Select your language

Tranformasi Pendidikan: Murid Kurang Upaya

Penulis
Norfishah Mat Rabi

Terbitan
Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2016. 263 Muka Surat

 

Ulasan oleh Nur Avalina Francis Abdullah, Perpustakaan Cawangan Papar

Malaysia telah melalui proses transformasi pendidikan yang sejajar dengan perkembangan dunia. Pembangunan pendidikan telah berjaya  mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Murid kurang upaya juga termasuk di bawah pembangunan pendidikan di Malaysia. Terdapat pelbagai kategori murid kurang upaya berkeperluan khas seperti kurang upaya pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran, kombinasi kedua-dua ketidakupayaan dengan masalah pembelajaran.

Buku bertajuk 'Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya' ini mengandungi informasi berkaitan dengan sejarah perkembangan pendidikan murid kurang upaya sejak tahun 1920-an sehingga tahun 2015. Sehubungan dengan itu, buku ini juga memaparkan isu-isu tranformasi pendidikan murid kurang upaya meliputi penawaran pendidikan khas,pelan pendidikan khas,perlaksanaan program pendidikan khas,teknologi pengajaran, sokongan komuniti dan isu serta hala tuju pendidikan murid kurang upaya.

Menurut penulis, penggunaan teknologi dalam pendidikan khas mampu meningkatkan pengetahuan dan pengalaman murid kurang upaya dalam dunia teknologi. Transformasi yang dilakukan dalam pembelajaran murid kurang upaya memberi peluang kepada mereka menerokai dunia teknologi yang lebih canggih. Menjadi harapan kita, generasi alaf baru murid berkeperluan khas turut menjadi sumber tenaga dalam perkembangan ekonomi global dan sama-sama menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.

Huraian tentang aspek tranformasi pendidikan murid berkeperluan khas / kurang upaya yang dipaparkan dalam buku ini diharapkan dapat membantu sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan murid kurang upaya terutamanya para guru dan ibu bapa.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidak ada teman yang setia seperti bersama sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.