LIAW HIEW LIAN, WILLIAM W.W. WONG, ELIZABETH MALANGKIG
Tajuk Penyunting Penerbit Tahun Terbitan
|
Sinopsis
'This book contains the compilation of papers on managing pests and diseases for sustainable agriculture.'
Tajuk Penyunting Penerbit Tahun Terbitan
|
Sinopsis
'This book contains the compilation of papers on managing pests and diseases for sustainable agriculture.'
Tajuk Penerbit Terbitan Penyelanggara
|
Sinopsis
Seramai 49 orang penyair Sabah yang bernaung di bawah Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) telah menghasilkan sejumlah 95 buah puisi yang berkaitan dengan alam, khususnya yang terdapat di sekitar pusat peranginan Mahua, beberapa kilometer dari daerah pergunungan Tambunan, sebuah daerah Pedalaman negeri Sabah. Puisi yang dihasilkan dan dimuatkan di dalam antologi ini bukan sahaja memuja keindahan alam atau menyerlahkan tanggapan penyair terhadap pancaran alam di sekeliling tetapi juga dihubungkaitkan dengan keagungan Pencipta dalam konteks hubungan manusia dengan Allah, dan sebahagiannya pula dihubungkait dengan jalinan ukhuwah sesama insan, khususnya keakraban dan pengorbanan mereka dalam mengerakkan badan BAHASA.
Tajuk Penerbit Penyunting
|
Sinopsis
Sejumlah 25 buah cerpen karya 25 orang penulis borneo, seluruhnya wanita, dimuatkan di dalam buku antologi cerpen wanita borneo Perempuan, Cinta Dan Maruah ini. Keseluruhan karya yang dimuatkan di dalam buku ini mengujakan, dan beragam sifatnya. Malah turut membawa perlbagai pemikiran masing-masing, dengan gaya bahasa dan teknik persembahan yang relative rencam, ada yang sangat konvensional sifatnya, manakal yang lain menerapkan teori atau gaya penceritaan baharu dengan lebih berani. Ternyata, kekayaan latar budaya sangat mewarnai karya yang terkandung dalam buku Antologi Cerpen Wanita Borneo Perempuan Cinta Dan Maruah ini. Malah, ia memberi makna, pengarang Borneo ini mampu menuangkan pengetahuan dan maklumat budaya ke dalam naratif secara santun, bermakna, dan terdapat jalinan halus yang boleh dirasakan di mana-mana, serta memukau khalayak pembaca.
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinosis
Aku tak ingat siapa aku. Celik mata saja aku di atas katil hospital. Doktor kata aku kemalangan dan ada amnesia. Ara isteri aku. Aku tak ingat langsung siapa dia. Ara jaga aku dengan baik. Tapi, asal malam saja aku macam ada dengar bunyi di tingkat bawah. “Ha’ah. Saya bunuh rusa tu semalam.” Aku diam dan tekun mendengar ceritanya. “Saya ingatkan pencuri. Rupanya rusa. Saya takut dia rosakkan bunga-bunga. So, I killed it.” “Oh... Macam mana awak bunuh rusa tu?” “Dengan parang.” Ara sangat misteri. Aku nekad, aku kena siasat. Macam-macam aku jumpa, baju yang ada kesan darah. Keratan akhbar orang yang hilang dan Ara mula cuba kurung aku.
Tajuk Penerbit Penulis
|
Sinopsis
Buku ini merupakan sejarah perkembangan teknologi menangkap ikan di Sabah bermula dari era pemerintahan kesultanan Sulu hingga Kerajaan Negeri Sabah. Berdasarkan kajian ini didapati berlaku perkembangan dan kemunduran dalam teknologi menangkap ikan yang digunakan oleh nelayan di Sabah. Kemajuannya banyak dipengaruhi oleh polisi pemerintahan, peranan golongan pemodal, pasaran domestik dan antarabangsa, perkembangan teknologi menangkap ikan dunia dan lain-lain lagi. Bermula dengan penciptaan beberapa teknologi mengkap ikanyang mudah dan bercirikan tradisional oleh kesultanan Sulu, teknologi mengkap ikan di Sabah terus berkembang pesat di bawah pentadbiran British North Borneo Chartered Company (1881 hingga 1941). Hasil daripada pengubahsuaian teknologi menangkap ikan warisan kesultanan sulu dengan teknologi menangkap ikan baharu yang diperkenalkan oleh pemerintah dan pemodal ikan, jumlah pendaratan hasil-hasil laut di Sabah telah dapat ditingkatkan terutamanya untuk menampung permintaan daripada buruh-buruh yang bekerja di sektor pembalakan, perladangan dan perlombongan dan pasaran eksport amnya. Namun, perkembangan teknologi menangkap ikan ini nampaknya telah mengalami zaman kemunduran apabila Sabah diperintah oleh Jepun antara tahun 1942 hingga 1945 dan dipulikan semula semasa pentadbiran British (1946 hingga 1957). Di bawah pentadbiran Kerajaan Sabah, teknologi menangkap ikan terus diberi perhatian dan dimajukan lagi selaras dengan hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan dan menjadikan Sabah sebagai antara penyumbang hasil-hasil laut utama di Malaysia.
Tajuk Penerbit |
Sinopsis
Novel nopo diti, i sinuatan di Gundohing Blasius Binjua mantad Kg. Penapah Kondis, Penampang nga’ i nokolimbou koduvoid Piboi’an koponuatan Novel id Kadazandusun Koiso’.
Ulu koponuatan di gundohing Blasius Binjua kopokito do kabaahan dau doid koponusuzan om koponiatan id boos sandad, kadazan.
Id novel diti nakaanu i Gundohing Blasius Binjua do pinopivatu sokio do kopooposizon do tanak vagu ontok timpu disido do guminazo miampai do susuzan guuguhu do mohoohoing miaga do ongkuo iti kinopomungaanan do Donggonggon.
Kopokito nogi’ o novel diti do kopooposizon do tinau’ do kadazan, Sama’-Bajau om sina’ id timpu nokomoi-id nombo id taatanga’ dioho’ kiva do pihumaagan, pilotian om pogisoosokodungan.
Tajuk Penerbit Terbitan Penyunting
|
Sinopsis
Himpunan cerita rakyat ini merupakan hasil penyelidikan dengan kerja lapangan. Temu bual dilakukan bersama dengan penutur asli bahasa etnik dalam rumpun Kadazandusun. Hasil penyelidikan ini telah berjaya mendokumentasikan 57 cerita rakyat daripada 12 etnik iaitu Talantang, Liwan, Kimaragang, Bundu, Garo, Tindal, Kadazan, Tobilung, Tagahas, Minokok, Labuk om Sungei. Cerita rakyat ini didokumentasi menggunakan etnik asal untuk mengekalkan keaslian selain sebagai pelestarian bahasa-bahasa etnik di Sabah.
Secara umum, cerita rakyat ini mengisahkan suasana kehidupan seharian yang meliputi pekerjaan, aktiviti sosial dan hubungan sesama manusia, alam juga dengan pencipta. Penceritaan diselitkan dengan nilai-nilai pendidikan yang menjadikan buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran. Umpamanya cerita yang pada awalnya, watak melalui pelbagai rintangan tetapi akan berakhir dengan kejayaan setelah melalui rintangantersebut dengan usaha yang gigih dan sabar menempuhi kesengsaraan serta sentiasa berkelakuan baik terhadap sesama manusia dan alam. Sebaliknya, bagi yang selalu mengambil jalan singkat maka balasan yang setimpal akan diterima. Penceritaan seperti ini pasti sesuai untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kepada pembaca agar mencontohi teladan yang baik. Keadaan ini menjadikan cerita rakyat terus relevan sebagai salah satu cara penerapan nilai-nilai murni.
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
Buku ini menerangkan konsep kekeluargaan Islam yang mengupas beberapa tajuk berkaitan asas perkahwinan dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah serta ayat-ayat yang ringkas supaya senang difahami oleh pelajar pekak. Buku ini mengandungi 7 bab dan semua bab mengulas berkaitan dengan alam rumahtangga. Ia juga menjelaskan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh suami, isteri dan ibu bapa setelah perkahwinan dijalinkan untuk menjadikan rumahtangga sentiasa aman, harmoni dan bahagia. Di samping itu, buku ini menjelaskan berkaitan nusyuz, talak, iddah dan panduan kepada semua pembaca. Jenis-jenis penceraian seperti khuluk, fasakh, zihar, qazaf dan li’an telah diterangkan secara ringkas untuk menambahkan kefahaman.
Tajuk Penerbit Penulis
|
Sinopsis
Buku puisi Warisan Kaum Dusun ini memuatkan beberapa jenis puisi warisan seperti Sundait, Taala-Ala, Sudawil, Tinggono, Andayayong, Kiaton, Taboi-Aboi, Tudodoi, Tuntura dan Tandi-adi. kesemua puisi ini mempunyai persamaan dan perbezaannya yant tertentumengikut tempat dan dialek mereka. Penyampaian puisi-puisi tersebut juga berbeza dan mempunyai keindajannya tersendiri. Buku ini juga memuatkan beberapa penulisan kreatif mengenai Gunung Kinabalu yang ditulis olehbeberapa orang guru-guru pelatih dari IPGK Kent, Tuaran. Penulisan tersebut adalah hasil karya asli mereka yang memaparkan pendapat dan perasaan mereka semasa berlakunya gegaran di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015.
Tajuk Penerbit Penulis |
Sinopsis
Buku ini memuatkan hasil kerja lapangan mengumpul teka-teki etnik Kadazandusun, Murut dan Bajau di Sabah. Berasaskan koleksi teka-teki beberapa kumpulan peribumi Sabah terpilih, perbincangan akan tertumpu kepada konteks, fungsi dan pengkategoriannya. Dengan berbuat demikian, diharpkan teka-teki kumpulan peribumi Sabah terpilih ini akan dikenali dan dihayati umum.
Tajuk Penerbit |
Sinopsis
Buku ini merupakan pengenalan kepada asas bidang Petrologi Metramorfik. Para pembaca akan mendapat bimbingan bagi mempelajari, memahami dan mengenal pasti konsep dan prinsip dalam menentukan dan mengelaskan jenis mineral dan batuan metamorfik, gred metamorfik, fasies metamorfik dan tindak balas keseimbangan mineral. Buku ini juga memberi pendedahan dalam mempelajari sejarah deformasi dan sekitaran tektono-metamorfisme. Di samping itu, buku ini membincangkan proses-proses yang terlibat dalam penghasilan batuan metamorfik, selain menerangkan kepentingan beberapa jenismineral dan batuan metamorfik sebagai sumber bumi yang berpotensi untuk diusahakan kea rah meningkatakan sumber ekonomi.
Tajuk Penulis Penerbit
|
Ringkasan
Phaius are spectacular terrestrial orchids, widespread from tropical and subtropical Asia, Australasia, Madagascar and Africa. The genus comprises just over 40 species and used to include the endemic Madagascan genus Gastrorchis which has nine known species. For historical reasons and because they have frequently been artificially hybridized, both genera are covered in this monograph. They have a fascinating history: Phaius tankervilleae was the first tropical orchid to be grown and flowered in England some 250 years ago. It certainly stimulated interest in the growing of exotic orchids that took off spectacularly in the following century as tropical plants flowed into Europe and once growers had established the appropriate cultural conditions for them. This book introduces many showy and little known species to the reader and will, no doubt, stimulate interest in them and their attractive and easy-to-grow hybrids.
Tajuk Penerbit Terbitan Penyunting
|
Sinopsis
Buku ini merupakan sebuah buku yang menggabungkan hasil penulisan berkaitan suku kaum Suluk dalam pelbagai aspek yang melibatkan kajian secara terperinci dan juga huraian pemikiran yang ideal atau falsafah disebalik warisan yang dimiliki oleh suku kaum ini.
Tajuk Penerbit Penulis
|
Sinopsis
Benarlah pengalaman hidup dapat mendewasakan seseorang. Meski tidak berpendidikan tinggi, bukan alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Ketabahan seorang remaja berketurunan kadazandusun menyara keluarganya dan memastikan pengajian adiknya tidak terganggu merupakan sebuah pengorbanan yang tidak boleh dipandang ringan. Selain menelusuri erti sebuah pengorbanan, novel ini juga menerapkan erti kasih sayang, kemanusiaan, kejujuran dan kesabaran. Semua elemen itu Berjaya menjadi novel ini menarik dan istimewa.
Tajuk Penerbit Penulis |
Sinopsis
‘A Glimpse Of A Mystery’ by reverend Dr. Charles Chiew has been visualized clearly in his writing and became a historical fact especially the challenges faced by missionaries during the Japanese era in North Borneo. A location map and illustrations of the various place mentioned by the writer would enable readers to remember the sequence of events clearly during the Japanese occupation and the second World War. Dr. Chiew’s tireless effort to do his research and in getting this book published is timely and deserved my sincere appreciation and heartiest congratulation.
Dr. Licas Umbul
Lecturer
Keningau Teacher Institute
Ministry Of Education, Malaysia.
Mystery is not something we do not know about, we can come to know about it bit by bit, but there will still be more to discover. The book ‘A Glimpse Of A Mystery’ by Rev. Dr. Charles Chiew helps to uncover the mystery about how the missionaries perished in Sapong, Tenom during the second World War. All this while, we used to hear various stories, imaginary tales and hearsays about their disappearance. At the same time, the service and sacrifice they had rendered are not forgotten. All these began with the prayer of a mother who spent an hour a day praying before the Blessed sacrament. This book also unveils to us the appalling consequences of war.
Rev. Msgr. Gibertus Engan
Rector Of St. Anthony’s Pilgrimage Centre in Tenom.
Tajuk Penerbit |
Sinopsis
Buku Amfibia Sabah merupakan satu-satunya buku yang memberikan gambaran secara komprehensif tentang keunikan amfibia yang terdapat di Sabah dan memuatkan hampir kesemua spesies amfibia di negeri di bawah bayu ini. Fauna amfibia, yang sinonim dengan haiwan katak, kurang diberikan tumpuan berbanding dengan hidupan megafauna yang lain, seperti gajah dan badak. Masyarakat umumnya lebih mengenali haiwan mamalia berbanding dengan katak dan tidak banyak penyelidik tempatan yang pakar dalam bidang herpetofauna. Sumber-sumber bacaan mengenainya lebih menjurus kepada penyelidikan sainstifik dan sukar difahami individu yang bukan pakar dalam bidang tersebut. Oleh itu, buku ini ditulis dengan cara yang mudah difahami supaya dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat, terutamanya para pelajar. Teks yang dikomplemenkan dengan gambar-gambar spesies amfibia membolehkan pembaca mengenali haiwan tersebut dengan lebih mudah lagi.
Buku ini boleh dijadikan rujukan oleh golongan amatur atau profesional yang terlibat dalam bidang akademik dan penyelidikan. Diharapkan buku ini akan membawa kesedaran awam mengenai kepentingan dan keunikan amfibia di sekeliling kita.
Tajuk Penerbit Terbitan Penyunting
|
Sinopsis
The author, a Professor of History at the University of Malaya, recounts the story of one of the few popular civilian uprisings against the Japanese in Southeast Asia during World War II. What was particularly remarkable about the group known as the Kinabalu Guerillas, was that its membership was multiethnic, which set the tone for the relationship between different races in North Borneo, present day Sabah, for years to come.
Tajuk Pengarang Penerbit Terbitan Bahan
|
Ringkasan
Buku ini adalah sangat istimewa di mana ia memperlihatkan penanda identiti Orang Asal yang sangat unik. Buku ini mengandungi resepi makanan traidisi iaitu ubi kayu yang dimasak mengikut pelbagai resepi dimana buku ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan beliabelia pada masa hadapan.
Tajuk Penerbit Penulis |
Sinopsis
Aina Humaira dan Emir Izraf suka sama suka. Namun, suka itu tidak bermaksud cinta. Lantaran hati belum bersedia, mereka bernikah atas persetujuan keluarga. Sudah beberapa bulan hidup bersama, Aina dan Izraf tidak pernah menikmati erti kehidupan suami isteri. Aina keliru! Izraf seperti bersikap dingin terhadapnya. Hari-hari dia makan hati, namun dipendamkan sahaja. Lagi menyakitkan hatinya, dia sering diusik oleh Syed Danial Iskandar yang sudah tiga tahun berturut-turut mengulang STPM di sekolah itu. Tanpa diduga, lelaki itu jatuh cinta padanya. Luahan kasih sudah dilafazkan. Aina dalam dilema. Status isteri kepada Izraf membataskan segala-galanya sedangkan dia sudah tawar hati dengan lelaki itu. Tohmahan dan fitnah semakin meruncingkan keadaan. Siapa yang sudi membantunya?
Tajuk Penerbit |
Sinopsis
“Langkawit kasi buli saja” merupakan buku kartun terkini versi Bahasa Malaysia Karya saya yang ditampilkan dengan sedikit kelainan tetapi saya anggap sebagai istimewa. Ini kerana cara persembahan ‘page layout’nya berorentasikan potret. Beberapa mukasurat mengandungi dua (2) bahagian cerita kartun yang disusun mengikut jalan cerita atau kesinambungan cerita tersebut. Ini bermakna, pembaca mendapat lebih banyak cerita atau lukisan kartun walaupun masih dengan jumlah mukasurat keseluruhan yang sama seperti keluaran terdahulu. Dalam keluaran ini juga, terdapat “sisipan khas kartun dalam Bahasa Dusun” bagi menambahkan lagi keunikan serta kepelbagaian sesuai dengan konsep penerbit buku kartun ini iaitu “intergrasi Bahasas Suku Bangsa Sabah”. Diharapkan juga agar penampilan buku kartun ini dapat menarik minat pembaca dari suku atau bangsa lain di seluruh Malaysia untuk mempelajari atau sekirang-kurangnya mengenali bahasa dan budaya sesame kita rakyat Malaysia.
Penerbit ingin memaklumkan bahawa sebahagian ejaan dan bahasa yang digunakan dalam buku kartun ini bukanlah menggunakan ejaan serta bahasa Malaysia kebangsaan yang sebenar. Oleh itu ianya tidak sesuai sebagai bahan rujukan rasmi. Pembaca diharap dapat menggunakan kebijakan sendiri dalam menilai dan menapis ejaan dan bahasa yang digunakan dalam buku bacaan humor ini.
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
Buku ini merupakan koleksi cerpen Salvia Rose yang pertama dan mengandungi 15 buah cerpen yang sarat dengan kisah cinta, kasih sayang dan ragam kehidupan yang dirakamkan sejujurnya, dengan watak-watak mampu menggugah dunia intuisi khalayak. Walaupun jalan cerita yang dipaparkan pengarang sekadar naratif biasa, namun ia memberikan kesan tertentu, dan impak yang baik kepada pembaca. Gaya olahan dan bahasa pengarang mungkin lumrah, dan mudah difahami, tetapi sebenarnya tersurat keahlian dan kreativiti pengarang, malah bersesuaian dengan beberapa peringkat umur pembaca. Semoga buku ini memberikan manfaat dan dibaca oleh pelbagai lapisan umur masyarakat di sekeliling.
Tajuk Penerbit Penulis
|
Sinopsis
“Di manakah aku dikurung wahai Kinoingan? Siapakah yang telah mengurungkau?” rintih Olundus dalam hati.
Olundus, gadis pingitan Kampung Golingoi yang cantik telah diculik. Kehilangan Olundus dikaitkan dengan bunyi misteri dari Bukit Golingai. Sebenarnya Olundus ditangkap dan dikurung oleh orang kerdil yang tinggal dibukit itu. Siapakah orang-orang kerdil itu dan mengapa mereka menculik Olundus?
Tajuk Pengarang Penerbit Terbitan Bahan
|
Ringkasan
Buku ini mengandungi penyelidikan mengenai asal, adat, budaya dan kepercayaan etnik Kadazandusun.
Tajuk Penerbit Penulis |
Sinopsis
Novel ini merupakan Johan Pertandingan Menulis Novel dalam Bahasa Kadazandusun ke-2(2013/2014) yg dianjurkan oleh Kadazandusun Language Foundation(KLF) & INDEP Education Foundation(IEF).
Penulis karya menceritakan tentang pengorbanan seorang remaja perempuan yang terpaksa mengorbankan cita-cita untuk menyambung pelajarannya atas dasar tanggungjawab yg harus dipikul..tanpa menyangka bahawa pengorbanannya itu akan mendapat keberkatan dari Tuhan pada suatu waktu kelak.
Tajuk Penerbit
|
Sinopsis
The people of Sabah possesses on this famous mountain of what I believe is the most richest and most remarkable assemblage of plants in the world. There is no other place in the world that supplies in so short a journey such a stupendous transect of plant-life … I conclude that, if ever there was a nexus of natural phenomena demanding biological research, it is around Kinabalu.” — Professor John Corner, Royal Society Expeditions 1961 and 1964
Mount Kinabalu (4095 m) in the East Malaysian state of Sabah on the island of Borneo is the highest mountain between the Himalayas and the mountains of New Guinea, as well as the most biodiverse place on earth for its size with an unparalleled ecology with many endemic species. Scientific research undertaken over the last 160 years has recorded over 5500 plant species comprising over 200 plant families in an area roughly 30×40 km in size, making it truly a ‘pinnacle of biodiversity’. Mount Kinabalu also has the richest orchid flora in the world. Half of all Borneo’s birds, mammals, reptilian species and amphibian species including- many rare and endangered species occur on Mount Kinabalu; these include approximately 90 species of lowland mammals and 22 montane mammal species and 326 bird species. The Park was established in 1964, and includes Mount Kinabalu, and the little-known Mount Tambuyukon (2579 m), the highest ultramafic mountain in Asia. As a World Heritage Site, Kinabalu Park is also the most important tourism ‘hotspot’ in Sabah with close to 500,000 visitors annually, of whom about 10% make it to the highest point in Borneo, a tough 2-day climb.
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
Rozi, Rozanna dan Lily mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Namun, mereka mempunyai persamaan iaitu tidak hanya menjadi tugu tetapi berusaha untuk mengubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan masing-masing. Mereka bermain dengan permainan topeng-topeng di sekeliling mereka dan mereka juga memasang topeng di wajah bagi melindungi diri dan menyembunyikan kemelut kehidupan. Kelukaan yang diberikan oleh orang yang mereka sayangi menjadikan mereka wanita kuat yang akhirnya meretakkan topeng-topeng yang mengaburi mata.
Tajuk Penerbit Penulis
|
Sinopsis
Kampung Imbok diperintah oleh Raja Riyan. Raja Riyan, seorang raja yang angkuh dan sentiasa berlaku kejam dengan penduduk kampung. Hal ini memaksa Ayang, seorang kanak-kanak perempuan mencari jalan untuk membantu penduduk kampungnya menhadapi Raja Riyan. Ayang cuba menggunakan helah untuk menewaskan Raja Riyan. Berjayakah Ayang menewaskan Raja Riyan?
Tajuk Penulis Penerbit Terbitan Bahan
|
Ringkasan
Kebanyakan cerpen dalam antologi ini mengisahkan cerita berlatarkan budaya etnik dan masyarakat Bajau Semporna hasil karya Hajah Sitti Hadiah Haji Abd. Mutalib. Antologi Cerpen Bunang-Bunang ini adalah mengisahkan cerita kemasyarakatan yang pernah berlaku di daerah kelahiran beliau diolah mesejnya secara kreatif yang halus dan bahasa yang kuat, tepat dan indah, akhirnya dapat memaparkan serba sedikit sejarah kisah zaman dahulu. Beliau ini, Hajah Sitti Hadiah seorang penulis hebat ketika tahun 80-an dan 90-an.
Tajuk Penerbit Penyunting |
Sinopsis
Buku ini menceritakan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kerang gergasi yang dijalankan oleh Taman-Taman Sabah sejak tahun 2009. Kerang gergasi ialah sejenis hidupan yang wujud sejak zaman dahulu lagi. Kerang gergasi in boleh membesar sehingga melebihi satu meter dan beratnya mencapai 200 kilogram. Namun begitu, populasinya semakin berkurangan dan diancam kepupusan akibat daripada pengambilan yang tidak terkawal. Kerang gergasi penting bagi keseimbangan ekosisem marin dan seterusnya bagi kelangsungan hidupan marin yang lain. Lokasi konservasi kerang gergasi yang terletak di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah menjadi tarikan pencinta alam marin. Biodiversiti hidupan marin yang tinggi serta kualiti air lautnya yang baik menjadi habitat utama kerang gergasi ini. Oleh itu, kawasan ini perlu terus dipelihara dengan baik untuk generasi akan datang. Buku ini diharap dapat membuka hati pembaca untuk memelihara hidupan ini agar tidak pupus dari muka bumi.
Tajuk Penerbit
|
Sinopsis
“Bonda… I present to you, Ihraz Zahin, my boyfriend..”
Ya Allah, aku? Ihraz Zahin terkaku saat mendengar ayat itu dari bibir si tuan puteri. Mata membulat. Darah sudah lama terhenti saat ayat tadi ternoktah. Wajah Eshal Rania dipandang tak berkelip. Tak guna punya tuan puteri. Siapa boyfriend kau?
“Awak dah gila ke? Saya tak nak kahwin dengan awak!” –Ihraz Zahin
“Excuse me?! You ingat I ni kemaruk sangat ke nak kahwin dengan lelaki macam you? Hu… Please!”-Eshal Rania
Kerana terlajak kata, Eshal Rania sudah tidak boleh menoleh lagi. Membohongi bonda hanya kerana tidak menyenangi Syed Ameer XXX. Akhirnya, dengan restu ayahhandanya, tuan puteri sah menjadi isteri kepada pemandu keluarganya. Ihraz Zahin dengan rasminya menjadi pemilik hati Eshal Rania.
Tuan Puteri vs driver?
Sejak dari itu, bermulalah kisah dongeng Eshal Rania. Kononnya mampu mengekalkan ego sang puteri. Dia diva! Dia mementingkan segalanya. Malah, hanya orang yang setaraf sahaja boleh mendampinginya.
Namun bagi Zahin, kekayaan bukan ukuran. Walaupun dia beristerikan si tuan puteri, tapi dia tetap seorang raja. Rumah flat kepunyaannya kini menjadi rumah mereka berdua. Apa sahaja yang ada di situ, Eshal Rania perlu hormati. Mati kutu! Itulah yang terjadi pada Eshal Rania.
“Habis tu… Bilik you pulak kat mana?” –Eshal Rania
“Kat bilik awak tu la.”-Ihraz Zahin
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
Kehilangan orang tersayang tiga hari sebelum majlis perkahwinan mereka merupakan tamparan hebat dalam hidup Tengku Rayyan. Sejak hari itu, hidupnya berubah. Dia menjadi seorang yang gemar menyendiri dan menyibukkan diri dengan urusan kerja. Sikapnya ini menimbulkan kebimbangan di hati Ku Ana. Bersama Qisya, Ku Ana menjalankan misi mencari jodoh untuk Tengku Rayyan. Namun semuanya gagal apabila Tengku Rayyan sering mengelak bila diajak berbicara soal jodoh. Cintanya pada arwah Sofea tak mungkin ada galang gantinya.
Satu hari, ketika Tengku Rayyan keluar berjoging, secara tak sengaja dia telah terlanggar seorang gadis. Maka terjadilah perang kecil antara mereka berdua. Sikap si gadis yang sombong dan berlagak membuatkan Tengku Rayyan tak mahu mengalah dengannya.
“Cik...saya tak nak bertekak dengan awak. Saya dah minta maaf, rasanya itu dah cukup. Kalau awak still tak berpuas hati, saya tak dapat nak buat apa-apa. Daripada saya melayan awak yang ada mental problem ni, baik saya blah. Assalamualaikum...” ~ Tengku Rayyan. “Tak guna! Dia kata aku ada mental problem! Arghhh...sakitnya hati aku!!!” ~ Amanda
Amanda, dendamnya pada kaum bernama lelaki tak pernah padam. Padanya semua lelaki itu sama. Tak seorang pun yang boleh dipercayai. Kebenciannya pada kaum yang satu ini semakin membara kala bertembung dengan seorang lelaki yang digelar ‘mangkuk ayun’. Harap muka saja kacak tapi dengan perempuan pun tak nak mengalah. Tanpa Amanda duga, rupanya lelaki yang sering bergaduh dengannya itu adalah anak kawan baik mummynya, Datin Aminah. Semakin sebal dia apabila mummy bercadang hendak menjodohkan dia dengan lelaki itu. Sekerasnya dia menolak. Namun masalah kesihatan Datin Aminah membuatkan Tengku Rayyan dan Amanda bersatu.
Dalam meniti kehidupan sebagai pasangan suami isteri, pelbagai dugaan dihadapi. Sebagai suami Tengku Rayyan tak pernah mengalah. Sedaya upaya dia menawan hati sang isteri. Keikhlasan yang ditunjukkan membuatkan hati Amanda jatuh cinta. Namun dia takut mengakuinya. Apatah lagi peristiwa silam sering membayanginya.
Apa peristiwa silam yang sering mengganggu Amanda? Berjayakah Tengku Rayyan menawan hati sang isteri yang keras seperti ais batu? Adakah rumahtangga ini mampu bertahan setelah peristiwa hitam itu terbongkar? Ikuti perjalanan cinta Tengku Rayyan dan Amanda Sofea dalam Cinta 3 Rasa.
Tajuk Penyelenggara Terbitan Penerbit Bahan
|
Ringkasan
Antologi cerpen Topi Jelita ini menghimpunkan cerpen-cerpen penulis wanita yang membawa dimensi atau sudut pandang wanita terhadap dunia kehidupan-menepati konsep bahawa sastera itu merupakan penyalinan kehidupan manusia sebenar yang diolah menjadi cerita dengan segala struktur dan kesannya. Cara kumpulan cerpen ini disusun sesungguhnya menampkkan sifat egalitarian tanpa membezakan tahap atau nama besar di kalangan penulis wanita yang ada. Lantaran itu sifat egalitarian kumpulan cerpen ini memberi sebuah keunikan yang tersendiri. Walaupun kesan pembaca turun naik oleh tahap kekuatan cerpen yang berbeza-beza, namun pemerhatian secara keseluruhannya menemui sudut pandang penulis wanita yang walaupun kelihatan pelbagai tetapi akhirnya menemukan titik yang satu- iaitu jiwa kewanitaan yang rapi, halus dan dipenuhi gelembung perasaan. Hal ini memperlihatkan wajah tipikal penulis wanita ynag tekal dan tepu. Wajah tipikal ini memberikan kekuatan yang tersendiri, malah keperibadian yang unik terhadap karya-karya dalam kumpulan cerpen ini.
Tajuk Penerbit Penulis
|
Sinopsis
Buku ini menelusuri kronologi perkembangan novel negeri Sabah yang memiliki sejarahnya yang unik. Sejarah perkembangan novel yang ditonjolkan bukan setakat paparan galuran sejarah sastera. Faktor kontekstual yang melibatakan latar belakang masyarakat dan pengarang, institusi serta pembaca mewarnai pembentukan dan perkembangan novel di negeri tersebut. Ia dikenali sebagai mediator atau faktor-faktor persekitaran (sosial) yang terlibat dalam sejarah pembentukan berkenaan.
Faktor-faktor persekitaran yang menjadi dasar kepada penghasilan novel, dihubungkan pula dengan bentuk dan pemikiran karya (seni) yang dihasilkan pengarang. Bagi maksud tersebut, bentuk kajian yang dipilih adalah kajian integrasi yang menawarkan dwikajian (sosial dan seni) antara konteks perkembangan novel dan bentuk dalam teks.
Tajuk Penerbit Penulis
|
Sinopsis
Melalui buku ini kita dapat melihat lebih dekat mengenai kebudayaan orang Gana’ yang berasal dari satu rumpun dengan masyarakat Kadazandusun yang hanya terdapat di negeri Sabah.
Isi buku ini menjurus khusus kepada kebudayaan suku kaum Gana’ kerana selama ini tidak pernah diketenggahkan oleh mana-mana pihak dalam bentuk buku. Etnik Gana’ adalah etnik yang sedikit dan tidak subur membiak, ia hanya terdapat di beberapa tempat (Kampung) di dalam daerah Keningau dan pada masa ini sedang menuju ke ambang kepupusan bersama dengan bahasanya.
Menulis buku ini bukan semudah yang difikirkan orang kerana semua etnik Dusun termasuk Gana’ tidak ada menyimpan rekod berkenaan sejarah, budaya, seni sastera dan sebagainya sebab tidak memiliki aksara, mereka hanya menurunkan segala perkara (hal), termasuk budaya dan tradisi melalui hafalan.
Tajuk Penerbit
|
Sinopsis
‘Mansau Ansau’ bermaksud mengembara atau melancong dalam bahasa Dusun. Buku ini mengisahkan pemgembaraan band punk Con-Damn The Corruptor di Semenanjung Malaysia. Nama Con-Damn The Corruptor kini meningkat naik sebagai band punk rock berlirik sosio-politik dari Kota Kinabalu, Sabah.
Mereka membawa lirik-lirik yang dekat dengan diri mereka, tentang keadaan Negeri mereka, tempat mereka dilahirkan dan beraktiviti. Album sulung mereka diterbitkan oleh label yang produktif dan disegani iaitu Broken Noise Records. Mereka turut menerbitkan dan mengedarkan lagu-lagu mereka sendiri sebagai sebuah band punk yang mandiri. Ikuti kisah suka duka mereka menjelajah dan membuat persembahan di beberapa Negeri di Semenanjung Malaysia tanpa sponsor dan bajet yangagak ketat.
Buku ini tidak terhad mengenai band Con-Damn The Corruptor, namun turut menyentuh serba sedikit tentang scene muzik hardcore punk di negeri-negeri Malaysia secara amnya.
Aramaiti!
Tajuk Penulis Penerbit Tahun Diterbitkan
|
Sinopsis
'This book contains International Research Conference Of Social Science And Engineering Proceeding IRCIM 1.0 papers with the theme “Education Shapes People’s Life”. The papers contributed the most recent scientific knowledge known in the field of Engineering, Social Sciences, Teaching and Education. It is hoped that these proceedings will furnished the academics of the world with an excellent reference book.'
Tajuk Penerbit Penulis
|
Sinopsis
The edible wild fruits, nuts and seeds of Borneo that are found in the different forests from coastal seashores and islands, through the lowlands and hills, to the montane forests, and on different soils, are estimated to be in the region of 500 different species. These were consumed by the many groups of people inhabiting the island, over many decades. They were the ones who had initially discovered whether different fruits, nuts and seeds were edible, and that some otherwise toxic species become edible only after cooking or fermentation processes. Botanists and taxonomists have subsequently provided the scientific names for these plants and classified most of them into their respective families and genera. However, there are still new species being discovered in what are some of the most species-rich forests in the world, and for many genera, Borneo is their centre of diversity. Many species are rare and little known, and over 30% of plant species are endemic to Borneo.
The lowland forests are particularly rich, with most of the species being trees, but treelets, shrubs and herbs also have species with edible fruits. This guide mostly introduces the better-known species, but to showcase this diversity, some examples of rare or little-known species are also included, resulting in a total of 34 families, 55 genera, and 109 species being illustrated.
Many of the lowland forests have now been cleared for the development of agriculture, forest plantations, towns and roads, and the diversity of varieties of some species has become greatly reduced. Though some germplasm has been conserved in agricultural stations and research facilities, much more needs to be done so that those species with good commercial potential can be selected and bred as future crops for farmers. Some species have already been researched, and selected clones made available, but there are still many more with good horticultural potential.
Tajuk Penerbit Penyunting |
Sinopsis
Buku tentang alam semulajadi di persekitaran Gunung Penrissen. Berkaitan tumbuh tumbuhan,serangga,binatang dan alam sekitar yang sungguh indah yang jarang jarang ditemui dan dikunjungi oleh manusia. Keadaan alam sekitar yang masih asli di mana kita dapat menemui jenis jenis tumbuh tumbuhan dan serangga yang tidak pernah kita temui di persekitaran. Buku ini juga memaparkan keadaan geografi dan habitat di kawasan Gunung Penrissen.
Tajuk Penerbit
|
Sinopsis
Buku ini adalh gabungan hasil karya 5 orang kartunis yang berasal dari Sabah, iaitu Lovis, Raniheart, BurggerX, Tommy C dan Paprika. Masing-masing mempunyai bakat dan cerita tersendiri.
Dengan buku ini, kami ingin memperkenalkan dan membangunkan lagi industri komik di Sabah. Selain itu, kami juga telah menyelitkan cerita dongeng Sabah dan juga maklumat tentang Sabah untuk tatapan generasi muda, agar tidak hilang ditelan zaman. Walau bagaimana pun, cerita di dalam buku ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang masih hidup atau mati.
Akhir kata, diharapkan para pembaca berpuas hati dengan karya kami. Terima kasih kerana membelui dan menyokong karya Sabah.
|
Tajuk Diterbitkan oleh Diterbitkan pada Disunting oleh
|
Sinopsis
This Sabah Society Monograph is devoted to commemorating 40 years since the Royal Society Expeditions to Mount Kinabalu. which was declared a national park in 1964. The Royal Society Expeditions (RSE) of 1961 and 1964 took place when Sabah was in transition from a British administered colony to an independent state within the Malaysian Federation. The First RSE was the last of a long series of major scientific expeditions undertaken during the colonial era. The First RSE was also the first team to undertake an exploration of the long and difficult Eastern Ridge of Kinabalu. All previous explorations of the mountain had focussed on its western side. The same Expedition was also the first to explore the Pinosuk Plateau, on which thrived a unique forest at 5000 ft, on rocky detritus washed down from the mountain. Sadly, this forest does not exist any more, as it was cleared in the 1980s to make way for the Agricultural Station and the Golf Course. Kotal, a Dustin hunter hailing from Kg. Kundasang, was the first to pioneer a route to King George V Peak-the summit above the Eastern Plateau-in June 1963. Corner engaged his services as the chief guide for the Second RSE in 1964. It was he who guided John Corner and, later, Gathorne Medway (now Earl of Cranbrook) to the summit. Kotal was a silent and enigmatic personality. In Corner's words, "He is the class of Dusun as silent. rugged and detached as a granite pinnacle". Kotal guided many subsequent expeditions through the same route that now bears his name. He passed away in 1998. The names of many peaks and pinnacles on Kinabalu East-the Eastern Plateau and the North and East Ridges, such as Gully Peak, Outpost, North Peak, Lion's Rock, Echoing Rocks, Rhino Horn, etc., were given by John Corner himself which are in current use in mountaineering literature on Kinabalu and referred to by climbers who frequent this mountains.
Tajuk Disusun oleh Terbitan Bahan
|
Ringkasan
This book features the various trees that are planted in this special man-made forest that covers 190 tree taxa from 40 families and 115 genera of which 147 are native to Sabah. Of these taxa, 30 are endemic or only confined to the island of Borneo and three species are endemic to Sabah. In the book, the trees are arranged alphabetically according to their scentific family names which are colour-coded at the lower margin of each page and within the family, the genera and species are arranged alphabetically. Each plant is accompanied by a botanical description (that attempts to give a layman understanding of the various pans of the plant), the ecology and distribution of the plant and also the uses, in some instances. For the ease of users, colour photos are included to feature some of these plant characters such as the habit, bark, leaves, flowers and fruits.
|
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
First published in 1927, Kinabalu: The Haunted Mountain of Borneo still enthralls readers with the exploits of early-day explorers of Kinabalu. This account follows Enrique's desire to scale the summit with his trusted companion Sau Nan and a small entourage. Enriquez's account of his expedition contains some of the most beautifully written passages that portray the starkness and beauty of Kinabalu. He notes that "Kinabalu is a sort of Mecca for naturalists" which still holds true today. An enjoyable read that captures the romance and excitement of discovery.
Tajuk Penerbit Terbitan Penyunting
|
Sinopsis
Buku ini secara ringkas memaparkan pelbagai aspek budaya yang masih diamalkan oleh etnik Sukang yang menetap di sekitar daerah Telupid. Inventori Budaya Etnik ini menggariskan 15 aspek budaya seperti latar belakang, tempat dan sejarah, aktiviti sosioekonomi, sastera lisan turun-temurun, adat isitadat turun-temurun, muzik dan tarian tradisional, pakaian tradisi dan aksesori, perkahwinan dan tatacara, makanan tradisi dan banyak lagi. Tujuan utama budaya etnik direkodkan dan didokumentasikan adalah untuk dijadikan tatapan, rujukan dan kajian lanjut terutamanya generasi muda pada masa akan datang.
|
Tajuk Penerbit
|
Sinopsis
Contains step by step training manual on how to use Adobe Photoshop CS6 that empowers you to experience imaging magic and maximize creativity in exciting new ways. Make the most of your hardware investment and save significant time in your workflows with new preset migration and sharing, and new Background Save and Auto-Recovery options that can help boost productivity and image security. It also shows the Adobe Photoshop CS6 powerful capabilities for editing, compositing, painting, and transforming images, designs, and video.
Tajuk Tahun Terbitan
|
Sinopsis
'Mengandungi aturcara Perayaan Pesta Jagung Kota Marudu 2007.'
|
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
The genus Hoya was established by Robert Brown in 1811 and was named after Thomas Hoy, gardener at Syon Park in England. Hoyas are mostly herbs with creeping or climbing stems and mostly epiphytic in trees, but some are small shrubs that do not produce climbing stems. Many produce umbels of colorful and scented flowers and because they are easy to propagate from cuttings or seeds have become popular house plants in the cooler temperate countries or garden plants in the tropics and sub-tropics. Hoya belongs to one of the ten largest families of flowering plants — the Apocynaceae — with 5100 species, and fall into one of the five subfamilies, the Asclepiadoideae, and specifically the tribe Marsdeniae, with 26 genera. With 350–450 species, Hoya is the largest genus in the family with the main distribution of species being in the tropical forests of Malesia, where it is found growing with the closely related genus Dischidia. Borneo is one of the top 10 biodiversity hot spots in the world and Hoya diversity on the island is only surpassed by the Philippines at present. Currently it is estimated that there are about 80 species in Borneo, with 72 named, of which 67 are covered in this Guide. Of the 72 named species, 36 species, or 50% are endemic to Borneo. Hoya are used by native people for medicinal and other purposes and medical research is now finding chemical constituents that may have future potential in the industry. Because of the colorful and scented flowers, over 100 species are now commercially available as ornamentals from nurseries that specialize in Hoya . This Guide covers some aspects of their cultivation, both as outdoor climbers in gardens in tropical and subtropical counties as well as indoor house-plants in colder climates. As a result, Hoya Societies have sprung up in many countries in Europe, the USA and Australia as well as in some tropical countries such as Thailand.
Tajuk Penulis Terbitan Penerbit Bahan
|
Ringkasan
Cerita ini hanyalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Imaginasi yang sering berlegar-legar di ruang minda manusia ada kalanya sukar untuk ditebak. Begitu juga dengan setiap kejadian yang berlaku dan baik buruknya nasib setiap makhluk-Nya juga sukar ditebak hamba-Nya. Namun, semuanya sudah sedia tercatat di lohmahfuz. Sebagai manusia yang waras dan beriman, kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Selebihnya, reda dan bertawakallah. Walaupun karya ini bukanlah sebuah karya yang berpaksikan cerita di sebalik misteri kehilangan MH370 yang sebenarnya, jauh sekali ingin menumpang kehangatan misterinya, namun sekurang-kurangnya karya ini memberikan gambaran bagaimana emosi, persepsi, dan kesannya terhadap waris mangsa yang terlibat dalam apaapa nahas sekalipun.
Tajuk Penulis Terbitan Penerbit Bahan
|
Ringkasan
Sumpahan Canlaon dan cerita-cerita lain dalam siri kumpulan Dongeng Asia ini menghimpunkan cerita-cerita dongeng klasik dari negara Filipina, Indonesia, dan Malaysia, nukilan Kumpulan Pengkarya Guru, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia 2016. Bertujuan mengenalkan pembaca dengan hasil sastera rakyat yang menjadi kebanggaan masyarakatnya, cerita-cerita dongeng klasik seperti lagenda Si Tunggal Mata dan Dongeng Belangkas dari Malaysia, Sumpahan Canlaon dari Filipina, dan Putera Kera Kepulauan Bintan dari Indonesia, mempunyai unsur-unsur pengajaran untuk memupuk peribadi murni dalam diri generasi muda yang mahu menggali makna tersiratnya.
Tajuk Penulis Penerbit Terbitan Bahan
|
Ringkasan
Buku ini menjadi panduan kepada para pengusaha dan pengurus pusat prasekolah. Buku ini telah ditulis dan disusun hasil pengalaman dan penglibatan para penulis dalam bidang prasekolah sejak 32 tahun dahulu. Ia memuatkan cadangan-cadangan ideal dan panduan yang lengkap kepada para pembaca tentang perkara penting dalam penubuhan sebuah Pusat Pendidikan Prasekolah termasuk Taman Asuhan Kanak-Kanak. Buku ini juga akan menambahkan koleksi khazanah ilmu, khususnya dalam bidang pendidikan prasekolah di Malaysia, dan menjadi sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah yang sanagat penting dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Tajuk Penulis Penerbit Terbitan Bahan
|
Ringkasan
'This beautiful book describes 32 Schefflera taxa, including 29 species, from the Malaysian state of Sabah on the island of Bomeo. Prior to this work, only seven species of Schefflera in Sabah had published names and none had been described from the state in the last 100 years. Thus this treatment provides a long overdue contribution to our understanding of the genus, in particular, and the Sabah flora, in general. Beyond including an enumeration of the species of Schefflera in Sabah, introductory material on both the history and systematics of the genus and natural history of Sabah is provided. Numerous photographic images and line drawings are provided to illustrate the taxa and their distinguishing characteristics. In addition, distribution maps document the occurrence of each species and variety. This account will be an invaluable addition to botanical libraries and aid to herbarium curators worldwide with an interest in Schefflera from Bomeo.'
Tajuk Penerbit Terbitan Penyunting
|
Sinopsis
Buku ini secara ringkas memaparkan pelbagai aspek budaya yang masih diamalkan oleh etnik Dusun Subpan di beberapa buah kampung di kawasan Daerah Lahad Datu. Inventori Budaya Etnik ini menggariskan 15 aspek budaya seperti latar belakang, tempat dan sejarah, aktiviti sosioekonomi, sastera lisan turun-temurun, adat isitadat turun-temurun, muzik dan tarian tradisional, pakaian tradisi dan aksesori, perkahwinan dan tatacara, makanan tradisi dan banyak lagi. Tujuan utama budaya etnik direkodkan dan didokumentasikan adalah untuk dijadikan tatapan, rujukan dan kajian lanjut terutamanya generasi muda pada masa akan datang.
Tajuk Pengarang Penerbit Terbitan Bahan
|
Ringkasan
Pengetahuan tradisi daripada nenek moyang kita yang memperlihatkan siapa kita dan dari mana asalusul kita. Pengetahuan tradisi pada masa dahulu hanya diturunkan secara lisan dan praktik secara hands-on. Dengan adanya buku ini, masyarakat atau generasi akan datang boleh menggunakan buku ini sebagai rujukan ataupun untuk memperkenalkan identiti suku Sungai Kalabuan kepada masyarakat luar. Buku ini mengandungi adat-adat resam perkahwinan suku Sungai Kalabuan dimana semua maklumat yang berkaitan ini didapati daripada sumber asli iaitu daripada orang tua-tua yang berpengalaman dan berpengetahuan di kampung mereka.
Tajuk Pengarang Terbitan Bahan
|
Ringkasan
In this book, the author concentrates his efforts on the stick insects of Mount Trusmadi, the second highest mountain in Borneo, with her peak at 2642 m asl. Besides Trusmadi, the author also studied the drawers of the entomological collections of Kinabalu Park and Forest Research Centre Sepilok. Volume II lists 373 Bornean species or subspecies from 92 genera with descriptions of 4 new genera, 1 genus new to Borneo, 37 new species, 4 new name combinations, 3 new synonyms; 2 wrong synonyms and 9 descriptions of the previously unknown sex of known species. This book is an indispensable reference to anyone interested in the insect fauna of Borneo; no matter if it’s just for admiring the splendid photographs or trying to identify an insect in the forest or most essentially for the person working through a taxonomic problem.
Tajuk Penulis Penerbit
|
Ringkasan
Iman dan Ah Kiong adalah sahabat baik. Mereka saling membantu dalam pelajaran. Pada suatu hari mereka terserempak dengan Razali dan kawan-kawannya sedang menghisap rokok. Apakah reaksi Iman dan Ah Kiong?
Tajuk Pengarang Penerbit Terbitan Bahan
|
Ringkasan
Dengan penghasilan buku ini, masyarakat luar dapat mengetahui cara-cara ubat tradisi yang dihasilkan oleh Orang Asal. Antara sakit-sakit yang boleh dirawati menggunakan ubat tradisi ini adalah merawat hidung berdarah, menurunkan bengkak di kaki semasa mengandung, merawat ulser mulut dan sebagainya
Tajuk Penerbit
|
Ringkasan
This book is useful for readers whether they want to be full-time or part-time journalists. It can be an item for collectors, a handy reference material or as a supplementary. The principles of journalism discipline herin are still applicable and very practical. As a public service, knowledge on how to be a journalist is shred quite comprehensively and concisely through this book.
Tajuk Tahun Terbitan
|
Sinopsis
'Mengandungi aturcara Pesta Tamu Besar Peringkat Kota Belud 2016 dan susunan acara keseluruhan Tamu Besar Kota Belud.'
Tajuk Penerbit Terbitan Penyunting
|
Sinopsis
Buku ini secara ringkas memaparkan pelbagai aspek budaya yang masih diamalkan oleh etnik Bisaya yang menetap di sekitar daerah Beaufort, Sabah. Inventori Budaya Etnik ini menggariskan 15 aspek budaya seperti latar belakang, tempat dan sejarah, aktiviti sosioekonomi, sastera lisan turun-temurun, adat isitadat turun-temurun, muzik dan tarian tradisional, pakaian tradisi dan aksesori, perkahwinan dan tatacara, makanan tradisi dan banyak lagi. Tujuan utama budaya etnik direkodkan dan didokumentasikan adalah untuk dijadikan tatapan, rujukan dan kajian lanjut terutamanya generasi muda pada masa akan datang.
|
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
This is the fully revised and updated third edition of an acclaimed field guide to the birds of Borneo, covering Sabah, Sarawak, Brunei, and Kalimantan. The result is the most up-to-date, comprehensive, and user-friendly guide to the island's remarkably diverse birdlife. The book covers all 673 species living or reported on Borneo, including all 59 endemic species. Each species is superbly illustrated in 141 color plates containing more than 2,000 full-color bird images, which provide multiple large views of each species, including most of the sexual variants and immature forms of polymorphic species. Each plate is accompanied by facing-page species descriptions covering taxonomy, size, call, range, distribution, habits, and status. Distribution is also shown with 567 detailed color thumbnail maps on facing pages. Other features include seven habitat plates, twelve regional maps showing Borneo's top 90 birding sites, fast-find identification plates to the birds of Kinabalu and other habitats, and a full overview of Borneo's vegetation, climate, and ecology. This is a guide that any outdoor visitor to the island will treasure.
|
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
This work is an attempt to preserve the beliefs of the Kadazan People of Sabah, on how the world and everything in it were created according to the earliest media available to them – The Inaits. Kinoingan chanted the mantras to the first Bobohizan, who in turn passed it down in similar way, to the others – over the centuries. The Bobohizans (Kadazan Priestess) cannot read nor write but they have an unsual gift – they can memorise a few day long mantras. They were just the people who could do that and today, Kadazan Mythology is an attempt; the first of its kind to have put that in a Book Form – with the hope it can sustain along the ages, ahead. It is also attached to the heart of the Author that may this Literature be found helpful to those who loves mythology and see if this can be made into a Kadazan Literature, of all time?
Tajuk Penulis Penerbit 2018
|
Ringkasan
Finding Jesselton is about George’s search to discover why a historical trading post in the South China Seas was so intriguingly once named after his great-grandfather, Sir Charles James Jessel. So over the past ten years whenever possible, he have tried to collect various photographs and articles and have now, with the help of Gill and Roger Joye, published authors who live in Goudhurst, been able to start his own version of his family association with North Borneo. George’s original aim was to tell the story of his great-grandfather, Sir Charles James Jessel, but as he started to research his greatgrandfather’s life he realised that, as is so often the case in many family histories, it is always about more than just one man and in this case his connection with the British North Borneo Company. And so George’s story starts with Aaron Jesel of Frankfurt in the mid-18th century and finishes with his grandfather who died in 1977 – plus a few recent trips to Kota Kinabalu, North Borneo (Sabah) to round it off!
Tajuk Penyunting Penerbit Tahun Terbitan
|
Sinopsis
'This book contains the compilation of papers on managing pests and diseases for sustainable agriculture.'
|
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
Dendrobium species are attractive, conspicuous and numerous along the entire eastern coast of Australia, and are popular plants for culture and breeding of colourful hybrids. In contrast to the other books in the series so far, where a selection of species was made, all Australian species and their variants (around 80) are included. There is a full spectrum of plant form from some of the smallest mat-forming dendrobiums to the largest in the genus, being over two metres tall and several metres across. The unusual and rarer species of Cape York Peninsula and central Queensland are uncommon in collections and seldom seen, requiring travel to remote places. Some of the most striking Dendrobium habitats are illustrated.
There have been a number of approaches to the classification of Dendrobium and related genera over the past 30 years. Classification and nomenclature are always evolving as new information becomes available. Genera Orchidacearum Volume 6 (2014) included evidence from morphology, DNA and all other areas of study and provided an international consensus for Dendrobium, bringing a long-awaited degree of stability to the genus. This book follows the Genera Orchidacearum Vol. 6 approach and the Kew Monocot Checklist, and considers all available published evidence on the genus. An identification key to the sections is provided, and species are arranged in a checklist according to sections.
Tajuk Penerbit Terbitan Penyunting
|
Sinopsis
Buku ini secara ringkas memaparkan pelbagai aspek budaya yang masih diamalkan oleh etnik Iranun di daerah Kota Belud, Sabah. Inventori Budaya Etnik ini menggariskan 15 aspek budaya seperti latar belakang, tempat dan sejarah, aktiviti sosioekonomi, sastera lisan turun-temurun, adat isitadat turun-temurun, muzik dan tarian tradisional, pakaian tradisi dan aksesori, perkahwinan dan tatacara, makanan tradisi dan banyak lagi. Tujuan utama budaya etnik direkodkan dan didokumentasikan adalah untuk dijadikan tatapan, rujukan dan kajian lanjut terutamanya generasi muda pada masa akan datang.
Tajuk Penulis Penerbit Tahun Terbitan
|
Sinopsis
'Padi adalah sumber makanan utama penduduk dan merupakan tanaman sekuriti di negeri Sabah. Walau bagaimanapun, tanaman ini dianggap sebagai tanaman tradisi disebabkan status pengusaha dan cara ia diusahakan yang masih banyak perlu dibangunkan dan dipertingkatkan. Bagi mengubah tanggapan ini, Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPIM) serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawahnya akan terus melaksanakan program serta aktiviti khusus untuk membangunkan tanaman ini dan seterusnya menaik taraf hidup pengusaha. Buku ini merupakan manual untuk pengusaha dalam menguruskan tanaman padi termasuklah pengurusan penyakit tanaman padi seperti penyakit Karah, Bintik Perang, Hawar Seludang dan lain-lain.'
Tajuk Penerbit
|
Ringkasan
Buku ini mendokumentasikan warisan budaya etnik Dusun Tatana iaitu ginda, yang memberi informasi dan sebagai bahan rujukan kepada generasi muda yang akan datang. Terdapat 301 ginda yang telah didokumentasikan dalam buku ini dan sebahagian besar daripada ginda tersebut dicipta sendiri oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Wences Angang dan sebahagiannya diperoleh daripada penduduk etnik Dusun Tatana di sekitar daerah Kuala Penyu.
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
Magis Sang Manuk Bura menghimpunkan 19 buah cerita rakyat Sabah yang bertemakan kemanusiaan. Cerita-cerita yang dipaparkan dilihat mampu mendidik dan menyedarkan khalayak kerana ia sarat dengan nilai-nilai murni yang tersendiri. Watak dan perwatakan yang ditampilkan begitu dekat dengan budaya dan kepercayaan etnik di Sabah. Buku ini merupakan salah sebuah khazanah sastera rakyat dari negeri Sabah. Sebagai teks sastera, buku ini wajar dijadikan rujukan dan kajian masyarakat, dari segi budaya serta stilistik kerana ia benar-benar mewakili masyarakat yang diceritakan.
Tajuk Penulis Penerbit
|
Ringkasan
Entitled, Highland Tales in the Heart of Borneo, the 78-page book is a colourful showcase of the community’s past, present and future that are very much intertwined with their natural surroundings in the picturesque highlands of Ba’ Kelalan, Bario, Long Semadoh in Sarawak and Long Pa’ Sia, Sabah. It is a collection of stories gathered from the Kelabit, Lun Bawang and Lundayeh storytellers and there are five chapters. The book is written in dual-languages, English and Bahasa Malaysia.
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
The story of Tawau and its people is only around 130 years old. People alive today, including this author, have known those who were present at the very start of a recognisable settlement at the mouth of the Tawau River. Ken Goodlet's interviews cover around 21 linguistic groups in those early days, making this record of Tawau rainbow-coloured in its diversity. The book shows that Tawau has had at least two natural advantages: its location and its natural wealth. Situated at the meeting point of three states that were formerly very different (and competing) colonies, Tawau has been a haven of prosperity and peace, first under the British and then as part of Malaysia. This has attracted trade and immigration (and, at times, envy) not only from far distant Japan and China, but from the Dutch East Indies (later, Indonesia) to its immediate south and from the Spanish and American and, later, independent Philippines to its east. Tawau's natural wealth, evidenced in a favourable climate, large pockets of excellent soil and coal deposits, has provided residents with jungle produce, then mining and timber, then rubber and hemp and cocoa, and finally oil palm prosperity, augmented by a host of less important agricultural products. The book shows how this has led to extensive migration and capital investment and to the growth of a diverse agriculture-based economy with a complex infrastructure. While previously unimagined wealth has brought better health and a higher standard of living, inevitably it has brought problems unsustainable exploitation of natural resources, illegal immigration, wealth inequity and loss of some community values. But the final chapters make clear the present is a better world for most than it was at any time in the past.
Tajuk Penulis Penerbit Tahun Terbitan
|
Sinopsis
'Teknologi penghasilan Minyak Kelapa Dara atau ‘Virgin Coconut Oil’ (VCO) telah diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Sabah dalam tahun 2006 dengan kerjasama Coconut Genetic Network (COGENT). Minyak Kelapa Dara merupakan produk kelapa bernilai tinggi dan mudah untuk dihasilkan oleh para pengusaha. Oleh yang demikian, buku ini memberi panduan kepada pengusaha-pengusaha untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara dengan dua cara iaitu Kaedah Pamerah Tekanan Rendah dan Kaedah Penapaian Semulajadi.'
Tajuk Penerbit Terbitan Penulis
|
Sinopsis
This is a pictorial treasury of Tawau, with more than 260 photos, maps and diagrams showing the people and places of its 150 year story. Words in both English and Bahasa Malaysia help tell the tale. Look closely at these pictures and the strange yet familiar world of the past will come alive. Ken Goodlet collected many of the images over the 50 years from his arrival in Tawau as a teacher. Others have come from sources in Malaysia and Australia, including friends and former students. This is a companion book to the author’s 360-page history, Tawau: the Making of a Tropical Community (2010).
Tajuk Penulis Penerbit Tahun Terbitan
|
Sinopsis
'Kehidupan miskin tidak menjadikan pasangan suami isteri yang tua itu berputus asa. Mereka sentiasa cuba untuk mengubah kehidupan mereka walaupun sering menjadi bahan ejekan penduduk kampung. Kemuliaan hati telah mengubah nasib hidup mereka dengan sekelip mata. Sesuatu yang ajaib telah berlaku. Ikutilah Kisah Dua Orang Tua ini untuk mengetahui keajaiban yang berlaku.'
Tajuk Penulis Penerbit
|
Ringkasan
This book clarifies the technological innovations that are greatly beneficial to society, the nation and the world from the aspects of economy, technology and also global health and well-being. It expounds on the importance of the people knowing and understanding technological achievements, how they are attained (through simple explanation) and how they benefit the people, thereby enabling the people to accept the intensive changes and technovations pursued by the government, in particular through the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). The content of this book encompasses a variety of aspects to provide a time line of the future of Malaysians consistent with the initiatives of National Transformation 2050 by the government in preparation for the coming years.
Tajuk Penulis Penerbit Tahun Terbitan
|
Sinopsis
'Cerita Bondiu & Konduruhan ini mengisahkan tentang seorang gadis Rungus bernama Konduruhan. Tanpa pengetahuannya, ia telah berkahwin dengan seorang lelaki berdarah jin, bernama Bondiu, yang wujud di alam ghaib. Konduruhan menempuh pelbagai halangan sepanjang menjejaki Bondiu di dalam mimpinya. Akhirnya, Konduruhan bersua dengan Bondiu, akan tetapi suaminya itu meletakkan syarat sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan. Apakah syarat tersebut dan mengapa jin Liliukon tidak menganggu manusia?'
Tajuk Penulis Penerbit
|
Ringkasan
Kemboja Klias mengangkat semangat perjuangan nasionalisme dan kemanusiaan pada zaman penjajahan Inggeris di Sabah. Yusof Fansuri, seorang ustaz lulusan sekolah pondok nekad untuk berjuang menegakkan syariat agama dalam kelompok masyarakat yang mementingkan adat budaya pada waktu itu. Konflik bermula setelah beliau difitnah di desa kelahirannya, Kota Klias. Beliau akhirnya berhijrah ke sebuah desa bernama Kemboja Klias untuk menggantikan imam surau yang telah meninggal dunia. Penghijrahannya telah membuka banyak peristiwa dalam hidupnya. Novel ini mempunyai unsur sejarah, politik, falsafah, kekeluargaan dan ketuhanan. Sentuhan terhadap latar zaman telah merakam ideologi sebuah etnik dan ras bangsa terhadap harapan kesejahteraan pada masa hadapan.
Tajuk Penulis Penerbit
|
Ringkasan
Molig, seorang anak perempuan sulung menjadi ‘barang cagaran’ kepada Alaat dan Daing kerana hutang sekampit beras oleh ibu bapanya. Alaat dan Daing memerah tenaga Molig menguruskan kerja-kerja rumah, mendera fizikal dan mentalnya. Namun, Molig tabah dan sabar demi keluarganya. Nasib Molig mula berubah apabila muncul seorang lelaki tua yang cedera meminta bantuan daripadanya. Sapu tangan berwana kuning keemasan serta bersulamkan dua bilah keris hadiah daripada lelaki tua itu menjadi punca perubahan. Kulit Molig menjadi mulus dan kelihatan cantik manakala fizikal Alaat serta Daing menjadi seperti orang utan. Orang kampung semuanya gembira dengan perubahan Alaat dan Daing kerana menganggap itu balasan terhadap sikap orang yang sombong dan jahat kepada Molig dan juga orang-orang kampung. Apakah yang berlaku kepada Puteri Molig seterusnya?
Tajuk Penerbit
|
Ringkasan
Buku Ekspirasi Visual Kent ini mengetengahkan ekspresi (luahan) terbit hasil dari sumber inspirasi (idea) yang menggabungkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif dalam penghasilan karya yang mampu memberi makna dan daya intelek tersendiri. Buku ini juga adalah sebagai pemangkin kepada warga pendidik untuk memperlihatkan bakat dan potensi pelajar dalam berkarya menerusi pelbagai disiplin kerja, kemahiran dan budaya kerja berkumpulan. Justeru, penghasilan buku Ekspirasi Visual Kent, Koleksi Terbaik Karya Seni Visual Pelajar 2012-2016 ini adalah selari dengan komitmen pelajar untuk mendidik masyarakat dalam memupuk penghayatan Seni Visual khasnya dalam dunia pendidikan, kerana Seni Visual adalah bahasa universal yang merentasi sempadan dan mampu diinterprestasi oleh segenap lapisan masyarakat.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Siti Alimah Binti Awang Saleh, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sandakan
Keluarga asas ialah satu institusi sosial yang terbina hasil daripada perkahwinan lelaki dan perempuan mengikut hukum adat atau hukum agama atau undang-undang sivil. Lazimnya, dalam keluarga asas atau keluarga konjugal ada bapa, ibu dan anak-anak. Sekiranya terjadi penceraian dan perpecahan rumah tangga secara langsung akan mewujudkan keluarga ibu tunggal. Hal ini secara tidak langsung akan memberi impak dan kesan kepada tingkah laku anak-anak disebabkan kekurangan kasih sayang dari seorang bapa.
Keluarga ibu tunggal atau single mother's family sering dipersepsikan oleh masyarakat sebagai keluarga berisiko (at risk family), atau keluarga tidak fungsional (dysfunctional family), atau keluarga pincang (disadvantaged family). Hal ini disebabkan keluarga ibu tunggal diketuai oleh ibu sahaja, tanpa ada kekuatan dan sokongan oleh bapa yang sering dianggap umum sebagai tunggak yang menyara dan melindungi keluarga. Oleh yang demikian, anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga seperti ini menghadapi lebih banyak masalah kritikal berbanding dengan anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga biasa dengan ibu dan bapa bersama-sama membina keluarga bahagia. Namun takdir dan rencana hidup manusia mewujudkan keluarga ibu tunggal sejak zaman berzaman, iaitu keluarga jenis ini bukanlah satu fenomena baru dalam masyarakat.
Buku yang bertajuk Masalah Remaja Daripada Keluarga Ibu Tunggal ini adalah keprihatinan penulis tentang kewujudan nasib dan keadaan hidup keluarga ibu tunggal. Keprihatinan penulis sebagai pengarang dan pengkaji, berfokus kepada masalah dan keresahan anak-anak yang hidup dalam keluarga sedemikian. Peranan penulis juga memaparkan kepada masyarakat tentang masalah utama yang diharungi oleh pelajar remaja daripada keluarga ibu tunggal.
Tujuan penulis berbuat demikian bukan hendak meraih simpati tetapi hendak membina kefahaman dan kesedaran dalam kalangan masyarakat, khususnya para guru dan kaunselor tentang masalah hidup dan masalah pendidikan remaja daripada keluarga ibu tunggal. Kefahaman itu akan melupuskan sikap negatif dan prejudis serta dapat membina strategi dan cara untuk membantu remaja untuk menjadi orang berjaya, berjasa kepada bangsa dan negara pada masa hadapan.
Buku ini begitu menarik bagi saya kerana buku ini merupakan satu monograf kajian mengenai masalah pelajar daripada keluarga ibu tunggal. Kajian yang dipaparkan dalam monograf ini telah menggunakan soal selidik dan temu ramah untuk mendapatkan data. Kajian ini berfokus kepada sebelas bidang masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar remaja (sekolah menengah) daripada keluarga ibu tunggal di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Satu implikasi penting yang terdapat dalam buku ini adalah remaja daripada keluarga ibu tunggal memerlukan bantuan kaunselor sekolah, guru-guru dan ibu mereka dalam proses penyesuaian diri di sekolah, dalam proses pembelajaran sains dan matematik dan dalam proses hubungan dalam keluarga. Konsep pembimbing rakan sebaya juga wajar diamalkan dalam proses kaunseling kerana menurut kajian, remaja mengutamakan rakan-rakan mereka bukannya guru atau ibu untuk menyelesaikan masalah mereka.
Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar dan juga pelbagai lapisan masyarakat kerana penulisan yang ringkas, padat dan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Buku ini terdapat dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sandakan. Sekiranya berminat untuk membuat tempahan pinjaman buku boleh menghubungi talian 089-229415 atau berkunjung di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat. Sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Elvena Lee, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang
Apabila kita menyebut tentang aktiviti perkhemahan tentu sahaja yang terlintas di fikiran kita adalah memasang khemah dan peralatan-peralatan yang perlu digunakan untuk memasang khemah. Kebiasaannya, kegiatan perkhemahan rekreasi ini dilakukan oleh golongan dewasa untuk mendapatkan ketenangan dari kesibukan kota. Buku ini bukan sahaja memberi panduan asas dalam perkhemahan tetapi juga kaedah-kaedah dalam pertolongan cemas dan ikhtiar hidup.
Sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan, terlebih dahulu kita perlu merancang dengan baik dalam pemilihan tapak perkhemahan, keadaan cuaca, peralatan dan keperluan, atur cara aktiviti dan disiplin perkhemahan. Seterusnya, kita perlu mengenal pasti bilangan orang yang terlibat untuk memudahkan kita memilih jenis khemah yang sesuai. Pemilihan khemah haruslah berdasarkan saiz, bahan fabrik dan peredaran udara. Antara keperluan peralatan yang penting adalah seperti baju yang secukupnya, air minum, kompas, wisel, tali, telefon, mancis, bekalan makanan, dapur gas kecil dan lain-lain. Peralatan dan keperluan harian tidak semestinya dibawa dari rumah kerana ia boleh dibuat daripada bahan-bahan di persekitaran kita. Contohnya, buluh, rotan, batang kayu, tin kosong dan batu dapat membina dapur kaki tiga, ampaian dan dapur trapper.
Disamping itu, kita juga perlu mengenali jenis ikatan simpul seperti simpul manuk, simpul dua lilit dan simpul himpit untuk memudahkan kita mendirikan gejek ( alat perkhemahan bagi menggantikan peralatan dan perabot di rumah ). Bukan itu sahaja, kotak pertolongan cemas mesti dibawa bersama dan harus mengandungi gunting, dettol, kain pembalut, pin, plaster, panadol, burnol, antiseptic cream, mosquito repellant dan minyak angin. Sekiranya berlaku kecemasan, kita perlu tahu akan rawatan asas iaitu Cardiopulmonary resuscitation ( CPR ). Untuk sumber makanan pula boleh didapati daripada tumbuhan di sekitar kita seperti kantan, pisang hutan, buah tampoi, buah melinjau, buah salak dan buah nam-nam. Jika berlaku kecemasan, selamatkan diri terlebih dahulu dan minta bantuan melalui teriakan dan lampu kecemasan iaitu lampu suluh. Kesimpulannya, aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti yang sarat dengan pelbagai aktiviti yang mampu memberikan asas kepada semua orang untuk berdikari semasa berada jauh dari bandar.
Buku ini sesuai untuk bacaan umum dan sangat bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang merancang untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Buku ini juga merupakan salah satu koleksi buku yang terdapat di Perpustakaan Cawangan Sipitang. Untuk tempahan dan pinjaman, hubungi kami di talian 087-821003 atau berkunjung ke perpustakaan yang terdekat. Sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my dan hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Siti Sahara Binti Hamid, Perpustakaan Negeri Sabah, PPT Library@UTC
Dadah ialah bahan yang amat berbahaya jika disalahgunakan. Hal ini disebabkan dadah mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Ia juga sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi, dan serta tingkah laku. Akibatnya, akan menyebabkan ketagihan dan terus bergantung hidup kepadanya.
Tanpa kita sedari, kita mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup kita, Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotik” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Termasuk juga “teh, kopi dan coklat” juga mengandungi sejenis dadah ransangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Walaubagaimanpun, dadah ransangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah disisi undang-undang.
Terdapat banyak kesan buruk akibat ketagihan dan penyalahgunaan dadah. Akibat yang jelas ialah dari segi tingkat laku diri penagih itu sendiri. Penagih akan mula menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan hanya bergaul dengan kumpulan penagih dadah, penjenayah serta penipu. Mereka akan melupakan tanggungjawab kepada kerja atau persekolahan dan berusaha mengasingkan diri.
Daripada segi fizikal, penagih lama-kelamaan akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan. Penagih juga boleh kehilangan tenaga, pitam, pengsan, berperasaan ganas, berasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan boleh mengakibatkan maut kerana menjadi lemah dan mereka mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
Pengambilan dadah yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit mental. Antaranya ialah dadah jenis syabu dan ganja menyebabkan delusi. Penyakit mental ini sekiranya tidak ditangani boleh membawa padah kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
Dadah dan masalah mental akan saling berhubung kait. Begitu juga dengan mereka yang ketagihan alkohol. Implikasi buruk ini kadangkala sehingga ke peringkat melakukan keganasan atau halusinasi sehingga penagih tidak pernah sedar akan apa yang dilakukannya. Pada masa yang sama, mereka turut mengalami gangguan personaliti termasuk masalah perhubungan interpersonal selain ketidakupayaan untuk mengawal emosi yang keterlaluan.
Seterusnya, adakalanya penagih akan mendengar suara-suara yang menyuruh mereka untuk melakukan sesuatu. Contohnya suara itu mengarah untuk membunuh orang yang disayangi dan alasannya, orang yang mereka sayangi itu mahu membunuh mereka. Pengambilan dadah juga meningkatkan bahan kimia yang bernama “dopamin” di dalam otak. Apabila “dopamin” terlalu tinggi, kita akan berasa keseronokan yang luar biasa.
Buku ini adalah koleksi MTN (Malay Teenage Non-Fiction) di PPT Library@UTC. Buku ini sesuai untuk bacaan umum kerana gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi banyak info khususnya implikasi negatif pengaruh dadah kepada kehidupan manusia. Justeru, anak muda pada masa ini dinasihatkan agar menjauhi pengambilan dadah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat agar memperolehi kehidupan cerah dan harmoni pada masa depan. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, anda bolehlah hubungi kami di Perpustakaan PPT Library@UTC di talian 088-235761/2 atau mana-mana perpustakaan yang berdekatan dengan anda. Sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Bettlieynna Wakilin, Perpustakaan Desa Kampung Perancangan, Ranau
Dalam era dunia dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi ini, hampir setiap hari kita diperkenalkan dengan teknologi baharu. Selagi jam terus berdetik selagi itulah sains dan teknologi akan terus berkembang dan pada masa yang sama akan menghasilkan inovasi-inovasi baharu dalam pelbagai bidang. Inovasi merupakan suatu cetusan idea atau kaedah baharu dalam menghasilkan produk yang lebih canggih dari sebelumnya. Inovasi juga membawa maksud sebagai kebolehan untuk mencipta kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan peluang meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Inovasi lahir daripada kreativiti manusia yang tidak pernah jemu dalam mencipta penemuan baharu yang lebih inovatif serta bermanfaat kepada kehidupan. Kebolehan dalam mencipta sesuatu yang baharu membawa kepada inovasi masa kini. Ketika melihat kepada kemajuan hasil inovasi sudah pasti ada penciptanya. Terdapat beberapa tokoh pencetus kepada ledakan inovasi yang mana hasil inovasi ciptanya masih dinikmati malahan menjadi keperluan penting dalam kehidupan pada masa ini.
Buku yang bertajuk “Tokoh-Tokoh Pencipta Inovasi” hasil karya Noor Azilawati Binti Mohamad Sabda ini membincangkan tentang profil hidup tokoh-tokoh pencetus inovasi yang terkenal di dunia. Buku ini merupakan siri Inovasi Memacu Gaya hidup berusaha melihat sejauh mana proses inovasi ini berjaya memanfaatkan kehidupan manusia. Buku ini memuatkan tujuh belas tokoh-tokoh terkenal pencetus inovasi.
Apa yang menarik tentang buku ini, selain membincangkan tokoh-tokoh pencipta inovasi dari Barat mahupun Asia, turut membincangkan sumbangan ilmuwan Islam dalam peradaban dan tamadun manusia yang telah melakukan inovasi yang meningkatkan kemajuan dan peradaban kehidupan. Buku ini menggunakan pengolahan bahasa yang mudah difahami, terdapat gambar berkaitan, glosari dan latihan menguji kefahaman.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya bagi para pelajar bagi mengetahui dan mengenali tokoh-tokoh pencetus inovasi. Sudah pasti ada di antaranya yang hanya menyebut hasil inovasi ciptaan sahaja sudah tahu siapa penciptanya tetapi tidak tahu secara mendalam profil lengkapnya. Disamping itu juga, diharapkan agar dapat merangsang minat melakukan reka cipta lebih inovatif terutamanya dalam kalangan pelajar dengan mengambil tokoh-tokoh pencetus inovasi sebagai sumber inspirasi.
Inovasi memacu gaya hidup lebih bermakna, bersifat kontemporari serta menepati cita rasa terkini. Dalam mengejar perubahan dan mengikuti peredaran semasa untuk mencapai kemajuan dalam dunia yang tiada bersempadan ini, haruslah bijak mengkaji dan mengaplikasikan segala kecanggihan untuk memperkembang potensi insani. Sesungguhnya, sains, teknologi dan inovasi mampu menjana ke arah melahirkan generasi berkualiti, optimis serta memiliki pencapaian rohani dan jasmani yang seimbang bagi memacu kecemerlangan negara ke peringkat yang lebih tinggi.
Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Desa Kampung Perancangan Ranau. Untuk tempahan dan pinjaman, sila berkunjung ke perpustakaan yang terdekat atau layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my dan hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Elvena Lee, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang
Biarpun ungkapan wang bukan segala-galanya sering dimadahkan, hakikatnya kesejahteraan individu bergantung rapat dengan kestabilan kehidupan. Kestabilan hidup pula bergantung kepada perkara asas seperti makanan, tempat tinggal, pekerjaan dan kemampuan menyara hidup sehari-hari. Sehingga kini, masyarakat kita masih mengalami kekurangan wang akibat kos sara hidup yang tinggi. Oleh itu, kita harus bijak dalam pengurusan wang dan dalam perbelanjaan barang.
Buku ini memberi sedikit tips bagaimana mengurus wang dengan betul. Salah satu cara terbaik untuk menjimatkan wang dan menguruskan kewangan adalah dengan mencatatkan setiap perbelanjaan bulanan dalam satu buku catatan supaya kita dapat mengenal pasti ke mana wang itu dibelanjakan. Pastikan kita tahu akan pola perbelanjaan yang betul iaitu asas-asas rumah, kenderaan, makanan, pakaian dan ubat adalah keutamaan. Kemudian perlindungan insurans nyawa dan kesihatan. Seterusnya, simpanan dan pelaburan dan yang tidak menjadi kepentingan adalah hiburan. Sentiasa elak daripada perbelanjaan menurut gerak hati. Terdapat beberapa panduan menjimatkan wang contohnya menyimpan wang di bank kerana ia akan mendapat faedah dari wang simpanan. Selain itu, amalkan tabiat membayar tunai untuk setiap pembelian dan membeli ketika jualan murah.
Tabiat perbelanjaan yang bijak dapat membantu kita dalam mengurus wang dengan baik. Contohnya, semasa membeli-belah pastikan anda melakukannya dengan cepat dengan tidak menghabiskan banyak masa di pusat membeli-belah, sentiasa membandingkan harga dan jangan mudah percaya dengan promosi jualan murah. Selain itu, bawa satu senarai barangan yang perlu dibeli sahaja dan sentiasa bertanya pada diri adakah ini penting untuk saya? Kerana ia membantu kita berfikir serta menapis perkara yang tidak perlu kerana akan menghabiskan wang. Antara panduan penjimatan wang juga ialah musnahkan kad kredit yang menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan, perbelanjaan sifar untuk satu hari seminggu, hentikan tabiat suka merayau-rayau di pusat membeli-belah dan amalkan tabiat berfikir dulu dan memberi masa untuk membuat keputusan sebelum membeli.
Realitinya, menyimpan wang penting untuk mendapatkan standard hidup lebih baik dan melestarikan ekonomi. Justeru, kesedaran menabung atau menyimpan wang mesti ditingkatkan dan dijadikan budaya dalam kehidupan untuk persediaan serta kesenangan pada masa depan.
Buku ini merupakan salah satu koleksi yang terdapat di Perpustakaan Cawangan Sipitang. Untuk tempahan dan pinjaman, hubungi kami di talian 087-821003. Walau bagaimanapun, sila kunjungi perpustakaan yang terdekat atau layari laman sesawang www.ssl.sabah,gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Elvena Lee, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang
Penyakit kencing manis adalah penyakit yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini. Ramai yang sudah mengenalinya iaitu penyakit diabetes melitus. Penyakit ini semakin meningkat di Malaysia ekoran corak pengambilan makanan harian yang tidak terkawal. Diabetes melitus terjadi apabila glukosa dalam darah melebihi aras yang normal. Namun, diabetes dapat dikawal sekiranya memahami keadaan kesihatan dan persekitaran sendiri. Oleh itu, buku ini memberi panduan tentang cara yang paling berkesan untuk mengawal penyakit diabetes ini.
Pesakit yang mengalami penyakit diabetes ini wajib untuk mengambil pemakanan yang seimbang dengan tepat untuk mengelak pertambahan berat badan. Diet merupakan salah satu cara untuk mengawal diabetes. Diet yang seimbang dapat mengawal pemakanan seharian yang memenuhi zat makanan iaitu nutrien yang diperlukan. Contohnya, pemilihan makanan yang mempunyai protein yang mengandungi lemak rendah dan elakkan makanan berlemak tepu. Selain itu, untuk pesakit diabetes juga disarankan melakukan aktiviti fizikal atau senaman selama 30 minit sebanyak 3 kali sehingga 4 kali dalam seminggu. Senaman yang dimaksudkan adalah seperti berjalan kaki, mengayuh basikal dan berenang. Senaman ini dapat mengurangkan kandungan lemak dan kolesterol di dalam darah.
Jika penyakit ini tidak dapat dikawal, pesakit digalakkan untuk membuat rawatan dan mengambil ubat yang disarankan oleh doktor. Terdapat dua jenis ubat yang digunakan di Malaysia iaitu Sulfonylurea yang membantu merangsangkan pankreas untuk meningkatkan keberkesanan tindakan insulin. Manakala ubat kedua adalah Metformin yang membantu meningkatkan keberkesanan insulin serta menurunkan berat badan. Untuk mengelak daripada menghidap penyakit ini, seseorang individu haruslah mengurangkan kekerapan atau saiz hidangan makanan yang cepat menaikkan aras glukosa darah seperti susu pekat manis, gula, roti canai dan lain-lain makanan yang berlemak.
Kesimpulannya, pengarang buku ini menggunakan gaya penulisan yang bersahaja, mudah untuk difahami dan sesuai untuk bacaan umum. Melalui buku ini, kita dapat pelajari bahawa menjalani kehidupan yang sihat bukan sahaja daripada mengamalkan pemakanan yang sihat tetapi kita juga harus melakukan aktiviti dan senaman yang betul. Bak kata pepatah, badan sihat otak cergas. Semoga pembaca akan mendapat banyak manfaat daripada buku ini.
Buku ini merupakan salah satu koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang. Untuk tempahan dan pinjaman, hubungi kami di talian 087-821003 atau hubungi perpustakaan yang terdekat. Selain itu, sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian ini 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Siti Sahara Binti Hamid, PPT Library@UTC
Pengkomposan merupakan kaedah semula jadi yang efektif bagi mengurus dan mengawal sisa buangan terutamanya makanan dan hasil pertanian di Malaysia. Kaedah ini telah dipraktikkan dengan berkesan di bandar mahupun luar bandar oleh isi rumah secara individu ataupun kawasan setempat. Di Sabah misalnya, kaedah pengkomposan telah diperkenalkan ke daerah-daerah melalui kempen kebersihan dengan kerjasama daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kempen ini dilihat mampu memberi input kesedaran dan ilmu berkaitan pengkomposan yang mapan serta dapat menghasilkan baja yang berkualiti.
Pengkomposan kebiasaannya boleh dilakukan dengan menggunakan mikroorganisma tertentu seperti cacing ataupun larva black soldier fly (BSF) untuk tujuan proses penguraian biologi bahan organik kepada bahan yang tinggi nutrien (baja). Untuk menghasilkan baja yang stabil dan matang serta mampu memberikan kualiti terhadap tumbesaran tumbuhan, faktor-faktor penting yang mempengaruhi serta kaedah pengkomposan dalam penguraian substrat (sisa) perlu dititikberatkan.
Dalam pengkomposan, terdapat beberapa faktor penting yang menjadi kayu ukur dalam menghasilkan baja yang berkualiti. Oleh sebab pengkomposan melibatkan proses mikrob, maka kadar pengkomposan dipengaruhi oleh aktiviti mikrob yang mana pengaruh saiz bahan, nisbah C/N, kandungan kelembapan, suhu dan pengudaraan merupakan antara faktor yang perlu dikawal.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menjalankan pengkomposan menggunakan mikroorganisma. Pengkomposan mudah yang boleh dilakukan menggunakan bahan buangan rumah adalah melalui pengkomposan tong gelen. Untuk pengkomposan yang lebih banyak dan teratur, pengkomposan secara timbunan boleh dilakukan yang mana melalui kaedah timbunan statik.
Pengkomposan berasaskan cacing (vermicomposting) merupakan suatu proses bioteknologi mudah untuk menukarkan bahan organik kepada bahan seperti humus (vermikompos) yang menggunakan cacing tanah tertentu untuk membantu dalam proses penstabilan sisi organik. Ia merupakan proses mesofilik dimana interaksi simbiotik mikrob dan cacing tanah berlaku pada suhu 10C-32C. Cacing tanah bertindak menyediakan substrat dengan mengubah aktiviti biologi substrat melalui pencernaan sebelum proses penguraian biokimia bahan organik diambil alih oleh mikroorganisma.
Kandungan lembapan yang sesuai juga diperlukan untuk cacing tanah. Hal ini demikian, kandungan tong digunakan untuk mengkompos harus berada dalam keadaan lembap dan tidak berair. Untuk mengelakkan tong daripada kering, jerami boleh diletakkan sebagai pelindung ketika cuaca yang panas. Cacing tanah akan berada pada tanah yang mengandungi kelembapan antara 12%-30%. Jika kandungan kelembapan adalah rendah, cacing tanah akan kehilangan kandungan air dalam badan yang akhirnya boleh menyebabkan cacing mati.
Suhu yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang optimum adalah dalam 20C-30C. Cacing tanah boleh hidup dalam suhu yang rendah dan suhu sehingga 48C. Apabila suhu mencecah 10C, jumlah makanan yang dimakan oleh cacing tanah akan menurun. Cacing akan menjadi kurang aktif dan akan bergerak ke lapisan bawah pembatasan. Walaupun cacing tanah merah boleh hidup dalam suhu sekitar 40C-8C, tetapi suhu optimum untuk membiak dan memproses sisa makanan adalah dalam lingkungan 20C. Oleh itu, suhu yang sesuai untuk proses perosotan adalah 18-25C.
Cacing tanah juga memerlukan udara untuk bernafas melalui oksigen yang tersedia dan menukarkannya kepada karbon dioksida atau gas-gas buangan yang lain. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan haba meningkat. Pengudaraan perlu dikawal supaya cacing tanah dapat membesar dan membiak dengan baik. Buku ini menghimpunkan pakar pengkomposan daripada pelbagai universiti, sekolah dan industri. Teknik dan inovasi pengkomposan terkini dipaparkan dalam buku ini diharapkan boleh menjadi panduan berguna kepada individu dan komuniti yang berminat dalam mengoperasikan proses pengkomposan sama ada dalam skala kecil atau besar.
Buku ini adalah koleksi MAN (Malay Adult Non-Fiction) di PPT Library@UTC. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami di Perpustakaan PPT Library@UTC di talian 088-235761/2 atau mana-mana perpustakaan yang berdekatan untuk proses peminjaman. Layari laman sesawang kami di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Nurulizzah Hidayah Binti Musa, Perpustkaan Desa Kg. Lingkungan, Beaufort
Ubi keledek merupakan salah satu komoditi tanaman kontan yang sesuai untuk diperkembangkan. Jika harga di pasaran adalah tinggi, ia mampu memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding dengan tanaman padi. Hasil yang diperoleh oleh petani boleh ditingkatkan jika petani mampu menghasilkan ubi keledek yang berkualiti dalam kuantiti yang banyak, mampu menganggarkan hasil penuaian dengan tepat dan dapat memasarkan ke pasaran dalam jumlah yang tinggi.
Pengenalan kepada teknik penanaman yang sesuai dapat menarik minat para petani untuk mengusahakan penanaman ini secara serius dan bukan sekadar bergantung kepada musim tertentu sahaja. Sebagai contoh, para petani tidak perlu terus bergantung kepada usaha penanaman secara bergilir sebaliknya boleh menanam ubi keledek sepanjang tahun tanpa menjejaskan kualitinya. Peluang meningkatkan pengeluaran dan produktiviti ubi keledek ini akan lebih tinggi sekiranya teknik penanaman disesuaikan dengan beberapa klon ubi keledek yang bermutu tinggi. Misalnya, pengenalan ubi keledek ‘gendut’ yang amat sesuai ditanam di kawasan tanah galian dan gambut yang mempunyai infrastruktur saliran yang baik. Hasil tanaman sebanyak 20 sehingga 30 tan per hektar boleh dipungut dalam jangka masa 4 bulan sahaja selepas ditanam dengan ciri-ciri kulitnya berwarna perang kekuningan, licin dan isi ubi berwarna kuning yang sesuai untuk dieksport.
Untuk penanaman keledek, dua elemen ini amat penting dan perlu dipenuhi. Ia memerlukan kawasan yang mempunyai suhu 24 hingga 32 darjah celsius dan taburan hujan antara 750 hingga 1000 mm dalam setahun. Suhu udara ini dipengaruhi oleh ketinggian kawasan tersebut. Setiap kenaikan 100 meter ketinggian tempat, suhu udara akan turun sebanyak 1 darjah celsius. Suhu udara di permukaan laut mempunyai sekitar 28 darjah celsius dan di dataran tinggi pula sekitar 18 darjah celsius (1000 meter di paras laut).
Untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik dan menggandakan pengeluaran, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antara syarat-syaratnya ialah memeriksa keadaan tanah sama ada berada dalam keadaan subur atau sebaliknya, ketersediaan air yang mencukupi serta dapat menghadkan serangan serangga perosak atau gangguan penyakit yang keterlaluan. Ubi keledek sesuai dalam semua keadaan tanah. walau bagaimanapun, tanah loam berpasir adalah paling sesuai. Tanah yang lebih berat boleh digunakan tetapi perlu dibajak dan dibuat batas dengan sempurna untuk memberikan saliran yang baik. Penanaman di atas batas juga memudahkan penuaian ubi keledek. Secara amnya, ubi keledek tidak sepatutnya ditanam di tanah yang telah ditanam dengan tanaman ubi lain sebelumnya. Namun, penanaman berterusan boleh diamalkan sekiranya tiada serangan penyakit, perosak dan nematod (cacing perosak tanaman) yang serius.
Buku ini sesuai untuk bacaan umum dan banyak memberi panduan, teknik dan penjagaan sekiranya mengusahakan penanaman ubi keledek. Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Desa Kampung Lingkungan, Beaufort. Sekiranya berminat untuk meminjam buku ini sila berkunjung ke Perpustakaan Desa Kampung Lingkungan, Beaufort atau hubungi perpustakaan yang terdekat. Selain itu, sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian ini 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Rohani Tahir, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Lahad Datu
Bak cendawan tumbuh selepas hujan, begitu juga dengan munculnya produk kesihatan, kecantikan dan sebagainya yang dikatakan berkhasiat dan berkesan. Walau bagimanapun, kita juga sering mendengar dan dikejutkan dengan berita tentang produk-produk kosmetik dan kecantikan yang dikenakan tindakan undang-undang kerana mempunyai bahan kimia yang berlebihan dan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Buku bertajuk Bani Produk Sampah ini menceritakan tentang lambakan produk-produk di pasaran yang kononnya boleh merawat, mencantikkan dan sebagainya untuk memikat hati para pelanggan. Namun begitu, kenapa dilabelkan sebagai produk sampah? Produk sampah disinonimkan kepada produk-produk yang tidak berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk kesihatan dan produk yang menjanjikan kesembuhan untuk pelbagai penyakit (overclaim).
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Justeru, kemunculan produk kecantikan yang didakwa boleh meramping, memutih dan mencantikkan kulit pastinya mendapat perhatian dan sambutan luar biasa dari para pengguna wanita. Saban waktu ada sahaja produk baharu dengan pelbagai jenama yang muncul. Namun sedarkah pengguna tentang keselamatan produk itu atau hanya menggunakannya tanpa memikirkan risiko yang membahayakan diri sendiri.
Sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati dengan barangan yang ingin dibeli dan digunakan, terutamanya yang melibatkan barangan penjagaan diri seperti kosmetik dan makanan kesihatan atau ‘supplement’. Jangan kerana terpengaruh dengan iklan, kita sanggup membeli produk tersebut yang belum dikenal pasti kesahihannya tanpa memikirkan kesan sampingan di kemudian hari. Para pengguna juga perlulah membuat penyelidikan dan mengenal pasti kesahihan sesuatu produk terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Buku ini memberitahu cara mengenali produk sampah, perincian dan maksud nombor ‘MAL’ pada produk kesihatan dan maksud nombor ‘NOT’ pada produk kosmetik. Produk yang berdaftar dengan KKM akan mempunyai nombor ‘MAL’ dan produk ini hanya untuk menjaga kesihatan secara am sahaja dan tidak dapat merawat pelbagai penyakit sementara nombor ‘NOT’ pada kosmetik pula tidak mempunyai kelulusan KKM seperti yang dibanggakan oleh pengasas produk.
Buku ini sangat disarankan kepada setiap orang agar tidak mudah terjerat dengan produk sampah. Para ibu bapa juga dijemput untuk membaca buku ini agar tidak membuat kesilapan seperti memberi pelbagai produk yang tidak mempunyai kelulusan KKM kepada anak-anak mereka. Kesimpulannya, buku ini sangat bermanfaat kepada semua orang untuk mendapatkan panduan dan pengetahuan tentang sesuatu produk sebelum menggunakannya.
Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Lahad Datu dan boleh dipinjam. No. kelas : MAN 363.196 RUS. Lokasi : Rak Buku Bukan Fiksyen (Bahasa Melayu), Ruang Bacaan Dewasa, Aras 1. Sebarang pertanyaan, sila berjumpa dengan kakitangan yang bertugas di Kaunter Seksyen Perkhidmatan Pembaca, PNS Cawangan Lahad Datu atau hubungi talian 089-880276. Sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my dan hubungi perpustakaan yang terdekat atau hubungi talian ini 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Rayjelyn Binti Etin @ Robert, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Lahad Datu
Komunikasi yang berkesan di tempat kerja haruslah mempunyai sifat yang terbuka dan jujur dengan pekerja dan rakan kerja kerana itu tidak akan merugikan. Intipati komunikasi profesional adalah asas proses dalaman dan budaya yang menentukan cara kerja serta menjalani hubungan sesama manusia. Terokai kepentingan komunikasi di tempat kerja serta beberapa strategi terbaik untuk komunikasi di tempat kerja sama ada dalam syarikat atau organisasi kerajaan atau swasta. Komunikasi bukan sahaja melibatkan anda dengan majikan, ketua dan rakan, tetapi juga melibatkan anda dengan orang ramai, atau pelanggan. Kemahiran komunikasi menggambarkan imej diri dan organisasi.
Mengapakah komunikasi yang berkesan di tempat kerja penting? Komunikasi melibatkan proses mengongsi maklumat atau menyediakan bahan melalui pergaulan, pertuturan, penulisan atau penyelidikan. Komunikasi di tempat kerja yang berkesan adalah salah satu kunci kepada kejayaan jangka panjang perniagaan anda, membantu meningkatkan produktiviti dan mengekalkan hubungan kerja yang kukuh di seluruh organisasi anda.
Di tempat kerja yang semakin moden ini, pertemuan secara bersemuka kadang-kadang diketepikan kerana alat komunikasi seperti telefon bimbit dan e-mel menjadi kemudahan perbualan yang utama. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh membiarkan komunikasi secara bersemuka ini ketinggalan zaman. Jika anda perlu menyampaikan maklumat secara terperinci, pertemuan secara bersemuka adalah penting, manakala bertemu pasukan anda secara individu atau sekurang-kurangnya melalui panggilan Zoom Meeting membolehkan anda melihat bahasa badan dan ekspresi wajah, sehingga anda dapat memahami sepenuhnya kelancaran anda menyampaikan maklumat.
Komunikasi secara profesional juga memainkan peranan penting kerana hampir semua aspek perniagaan secara maya boleh menguasai komunikasi yang berkesan di tempat kerja untuk membantu meningkatkan kecekapan, produktiviti, dan inovasi.
Buku ini dihasilkan agar mampu menambah keberkesanan komunikasi pekerja dalam dunia kerja, sama ada tugas berupa khidmat pelanggan di kaunter dan dalam telefon. Selain itu, penulisan dokumen memberi panduan kepada para pembaca agar meningkatkan kemahiran komunikasi melalui penulisan memo, surat, laporan dan minit mesyuarat. Kandungan buku ini juga membantu mengembangkan kemahiran pembaca mengendalikan pelbagai maklumat supaya dapat menguasai, menilai dan menyusun maklumat serta menyampaikannya secara berkesan apabila dikehendaki oleh organisasi atau masyarakat.
Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Cawangan Lahad Datu dan boleh dipinjam. No kelas: MAN 658.45 SUL, lokasi di Sudut Ulasan Buku, Ruang Bacaan Dewasa, Aras 1. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan kakitangan yang bertugas di Kaunter Seksyen Perkhidmatan Pembaca, PNS Cawangan Lahad Datu atau hubungi talian 089-880276. Sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Feterin Masindon, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Matunggong
Buku ini ditulis oleh Bahrin Samah RH (AHG), beliau pernah menerima tauliah sebagai herbalis profesional oleh American Herbalists Guild pada April 2008 dan merupakan herbalis Asia pertama yang menerima tauliah tersebut. Pengalamannya dalam bidang ini dibukukan untuk dikongsi dan dimanfaatkan bagi kebaikan kita bersama.
Serangan jantung merupakan suatu penyakit yang tidak asing lagi sebagai pembunuh utama terutama di negara-negara maju manakala strok pula mengambil tempat ketiga termasuklah di Malaysia. Buku ini menerangkan pelbagai punca, pencegahan dan kaedah rawatan serangan jantung dari perspektif nutrisi holistik. Selain itu, buku ini juga menerangkan kaedah dan alternatif lain yang memberikan pandangan berbeza berbanding perubatan moden. Serangan jantung biasanya berlaku apabila otot jantung tidak menerima bekalan darah secukupnya. Hal ini demikian, bekalan darah akan dihantar ke otot-otot jantung oleh arteri koronari. Oleh itu, enapan lemak boleh berlaku dalam arteri atau arteri-arteri koronari dan gumpalan darah beku akan menyebabkan arteri dan kapilari tersumbat.
Punca serangan jantung adalah disebabkan kolestrol yang tinggi. Mengapa kolestrol menjadi penyebab serangan jantung? Hal ini disebabkan paras kolestrol dalam darah akan naik dan dialirkan ke dalam arteri yang seterusnya membentuk plak dan tersumbat pada dinding arteri. Selain daripada kolestrol, stress juga boleh menyebabkan otot jantung menjadi lemah kerana darah dipam dan dialirkan pada kadar dan isipadu yang rendah. Akibatnya, paras hemoglobin yang membawa oksigen ke dalam arteri akan berkurangan. Individu yang mengalami kegagalan jantung koronari akan bernafas secara tersekat-sekat dan mengalami sesak nafas. Individu yang mengalami kegagalan jantung juga biasanya dikatakan mengalami paras Endotoxin yang tinggi. Endotoxin adalah sejenis bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria gram-negative di dalam tubuh seperti Salmonella, Serratia dan lain-lain lagi.
Selain itu, cara pemakanan yang tidak berkhasiat dan kurang bersenam juga merupakan salah satu punca serangan jantung terjadi. Kesimpulannya, serangan jantung boleh dielakkan jika seseorang itu mengamalkan cara hidup sihat seperti berhenti merokok, mengenal pasti makanan yang sesuai untuk dimakan kerana metabolism setiap individu itu tidak sama, bersenam secara konsisten, elakkan berat badan berlebihan dan banyak lagi. Oleh itu, buku ini sesuai untuk bacaan umum agar pembaca mendapat panduan bagaimana mencegah serangan jantung kepada diri sendiri dan keluarga.
Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Matunggong. Jika anda berminat untuk mengetahui buku ini dengan lebih lanjut sila hubungi kakitangan yang bertugas di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Fatmawati Lapida, Perpustakaan Desa Kampung Pasir Putih, Tawau
Sejak zaman dahulu lagi perubatan tradisional sudah terkenal dan sering digunakan untuk kesejahteraan masyarakat sejagat. Sebagai contoh, negara China menggunakan ubat tradisional sebagai rawatan Covid-19 di negaranya. Tiga ubat tradisional yang dipatenkan oleh negara China ialah Lianhuaqingwen, Jinhua qinggan, dan Xuebijing. Negara China juga menyatakan bahawa penggunaan ubat tradisional dapat meringankan beban para perawat. Selain itu, negara China mendakwa ketiga-tiga ubat itu berkesan untuk mengurangkan gejala Covid-19 seperti demam, batuk, keletihan dan membantu pesakit daripada mengalami keadaan yang lebih teruk.
Buku ini tidak mempunyai bab tetapi ia menceritakan bagaimana ubat-ubat tradisional dari pelbagai cara dan negara dapat meredakan gejala atau penyakit dari virus Covid-19. Kajian bertajuk “Penggunaan ubat herba untuk merawat Covid-19” menjelaskan bahawa tanpa melalui ujian klinikal, ubat-ubatan herba pada pesakit berpotensi untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus Covid-19. Seterusnya, buku ini turut menghuraikan falsafah perubatan Melayu menurut Syeikh Ahmad Al-Fatani dan mengenai dasar perubatan tradisional dan komplementari kebangsaan.
Ramai pakar perubatan moden mengakui bahawa perubatan tradisional ini memang tidak dapat dipisahkan daripada perubatan moden kerana perubatan ini bersifat budaya setempat, diwarisi dari satu ke satu generasi dan mengikut peredaran zaman dan pembangunan sesebuah negara. Demikian juga, perubatan tradisional Melayu masih mengamalkan rawatan tersebut yang telah diturunkan dari zaman nenek moyang lagi.
Selain itu, falsafah perubatan Melayu menurut Syeikh Ahmad Al-Fatani menyatakan ilmu perubatan itu terbahagi kepada dua perkara penting iaitu untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga merawat tubuh yang sedang mengalami kesakitan agar keseimbangan badan dapat dikembalikan semula.
Dasar perubatan tradisional dan komplementari kebangsaan sedekad yang lalu telah memberi sumbangan penting dalam penjagaan kesihatan manusia. Badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang diiktiraf harus menguatkuasakan kod etika dan amalan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mematuhi standard dan kriteria amalan berdasarkan penilaian rakyat sejawat (peer evaluation). Walaupun perubatan tradisional dan komplementari amat bermanfaat namun tidak selalunya disokong oleh bukti saintifik. Oleh yang demikian, penyelidikan saintifik diperlukan untuk menyediakan bukti keselamatan dan keberkesanan produk.
Tuntasnya, objektif buku ini adalah sebagai panduan bagi semua golongan masyarakat untuk mengetahui dan mengenal perubatan tradisional dari negara lain. Buku ini juga sesuai untuk bacaan umum dan semoga dapat memberi manfaat khususnya kepada pelajar, ibu bapa, pendidik dan golongan profesional.
Buku ini adalah koleksi buku yang terdapat di Perpustakaan Desa Kampung Pasir Putih, Tawau. Untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci mengenai buku ini dan isi kandungannya, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Rofli Bin Roslan, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Semporna
Buku ini ditulis untuk berkongsi tentang kisah nyata perjalanan hidup dan pengalaman dari seorang hamba allah yang daif yang tidak pernah luput dari dosa, khilaf dan kesalahan. Hidup ini memang penuh warna-warni, penuh dengan suka dan duka, kesedihan dan kebahagiaan, penderitaan dan kesenangan serta kebaikan dan kejahatan yang sentiasa memberi erti dalam kehidupan manusia. Bukan hal yang mudah bagi seseorang untuk mengungkap kembali lembaran kelam masa lalunya. Apalagi untuk berkongsi kisah benar perjalanan hidup ke dalam sebuah buku yang kelak akan menjadi bacaan umum. Sesiapa saja berhak untuk membaca dan untuk mengetahui kisah seorang hamba allah yang daif ini.
kisah dan penceritaan yang telah dibukukan ini memerlukan sebuah jiwa yang besar dan kerelaan menanggung malu. Namun, demi teladan dan hikmah yang dipetik dari pengalaman kisah hidup seorang bekas penagih dan pengedar dadah ini akan dapat memberi kesedaran kepada para pembaca agar tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan. Jangan pernah berfikir untuk sekadar mencuba sekali atau dua kali kerana sukar untuk melepaskan diri setelah terjebak kepada najis dadah ini. Oleh itu, jauhi diri daripada terjebak kepada najis dadah demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.
Justeru, keluarga adalah sumber kekuatan dan penyuntik semangat kepada bekas penagih dan pengedar dadah untuk memberi sokongan positif dan membantu mereka sehingga berjaya melepaskan diri dari kancah dadah ini. Buku ini sesuai untuk bacaan umum terutamanya remaja, ibu bapa dan pendidik. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Buku ini adalah koleksi di Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Semporna. Untuk mengetahui lebih lanjut dan berminat tentang buku ini boleh berhubung secara langsung dengan kakitangan yang bertugas untuk tempahan pinjaman. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Semporna atau Kota kinabalu. Sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Mohamad Riad bin Salim, Pelajar praktikal Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu
Buku bertajuk "The Sewing Book" oleh Alison Smith ialah sebuah buku panduan yang terkenal dalam bidang jahitan dan sering dianggap sebagai panduan yang lengkap bagi seseorang yang baru ingin bermula untuk belajar menjahit dan mereka yang sudah berpengalaman dalam menjahit. Buku ini merangkumi pelbagai topik berkaitan dengan jahitan, termasuk teknik jahitan, pembuatan pakaian, pemilihan fabrik atau jenis kain, teknik mencorak, dan pengubahsuaian. Ia juga mengandungi petunjuk iaitu langkah demi langkah dan ilustrasi untuk membantu pembaca memahami dan mengaplikasikan konsep-konsep yang dibincangkan dalam buku ini. Buku ini sesuai dicadangkan kepada mereka yang ingin belajar atau meningkatkan kemahiran menjahit mereka.
Salah satu aspek yang istimewa mengenai buku ini adalah penyampaian ilmu yang sangat terperinci dan tersusun dengan baik. Pengarang memberikan penjelasan yang jelas dan mudah diikuti tentang pelbagai teknik menjahit, termasuk menjahit tangan dan menggunakan mesin jahit. Pengarang juga memberikan nasihat tentang bagaimana memilih fabrik yang sesuai untuk projek jahitan tertentu dan memberikan panduan yang berguna terutamanya dalam proses memotong dan menyusun atur corak.
Satu kelebihan utama "The Sewing Book" adalah bahawa buku ini mempunyai ilmu yang menyeluruh tentang pelbagai jenis jahitan dan teknik, dari yang paling asas hingga yang lebih kompleks. Ini menjadikannya sumber rujukan yang hebat bagi pengguna yang ingin meneroka pelbagai gaya jahitan dan memperluas kemahiran mereka dalam menjahit. Dengan buku ini, pembaca dapat belajar membuat pakaian, aksesori, dan projek-projek kreatif lain dengan keyakinan dan berkualiti tinggi.
Selain itu, buku ini juga dilengkapi dengan gambar dan ilustrasi berwarna yang menarik. Gambar yang berwarna-warni dan menarik membuatkan buku ini lebih istimewa dan mengundang anda untuk terus meneroka. Ini juga memudahkan pemahaman konsep dan teknik jahitan yang sukar. Pengarang juga memberikan tips yang berguna dan petua-petua praktikal yang dapat membantu pembaca menghadapi cabaran dan masalah khas semasa menjahit. Antara petua yang disebutkan adalah bahagian lengan harus sentiasa digantung dengan betul dari hujung bahu baju untuk mengelak daripada kedutan.
Tambahan pula, buku ini juga memberikan pengetahuan yang kaya tentang sejarah menjahit dan gaya jahitan yang berbeza. Selain itu, pengarang juga mengikuti pengaruh budaya dan tren semasa dalam dunia menjahit, memberikan paparan dan idea yang menarik tentang bagaimana dunia fesyen telah berkembang seiring waktu. Sekiranya anda ingin atau pun telah berkecimpung dalam bidang perniagaan, mengikuti tren membolehkan anda memenuhi permintaan pasaran dengan menyediakan pakaian atau jahitan yang sejajar dengan keinginan dan keperluan pelanggan. Ini dapat membantu anda menarik lebih banyak pelanggan dan memperluaskan pangkalan pelanggan anda.
Satu-satunya kelemahan buku ini mungkin terletak pada penjelasan yang agak terperinci dalam beberapa bahagian. Ini mungkin terdapat sedikit rumit bagi penjahit yang belum memiliki pengalaman asas dalam menjahit. Selain itu, akan menyebabkan mereka merasa bosan dan sukar untuk membaca buku dengan tulisan teks yang kecil dan berkemungkinan akan memudarkan semangat mereka untuk belajar menjahit. Namun, bagi mereka yang sudah mempunyai pengetahuan asas, buku ini akan menjadi sumber yang sangat berharga.
Secara keseluruhannya, "The Sewing Book" oleh Alison Smith adalah panduan jahitan yang luas dan terperinci. Buku ini sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak mengira pengalaman, dari yang baru ingin bermula untuk belajar hinggalah kepada mereka yang sudah menjahit sekian lama. Jika anda ingin mengembangkan ilmu kemahiran menjahit anda dengan cara ingin meneroka pelbagai teknik jahitan, atau mencari inspirasi untuk projek jahitan yang kreatif, buku ini adalah pilihan yang sangat baik. Melalui buku ini, pengarang membantu membawa dunia jahitan ke dalam genggaman tangan anda, memberikan pengetahuan dan panduan yang penting bagi sesiapa sahaja yang ingin mengejar minat mereka atau menjadikan bidang jahitan sebagai kerjaya mereka.
Buku ini adalah buku rujukan yang terdapat di Ibu Pejabat, Perpustakaan Negeri Sabah. Buku ini menarik untuk dibaca dan bermanfaat untuk dipelajari pada masa lapang terutamanya kepada mereka yang selalu mempunyai masa terluang. Untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci mengenai buku ini dan isi kandungannya, anda boleh datang ke Perpustakaan Negeri Sabah bertempat di Beg Berkunci 2023, Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Luyang, Kota Kinabalu. Sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Penulis Terbitan |
Ulasan oleh Fatmawati Lapida, Perpustakaan Desa Kg.Pasir Putih Tawau
Fenomena alam ini selalu terjadi dengan cara yang menakjubkan. Kejadian empat musim merujuk kepada fenomena alam yang berlaku kesan daripada peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbitnya yang tersendiri. Empat musim yang menyebabkan beberapa perubahan fizikal di permukaan bumi, iaitu semasa berlakunya Ekuinoks musim bunga, Solstis musim panas, Ekuinoks musim luruh dan Solstis musim sejuk. Untuk menentukan jenis iklim, data-data cuaca telah dikumpul selama beberapa tahun.
Buku ini mengandungi empat bab yang menghuraikan topik iklim yang ada di bumi. Antaranya adalah sains dan iklim, bentuk muka bumi, haiwan artik dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Dalam setiap bab, penulis telah memberi huraian yang lengkap mengenai empat iklim yang boleh kita perolehi di dalam buku ini.
Bab satu menghuraikan jenis iklim empat musim. Terutamanya kawasan yang kedudukannya hampir dengan Kutub Utara dan Kutub Selatan. Musim bunga selalunya berlaku di zon sederhana, ia merupakan musim peralihan dari musim panas. Selain itu, musim luruh adalah musim dimana tumbuh-tumbuhan akan mula menggugurkan daun-daunnya. Musim luruh merupakan musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk. Seterusnya, musim sejuk kebiasaannya tiba pada bulan Disember di hemisfera utara dan akan berterusan sehingga awal Mac kadangkala berlarutan sehingga bulan April. Pada musim sejuk, orang ramai akan ke kawasan tinggi untuk bercuti dan bermain ski. Akhir sekali, pada musim panas matahari memancar agak terik dengan suhu yang tinggi dan waktu siang lebih panjang berbanding waktu malam. Selalunya ramai orang akan menghabiskan masa bersiar-siar di pantai pada musim panas.
Bab kedua tentang bentuk muka bumi yang sentiasa berputar di paksinya yang bermula dari Kutub Utara ke arah Kutub Selatan secara condong ke arah matahari. Kecondongan paksinya menyebabkan berlakunya iklim empat musim dalam setahun dan setiap pusingan mengambil masa selama 24 jam. Garisan Khatulistiwa pula berada di tengah-tengah antara Kutub Utara dan Kutub Selatan. Iklim empat musim biasanya berlaku di pertengahan garisan lintang dan tidak berlaku di kawasan tropika kerana matahari sentiasa berada tinggi di atas langit. Seterusnya, bumi terdiri daripada lima garisan utama iaitu garisan Artik, garisan Antartik, garisan Sartan, garisan Jadi dan garisan Khatulistiwa. Selain itu, cuaca dan iklim terbahagi kepada tiga jenis iaitu zon sejuk, zon sederhana dan zon panas.
Bab ketiga mengenai haiwan Artik yang bertukar warna bulu badan bertujuan untuk menyamar apabila tibanya musim sejuk. Terutamanya haiwan yang menjadi mangsa dalam rantaian makanan bagi habitat di kawasan Artik. Penyamaran ini menyebabkan ia tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pemangsa dan mangsanya. Lautan Artik pula meliputi hidupan seperti tumbuh-tumbuhan tundra Kutub Utara, rumput rumpai, herba-herba dan sebagainya.
Bab keempat pula menghuraikan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Tumbuh-tumbuhan di Kutub Utara sebelum ini hanya boleh ditemukan di kawasan tundra. Ketika tibanya musim panas, air beku di permafros akan cair sehingga membentuk banyak danau dan tanah berlumpur di kawasan tundra. Kawasan di tundra adalah kawasan yang paling sejuk di dunia. Kawasan ini tidak mempunyai pohon yang ditemui di Artik dan di puncak gunung yang mana iklim sejuk berangin dan hujan adalah sedikit sahaja. Selain itu, Tundra ialah kawasan yang mana pertumbuhan pohon atau pokok terbantut kerana suhu rendah dan pertumbuhannya juga singkat.
Justeru, objektif utama buku ini diterbitkan bagi tujuan kita mengenal jenis-jenis iklim yang ada di luar negara dengan lebih mendalam. Buku ini boleh dijadikan rujukan golongan profesional, penyelidikan, pengajar mahupun pelajar. Ciri-ciri di dalam buku sangat berkesan untuk kita memahami uniknya iklim empat musim ini. Selain itu, gaya penulisan yang digunakan oleh penulis juga mudah difahami dan menarik berkaitan dengan subjek sains dan geografi sememangnya diminati ramai.
Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Desa Kampung Pasir Putih, Tawau. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai buku ini sila hubungi kakitangan perpustakaan yang bertugas. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar kawasan Kota kinabalu. Sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru