Select your language

Perkembangan Kanak-Kanak

Penulis
Mohd Amin H. A. Shariff

Terbitan
DBP, 1998, 148 muka surat

 

Ulasan oleh Fahmi Hj Mohd Tery, PNSW Sandakan

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah mula diperkenalkan sejak tahun 1950-an. Namun pada ketika itu, pendidikan awal kanak-kanak hanya mampu diikuti oleh golongan atasan atau yang berada sahaja. Pada tahun 1960-an, barulah pendidikan awal kanak-kanak berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang kurang berkemampuan kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam golongan mereka.  Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat Jean Piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir sehingga berumur dua tahun. Pada peringkat inilah kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya tentang objek serta persekitaran dan pengetahuan ini menjadi asas untuk perkembangan selanjutnya yang lebih sofistikated.

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Melalui peranan guru dan ibu bapa, sahsiah dan tingkah laku yang baik dapat dibentuk. Guru dan ibu bapa perlu mengenal pasti tingkah laku kanak-kanak yang langsang dan cuba mengawalnya supaya tingkah laku tersebut tidak menjadi tabiat serta berusaha memodifikasikannya dengan menggunakan prinsip-prinsip psikologi. Implikasinya, modal insan dapat dibina dan masyarakat mempunyai kemahiran insaniah dapat direalisasikan.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi fizikal, sosial, emosi, bahasa dan komunikasi kognitif serta tingkah laku. Semua perubahan yang dinyatakan di atas adalah perubahan yang bersifat kualitatif dan perubahan dari segi fungsi. Proses perkembangan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa kepada perubahan yang menuju ke arah yang tertentu serta dijangka. Selain itu corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.

Buku bertajuk 'Perkembangan Kanak-kanak' ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana buku ini mengandungi banyak manfaat dan panduan untuk ibubapa, guru dan masyarakat.

Buku ini terdapat dalam koleksi Perpustakaan Wilayah Sandakan. Sila hubungi  talian 089-210215 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.