Select your language

99 STRESS FREE MUMMY

Penulis
ZATIKA IZATI PUADE

Terbitan
BATU CAVES, SELANGOR: MUST READ SDN. BHD., 2016. 141 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Weviana Wong Li, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Papar

Banyak orang yang menganggap menjadi ibu itu adalah suatu tugas yang mudah. Pekerjaan yang biasa dilakukan oleh seorang ibu adalah seperti membersihkan rumah dan memasak, dianggap sebagai pekerjaan biasa dan dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Namun, kerja mengurus rumah tangga boleh mendatangkan stres, apatah lagi seorang ibu yang bekerjaya.

Buku yang bertajuk ‘99 Stress Free Mummy’ menceritakan 99 kisah nyata diantara ibu dan anak. Penulis menceritakan tentang karenah dan ragam anak-anaknya secara santai. Penulis juga menyatakan, segala kata-kata yang keluar dari mulut seorang anak kecil adalah jujur, anak-anak sangat mulus, apa yang diperkatakannya, itulah cerminan hati mereka, tidak berselindung demi menjaga hati, bahkan ada membuatnya tersentap. Kisah-kisah lucu dan mencuit hati yang berlaku diantara ibu dan anak akan membuatkan pembaca tersenyum dan tergelak ketika membacanya.

Cara penceritaan buku ini berbentuk ringkas dan mewujudkan realisme, tanpa perlu tatarias bahasa berbunga-bunga untuk menghidupkan. Hasilnya, pembaca seolah-olah dapat merasakan sendiri situasi yang dihadapi oleh penulis dalam kehidupan beliau dan berasa geram dengan karenah anak-anak kecil. Sesungguhnya, perjalanan seorang ibu sama ada menjadi wanita bekerjaya atau suri rumah memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Walaupun penceritaan yang disampaikan secara ringkas dan santai, tetapi satu iktibar besar yang dapat diambil oleh pembaca terutama sekali ibu bapa, ialah sebagai ibu bapa, mereka haruslah sentiasa dengar dan memberi respon pada setiap soalan, tanggapan dan perspektif anak-anak dan menghargai setiap saat bersama anak-anak selagi mereka masih kecil. Kerana segala waktu intim dan lucu bersama, ketika mereka masih kecil, mungkin tidak dapat diulang lagi.

Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, cawangan Papar. Sila hubungi pengawas yang bertugas atau berkunjung ke perpustakaan yang terdekat untuk tempahan pinjaman atau sila layari laman web Perpustakaan Negeri Sabah www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Cuma perlu satu buku untuk jatuh cinta pada membaca. Cari buku itu. Mari jatuh cinta."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.