Select your language

Pembenihan dan Pembesaran Udang Karang Air Tawar

Penulis
R. Hondo Wiyanto & Rudi Hartono

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media, n.d. 81 Muka Surat.

Ulasan oleh Wihelvena Giniso, Pelatih Industri, UiTM Puncak Perdana, Cawangan Selangor

Penternakan udang karang air tawar merupakan satu perkara yang baru. Udang karang air tawar bukan sahaja dijadikan bahan makanan atau bahan dagangan, tetapi ia juga mampu dijadikan sebagai udang hiasan atau peliharaan yang diletakkan dalam akuarium.

Buku bertajuk “Pembenihan dan Pembesaran Udang Karang Air Tawar” ini merupakan buku ilmiah yang mengandungi cara-cara untuk menternak udang karang air tawar sebagai satu perniagaan. Dalam buku ini membincangkan tentang cara pemeliharaan udang karang bermula dari pemilihan induk, pemberian makanan, cara menangani proses persenyawaan, proses persalinan kulit sehingga pemasaran serta analisis perusahaan.

Secara ringkasnya, penulis membahagikan buku ini kepada tujuh bab bagi memudahkan pemahaman pembaca tentang buku ini. Dalam bab satu, penulis menerangkan tentang udang karang air tawar sebagai satu prospek perdagangan di mana pembaca akan lebih mengetahui kelebihan dan manfaat menternak dan memelihara udang karang air tawar ini. Bab kedua, penulis memperkenalkan jenis udang karang air tawar yang diusahakan di seluruh dunia serta ciri-cirinya.

Bab ketiga pula menerangkan langkah perusahaan udang karang di mana pemerhatian dan penyediaan kelengkapan atau perkara asas perlu dilakukan bagi mengelakkan udang karang mati. Bab seterusnya menerangkan langkah pembenihan udang karang. Apa yang menarik dalam bab ini ialah penulis menerangkan cara untuk mengenalpasti jantina udang karang ini. Bab kelima, penulis menerangkan usaha dalam pembesaran udang karang air tawar. Bagi penternak, keadaan di mana udang karang air tawar telah menjadi menu makanan kegemaran membolehkan mereka mendapatkan keuntungan yang besar berdasarkan permintaan yang tinggi dari pasaran.

Bab keenam menerangkan tentang pengeluaran udang karang untuk dijual dan dieksport untuk tujuan pemasaran. Bab ketujuh, penulis menerangkan langkah analisis perusahaan dengan pengiraan modal dan pendapatan yang bakal diperolehi. Dalam mengusahakan pembenihan dan pembesaran udang karang air tawar ini, penternak harus mengetahui jumlah pembiayaan dan pendapatan yang akan diperolehi.

Sebagai kesimpulan, buku ini amatlah sesuai dijadikan bahan rujukan bagi yang ingin bergiataktif dalam penternakan dan perniagaan udang karang ini. Pelbagai teknik serta langkah yang dikongsikan dalam menternak udang karang akan menghasilkan kualiti yang tinggi disamping keuntungan yang diperolehi. Gaya bahasa dan penulisan yang digunakan oleh penulis adalah mudah difahami dan dibaca. Penulis turut menggunakan bahasa yang santai dan ayat jelas yang sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, amatlah digalakkan untuk membaca buku ini bagi menambah ilmu penternakkan udang karang air tawar.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.