Tajuk 
KadazanDusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967

Pengarang 
Dayu Sansalu

Terbitan 
2008

Bahan 
Monograf

 

 

Ringkasan

Buku ini memaparkan perkembangan pendidikan sebelum dan selepas kedatangan pengaruh Barat dan kesannya terhadap pemodenan masyarakat Kadazandusun di Sabah antara tahun 1881-1967. Buku ini juga membincangkan perkembangan pendidikan yang mengakibatkan perubahan cara hidup masyarakat Kadazandusun dari segi taraf, ekonomi dan politik. Pembaca buku ini pastinya mendapat gambaran keadaan masyarakat Kadazandusun pada zaman tradisional, zaman pemerintahan Kesultanan Brunei dari Sulu, zaman Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) dan zaman penjajah serta selepas merdeka menerusi Malaysia hingga tahun 1967. Buku ini diharapkan dapat menjadi rujukan para penyelidik, pendidik, pelajar Insitut Pengajian Tinggi dan pembaca umum yang ingin mendapatkan pengetahuan mengenai Kadazandusun di Sabah.