Isteri Perlu Kreatif Dalam Memilih Suami”. Menurut penulis, seorang wanita yang beriman dan berakhlak baik sangat cerewet dalam memilih suami. Wanita dalam golongan ini akan  memastikan semua aspek yang ingin dicari itu dipenuhi dan menenangkan hatinya serta tidak akan terburu-buru memilih dan menerima bakal suami. Kerana jika salah memilih suami bakal mencampakkannya ke jurang sengsara, dosa dan azab.          

Penulis berharap melalui perkongsian buku yang bertajuk Nikahi Calon isteri Super ini, pembaca akan terdorong untuk bersiap sedia dari segi ilmu agama, ilmu rumahtangga, kekuatan akhlak dan rohani untuk menjadi seorang wanita, ibu  dan seorang ayah super kepada anak-anak kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Banyak orang, di antaranya saya, merasa lebih baik hanya dengan melihat sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.