Select your language

MENGURUS KANAK-KANAK YANG SUSAH BELAJAR

Penulis
MOHD. SHARANI AHMAD

Terbitan
PTS PUBLICATIONS AND DISTRIBUTORS. 193 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu

Setiap kanak-kanak mewarisi kecerdasan yang membolehkannya belajar dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Kecerdasan yang diwarisi dengan pancaindera, mereka mula menganggap dan memproses rangsangan-rangsangan dari alam sekeliling dan mula menyusun dan mengatur rangsangan. Jika kanak-kanak ingin mencapai matlamat yang lebih kompleks, mereka memerlukan pembelajaran. Tetapi tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan dan dirancang. Hal ini disebabkan, terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Mereka ini tergolong di dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.

 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurological yang menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan masalah dalam matematik. Jika dibandingkan dengan rakan sebaya, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran, tidak berkebolehan mengikuti pelajaran secara formal. Sebab itu, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju dan bergerak secara normal di sekolah. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu memikirkan masalah ini dan menyelesaikannya melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan di rumah.

Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, tulisan Mohd. Sharani Ahmad, membicarakan perkara yang berkaitan dengan masalah pembelajaran. Buku ini dibahagikan kepada 11 bab yang boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa dan guru dalam membentuk kanak-kanak ini di dalam pembelajaran. Penglibatan ibu bapa dalam persekolahan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran sangat diperlukan kerana golongan ibu bapa adalah golongan yang banyak memiliki kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan kanak-kanak tersebut. Bab 1 dalam buku ini membincangkan tentang Pembelajaran Dan Masalah Pembelajaran, bab 2, Masalah Pembelajaran, bab 3, Mengurus Penilaian, bab 4, Mengurus Kehendak, bab 5, Mengurus Pendidkan, bab 6, Mengurus Penglibatan Ibu Bapa, bab 7, Mengurus Kemahiran Asas, bab 8, Mengurus Kanak-Kanak Dyslexia, bab 9, Mengurus Komunikasi, bab 10, Mengurus Pengiklusifan dan bab 11, Mengurus Penerimaan.

Buku ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada ibu bapa dan guru-guru untuk meningkatkan lagi pemahaman mengenai kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Walaupun agak sukar dilaksanakan untuk menjadi fleksibel dan pemusatan kepada kanak-kanak untuk mencapai tujuan pemahaman individu, namun banyak faedah akan diperoleh dalam perkembangan kemajuan akademik kanak-kanak ini.            

Buku ini terdapat di Perpustakaan Desa Pekan Nabalu. Oleh yang demikian, untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila lawati laman web Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.