Select your language

Kemahiran dan Pengurusan Kes-kes Kaunseling

Penulis
Puteri Hayati Megat Ahmad

Terbitan
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2012.  197 Muka Surat.

Ulasan oleh Rohani Tahir , Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Lahad Datu

Kaunseling adalah satu profesion evolusi dari pergerakan bimbingan. Kaunselor adalah individu yang mendengar dan membantu individu lain menyelesaikan masalah mereka. Tugas kaunselor melibatkan hubungan interpersonal dan intrapersonal.

Hubungan kaunseling secara profesional adalah sangat berbeza dengan pelbagai bantuan lain yang diberikan setiap hari. Secara kontranya, pakar klinikal profesional mengarah kepada hubungan kaunseling secara terus dengan mengaplikasikan kemahiran tertentu dalam bentuk yang sistematik.

Untuk menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang berjaya dan berkesan, kaunselor harus memahami bagaimana perhubungan kaunseling perlu dilaksanakan. Mereka juga harus tahu bagaimana untuk mengaplikasikan bidang-bidang utama pengetahuan dan kemahiran.

Menurut penulis, pelbagai cara membantu boleh digunakan dan beberapa kemahiran tertentu akan diguna pakai. Kaunselor profesional akan mengetahui bila dan bagaimana mengunakan kemahiran tersebut kepada klien, apa yang boleh dan tidak boleh digunakan dan apa yang boleh menimbulkan kesan positif atau negatif ke atas diri klien.

Kemahiran meninjau klien membolehkan kaunselor meninjau klien melalui tingkah laku lisan dan bukan lisan. Kemahiran ini juga dapat membina hubungan. Selain daripada itu, kemahiran meninjau klien juga dapat memberi respon yang tepat. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah tingkah laku lisan dan bukan lisan, percanggahan dan konflik serta gaya yang disesuaikan dengan individu yang datang dari pelbagai budaya.

Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

Selain mempunyai kemahiran yang baik, seorang kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik. Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien selain berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati permasalahan klien.

Buku yang bertajuk 'Kemahiran dan Pengurusan Kes-kes Kaunseling' ini mengandungi sembilan bab kesemuanya. Penulis berharap menerusi buku ini para pembaca, khasnya pelajar akan dapat memahami dengan lebih mendalam tentang erti kemahiran, proses, sikap kaunselor, pengumpulan maklumat, pengkonsepsian pengurusan kes dan penyediaan perancangan rawatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.