Select your language

Kaunseling Di Tempat Kerja

Terbitan: 2009.

Penerbit: Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia Press, 2009.  328 Muka Surat.

Penulis: Hamdan Abd. Kadir.

 

Ulasan oleh Mazod Bin Ondu, Unit Penghantaran Dan Hapuskira, Bahagian Cawangan, Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah.

Kaunseling merupakan satu proses berstruktur yang bertujuan mempercepatkan proses membuat pilihan yang tepat untuk perkembangan masa depan individu dengan kaedah menasihati, mengemukakan buah fikiran serta membincangkan langkah-langkah yang perlu dibuat.

Kaunseling seringkali dikaitkan dengan sektor pekerjaan. Ia menjadi satu isu hangat serta kemestian dalam bidang industri dan organisasi komersial terutamanya di kalangan negara maju. Secara umumnya, kaunseling diperlukan adalah untuk menangani masalah individu atau kumpulan yang berkaitan dengan kerja mereka sama ada masalah mencari, memilih dan juga menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka mahupun hal-hal lain yang bersangkut-paut dengan kerja atau tempat kerja mereka.

Penulis juga menjelaskan terdapat beberapa peringkat dalam proses kaunseling di tempat kerja. Peringkat itu ialah mencari, mengenalpasti masalah, cadangan pemulihan, tindakan pemulihan dan penilaian. Manakala, proses kaunselor pula terdiri daripada menentukan bentuk, membina hubungan antara kaunselor dengan klien, mempertingkatkan kefahaman diri sendiri, mengenalpasti matlamat, penilaian keputusan dan rancangan tindakan.

Dalam sektor awam dan sektor industri, kaunselor adalah dikalangan penyelia organisasi yang mana perlu memiliki kemahiran kaunseling, bijak menggunakan kemahiran, peralatan dan teknik atau pendekatan yang bersesuaian bagi memastikan sesi kaunseling yang dijalankan berjaya dan klien dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya setelah diberikan alternatif penyelesaian. Kaunselor yang berjaya mestilah boleh memandang jauh ke depan dan menerima kliennya tanpa syarat dan sedia membantu seperti yang termaktub dalam etika dan prinsip kaunseling.

Kesimpulannya, buku ini yang menekankan 8 bab telah menjelaskan secara terperinci bagaimana menjadi kaunselor yang bijak, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang lengkap mengenai kaunseling di tempat kerja. Justeru itu, kualiti pekerja dapat dipertingkatkan di samping menambahkan produktiviti organisasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah atau lawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Banyak orang, di antaranya saya, merasa lebih baik hanya dengan melihat sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.