Select your language

SENI BERBEKAM DAN AKUPUNKTUR

Penulis
Zabri Zakaria

Terbitan
Seri Kembangan, Selangor: CONTENT PLUS SDN. BHD. 48 muka surat.

 Ulasan oleh Chang Tett Chin, Ibu Pejabat, Perpustakaan Negeri Sabah

Seiring dengan kemajuan teknologi, tahap kesihatan kita diukur melalui kaedah perubatan saintifik.  Namun, ada juga pihak meragui keberkesanan perubatan moden, penggunaan ubat-ubatan kimia dan teknologi kemoterapi misalnya membawa kesan sampingan yang memudaratkan.  Justeru, Siri Kembali Telusur Perubatan Alamiah (Seni Berbekam dan Akupunktur) mengajak pembaca kembali mempelajari cara-cara perubatan alamiah (Seni Berbekam dan Akupunktur) yang pernah diamalkan oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu. 

2.  Berbekam
Amalan ini melibatkan penggunaan cawan yang telah dikeluarkan udaranya untuk menghasilkan ruang udara bertekanan rendah.  Udara ini akan menghasilkan sedutan atau ruang separa vakum yang diletakkan di atas permukaan kulit pesakit.  Bekam sudah dikenali sejak 4,000 tahun Sebelum Masihi, iaitu semasa era kerajaan Sumeria.
Jenis-jenis berbekam ialah Bekam Kering (bekam angin), Bekam Basah (bekam darah) dan Bekam Api.  Bekam dipercayai dapat membantu mengeluarkan bahan toksin dan cecair berlebihan, melonggarkan tisu-tisuyang telah melekat, mempertingkatkan pengaliran darah dalam otot, mengangkat tisu perantara “connective tissue” dan merangsang sistem saraf periferi.

3.  Akupunktur
Akupunktur ialah sejenis sistem perubatan tradisional Cina yang merawat pesakit dengan meggunakan tusukan jarum halus di tempat-tempat tertentu pada badan.  Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa sebarang dadah ataupun racun.  Akupunktur dikatakan berguna dalam menangani pelbagai keadaan kesihatan termasuk artritis, kesakitan kronik (seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit leher), kemurungan, insomnia, migrain, loya, penyakit kulit, sinus kesesakan, tekanan dan kebimbangan serta pengurangan berat badan.  Terdapat juga segelintir pengamal akupunktur Jerman dan Perancis yang mengamalkan kaedah ini sepenuh masa.  Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden. Di Britian, para doktor telah menggunakan kaedah akupunktur bagi merawat pesakit yang menghidap sakit kepala dan migrain.  Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya.  Di samping itu, beberapa doktor yang menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupunktur turut mengakui bahawa di negara Cina, rawatan perubatan akupunktur bukan sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru.

Kelebihan perubatan alamiah (Seni Berbekam dan Akupunktur)  ialah ia kurang membawa kesan sampingan, kosnya lebih rendah serta bahan-bahannya mudah diperolehi.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Dengan membaca kamu mengenal dunia. Dengan menulis kamu dikenal dunia."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.