Select your language

PENTERNAKAN LEBAH MADU

Penulis
SARWONO B. DAN NORAIDA HJ. ILLIAS

Terbitan
KUALA LUMPUR: SYNERGY MEDIA. 117 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Nurulizzah Hidayah Binti Musa, Perpustakaan Desa Kg. Lingkungan, Beaufort.

Penternakan lebah madu seperti juga bidang pertanian yang lain, dianggap sebagai suatu aktiviti perniagaan dan perlu diusahakan secara komersial supaya dapat mendatangkan pulangan yang lumayan kepada petani atau penternak. Umumnya, pengeluaran madu lebah semakin meningkat terutamanya pada musim tanaman menghasilkan bunga. Sekiranya penternak dapat melaksanakan pengurusan ladang dengan baik, hasil yang diperolehi boleh menjangkau tahap yang maksimum dan memberikan pulangan yang berlipat kali ganda. Ini disebabkan penghasilan madu yang baik bergantung kepada jenis tanaman yang ditanam, keadaan iklim dan cuaca, kualiti koloni lebah yang diternak, cara mendidik ratu lebah, mengawal serangan penyakit dan serangga serta pemasaran hasil pengeluarannya.

Selain daripada khasiat dan kegunaannya dalam penjagaan kesihatan, usaha penternakan lebah madu juga boleh dimanfaatkan untuk proses pembiakan tanaman lain. Lebah madu merupakan salah satu agen pendebungaan yang baik. Dalam proses pembiakan tumbuhan, lebah madu berperanan dalam mempercepatkan proses pendebungaan di antara bunga jantan dan bunga betina. Proses ini berlaku apabila debunga melekat pada kaki lebah yang sedang hinggap pada sekuntum bunga. Lebah ini akan membawa debunga tersebut dari satu tumbuhan ke tumbuhan lain secara teratur tanpa merosakkan bunga. Lebah akan memindahkan butir debunga dari bahagian jantan ke bahagian betina  sebelum biji benih dihasilkan.

Justeru, penternakan lebah madu bukan sahaja dapat memberi manfaat dari segi khasiat dalam penjagaan kesihatan, malah ia dapat membantu meningkatkan hasil pertanian dan perkebunan. Oleh itu, buku ini sesuai dibaca oleh individu yang sedang berjinak-jinak di dalam penternakan lebah madu.  Buku ini juga mudah difahami kerana penulis menggunakan gaya penulisan yang menarik, ringkas dan padat dengan maklumat kepada pembaca.

Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Desa Kampung Lingkungan, Beaufort. Jika berminat untuk meminjam buku berkenaan silalah berkunjung ke Perpustakaan Desa Kampung Lingkungan, Beaufort seterusnya ke kaunter peminjaman buku untuk urusan peminjaman buku. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar kawasan Perpustakaan Desa Kampung Lingkungan, Beaufort atau Kota kinabalu. Sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidak ada teman yang setia seperti bersama sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.